Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Sunday, September 4, 2016

Rezeki Itu...

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”

Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.


Saturday, September 3, 2016

Hey, you!

Kau lelaki yang pernah di tinggalkan.
Aku wanita yang pernah di tinggalkan.

Saling meluahkan.
Saling bercerita.
Saling menasihati.
Saling mendoakan.
Saling bergaduh.

Saling melukakan.

Saling menggembirakan.

Saling memahami.

Saling suka dalam diam. (eh?)

Kita sama sama faham perit rasa di tinggalkan oleh seseorang yang kita harapkan.
Kita sama sama tahu macam mana perasaan apabila janji tinggal janji. Harapan cuma tinggal harapan.

Yang meninggalkan itu takkan mengerti rasa ini. Sebab yang kena tinggal tu kita. Bukan dia.

Semoga apabila kau dan aku bersatu, kita takkan saling meninggalkan satu sama lain walau apapun ujian yang melanda, bertahanlah dan jangan berubah kerana kita terlalu faham seperti apa rasanya perasaan di tinggalkan itu.

Aku tak hadam istilah “Tinggalkan seseorang kerana sayang.” Tapi aku yakin dengan istilah “Kalau jodoh tak ke mana.”

Kalau sayang, usaha pertahankan.
Kalau cinta, cepat halalkan.
Jangan bosan denganku meskipun aku membosankan.

Ya, aku memang kasar, selamber, tak manja, dingin, tak mengada ngada, tak sweet.

Kau pula sangat manis, comel, rajin, manja, baik, garang kadang kadang, caring, romantis, penyabar, handsome, pandai, ramai peminat, ada wawasan, kedekut gambar, suka kucing.

Ibarat langit dan bumi.

😌Tapi ketahuilah, langit dan bumi itu saling memerlukan kerana sesungguhnya perbezaan itu yang menyempurnakan.

Hey, aku tak normal macam wanita lain.
Hey, aku macam budak budak.
😅Hey, aku macam tak ada perasaan.
😅Hey, aku keras persis kayu.
😅Hey, aku tak romantis.
😅Hey, aku selalu sakitkan hati.
😅Hey, aku tak memahami.
😅Hey, aku tak pandai bergaya.
😅Hey, aku kampungan.
😅Hey, aku belum solehah.
😅Hey, aku tak belajar tinggi.
😅Hey, aku tak lawa. (eh tapi aku cute apa!)
😅Hey, kucing kau pun lagi normal dari aku.(yg ni tambah sesajer) Hahahahaha!

And hey, last but not least aku ikhlas kot.

And hey again, aku sentiasa ada kot.

Alah nak hey lagi ni, aku sentiasa terbuka terima teguran dan nasihat dan usaha untuk jadi lebih baik.

Hakikatnya aku seorang wanita yang manja apabila tiba waktunya.
Aku seorang wanita yang normal lah.
Hati selembut kapas.
Kau apa tau. Kau tau request lagu yang susah susah je. Haha! Haha! Haha! Haha! *celet tahi hidung kat hidung kau* 😈

Sabarlah dengan waktu.
Sabarlah dengan aku.
Jangan pernah berubah.
Kerana aku takkan berubah.
No matter what, just stay.

Maaf aku bukan puitis.

Tapi ini ikhlas dari hati.

With love and your bff,
I always told Allah about you and us.
❤️

You know who you are..

*sambil playing lagu HACKS*

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014