Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Tuesday, December 31, 2013

Siapa Jodoh Aku?

salam wbt.. 

ada satu permintaan dari seorang sahabat.. dimintanya buat satu entry pasal jodoh..
err.. penulis tak berapa arif pasal ni..

macam yang kita semua tahu.. 

"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"






tapi penulis ada jumpa satu entry ni.. semoga bermanfaat

***************************

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." 

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

******************************




** i got this from my naughty friend here .


p.s: BERSERAH .. ALLAH ada perancangan-Nya.. Doa.. selagi ada doa.. insyaAllah adanya harapan.. Allah lah sebaik-baik Perancang... 

Monday, December 30, 2013

salam semua!

salam wbt..

dah lama tak update blog ni...

sem 7, di usim.. semester terakhir duduk belajar di kerusi dalam kuliah.. semestinya, penulis akan rindukan saat-saat ini.. bertungkus lumus siapkan projek ilmiah @ tesis.. Allah.. betul2 mencabar..
ditambah dengan macam2 yang berlaku dalam tempoh nak selesaikan pengajian semester ini..

Alhamdulillah.. syukur pada-Mu.. untuk semua nikmat, ujian ...
andai dengan ujian ini, boleh mendekatkan aku dengan-Mu..
ujilah aku... manisnya kesabaran.. sabar itu indah bagi yang mengerti..

"SABAR ITU INDAH BAGI YANG MENGERTI"

penulis suka kata-kata ini.. indahnya sabar itu.. 

sebenarnya penulis takde modal nak update pasal apa.. cuma datang mood nak buat satu entry.. tapi takpelah... 

lainkali insyaAllah..






Tuesday, November 19, 2013

abah.. 4

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan


Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana aku kan, 

kerna aku kan akhirnya sendiri.

saya sayang abah :')

Monday, November 18, 2013

abah...( 3 )

Abah.. :’(
Bukanlah nak meratap pemergian abah.. Cuma saat dan tika ini.. Saya sangat sangat rindukan abah..
Ya Allah.. Tempatkan abah di kalangan orang orang yang beriman..
Abah.  Tenanglah di sana…
Saya rindu abah..


Tuesday, October 1, 2013

abah..

                      Setiap hari yang aku lalui kini terlalu sepi dan sunyi...aku rindu pada gelak tawa dan tangisan yang sentiasa menemani hari2 yang aku lalui..
dan hidup ini semakin sunyi bila setiap kali aku tatap wajah itu pasti setiap kenangan manis yang aku lalui datang bertandang lantas mengamit hati kecil ini untuk terus teruja melayan rasa rindu dan memori silam yang aku lalui bersama....
Allah menguji ketabahan dan kesabaran kami..namun aku redha...DIA LEBIH DISAYANGI OLEH PENCIPTANYA....
abah...gelak tawa mak melalui hari2 yang kami lalui tanpa mu disisi sebenarnya mahu melindungi duka dan sedih kerana rasa rindu yang tidak tertanggung rasanya kepadamu abah..namun mak mahu berlagak setenang dan setabah yang mungkin depan anak2 semua yang menyayangi mu dan mengasihimu agar mereka juga tidak merasa betapa sakit dan seksanya menanggung rindu kepada mu...
abah..biar masa berlalu..namun tidak sedikit pun rasa rindu dan kasih kami akan berkurangan terhadapmu....walau apa pun terjadi anak2 abah akan selalu mendoakan abah di sana.. tenanglah abah.. saya sayang abah..



Saturday, August 17, 2013

Aidilfitri tahun ni..

Aidilfitri ini.
Bukan cerita semua orang tentang bahagia.
Walau semua orang meraikannya.

Aidilfitri ini,
Ada yang masih berdukacita tentang kisah lama.
Ada yang masih belum kering air matanya,
mengenang keluarga yang telah tiada.
Ada yang kehilangan ayah dan bonda,
Aidilfitri terasa tak bermakna.
Ada yang kehilangan pasangan,
Aidilfitri terasa hambar dan kosong.
Ada yang kehilangan anak,
Aidilfitri terasa sunyi dan mencengkam jiwa.

Ya.

Tapi itulah hakikat indahnya Syawal,
Hadir setelah sebulan belajar mentarbiah diri,
Dan saat hari ini,
Saat luka , duka dan air mata masih ada,
Kita akur pada kehendak dan ketentuan Allah.
Dan Aidilfitri ini disambut sederhana,
Tanda mensyukuri kurniaan-NYA. 

p/s : raya pertama sambut aidilfitri tanpa abah disisi.. moga rohmu tenang di sana.. anak-anak abah akan sentiasa mendoakan abah di sana... abah sudah jalankan tanggungjawab sebaiknya..insyaAllah anak-anak abah semua soleh dan solehah..abah.. :')


heart to heart

Dulu,
Saat kita masih bisa menyapa.
Memohon maaf atas keterlanjuran yang kita lakukan,
Sengaja, mahupun tanpa disedari.

Sebaris kata yang klise,
“Salam Aidilfitri,  Mohon maaf atas segala salah dan silap.”
Masih mampu kita taipkan di papan kekunci. Dengan rasa yang berbahagi.
Itulah ucapan.
dan Itulah harapan. 

Tapi kini,
Setelah kita akur pada takdir Ilahi, 
Hanya harapan dalam diam yang ada.
Semoga andai masih ada silap dan salah yang tersisa,
Diampuni, dimaafkan dan mudah-mudahan mampu dilupakan. 

Dan mungkin, kali ini,
Ia bukan hanya ucapan, dan harapan,
Bahkan permintaan. 

>>> abah <<<

heart to heart ( 3 )

Berhentilah. 
Berhentilah bertanya, 
Tentang soalan yang tak mampu dijawab manusia.

Tentang masa depannya, pekerjaannya,
Tentang jodohnya yang tak kunjung tiba,
Tentang zuriatnya yang masih tak ada,
Tentang ajalnya yang sudah tetap saat dan ketikanya, namun dirahsiakan-NYA.

Sungguh,
Ketahuilah,  mereka yang kamu tanyakan,
Juga ingin tahu,
Namun, semuanya diluar kekuasaan dan kemampuan mereka. 

Ya.
Tidaklah salah bertanya,
Namun ketahuilah, 
Bahawa kami tak punya jawapan.
Semuanya dalam Ketentuan-NYA. 


hearty to heart.. ( 2 )

jangan sedih
bila dia
sudah ada si dia.

teruslah senyum
kerana kau sedar
kau sentiasa
ada DIA.


Heart to Heart.. ( 1 )


kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi untuk belajar menghargai apa yang belum sempurna. kerana dengan mengenal ketidaksempurnaan, kita akan lebih mengenal diri juga akan selalu bergantungan kepada Tuhan. lagipun ini dunia, bukan syurga. maka tak ada yang sempurna.

## 
apa itu kebahagiaan? ia bukannya tentang tahu apa itu kesempurnaan, tetapi tahu siapa pemilik segala kesempurnaan ; Allah..


Tuesday, June 25, 2013

Assalamualaikum..

 sakitnya hati saat kita ditinggal pergi.. lagi perit andai diri di tipu dari seseorang yang kita percaya...

Sakit ditinggalkan pergi jauh lebih baik dari sakit ditipu... Kerana hakikatnya tiada yang kekal dan akhirnya kita semua akan pergi meninggalkan dunia.
Namun yang terluka ditipu harus tinggal dalam kenangan dikhianati.
Meski maaf mampu mengubat hati.
namun maaf tidak mampu memadam memori.
Sekali ditipu,
Sekali dikhianati,
pasti meninggalkan bekas di hati.

Jujurlah walaupun pahit,
Sepahit apapun kebenaran masih mampu ditelan,
Namun semanis apapun penipuan tidak akan pernah membuatmu tenang.
Mungkin dunia berpihak padamu,
Akhirat?
Itu belum tentu...

Maka aku mohon,
Berbicaralah seolah kau dihadapan Tuhan!
dan biarkan kebenaran mendamai kenyataan.

aku tidak lah terlalu kejam untuk tidak memaafkan kesilapanmu..
jujurlah...

wassalam..


Monday, June 24, 2013

takdir.. pilihan.. kesudahan..

assalamualaikum.. ^^,

takdir..kesudahan..

sebelum merungut tentang takdir dan kesudahan, lebih baik kita mula berfikir tentang pilihan.
LUMRAH.. pilihan yang baik akan menghasilkan kesudahan yang baik. pilihan yang buruk pasti bertemu kesudahan yang buruk.

so as this life.. ^^

ikut perintah Allah, di akhirat inshaAllah selamat. tak mahu ikut perintah Allah, heh, jangan menyesal kalau Allah jatuhkan hukum ke neraka.
pilihan. kuasa yang besar dan kebebasan yang tiada batas. tapi berapa ramai yang guna untuk buat benda betul dan berapa ramai pula yang salah guna?

#muhasabah.

Saturday, June 22, 2013

Kosong

Assalamualaikum.... Hi...
.......kosong........



























































Till then..
Pen off....
Wassalam
P/s : dah tajuk entry ni kosong, so kena kosong la kann...hahahahaha..
Sbnarnye.... penulis xde idea nak update blog..tapi teringin nk update jugak... Penat dah baca buku... Bye!

Tuesday, June 18, 2013

Wanginyee....

Assalamualaikum... Kalau nak ikut sekarang patutnya penulis dah tidur.. Ye laa... 2:26 am penulis tulis entry ni... Tapi ada sesuatu penulis nak share kat entry kali ni...

Masa nak solat isyak dengan kawan-kawan tetiba penulis terbau sesuatu... MasyaAllah! Wangi sangat... Penulis tanya sahabat.. Adawiyah... Ada bau tak? Dia ckap xde bau pape.. Dia pun bagi penulis cium bau perfume dekat baju dia... Penulis cakap ni bukan bau tu... Yang lain semua dah pelik... Tapi penulis senyum-senyum sebab bau tu best sangat... Siyesly.... Harum sangat-sangat...tercari-cari jugak bau tu.. Nak cakap budak2 ni punye pun...takkanlah.. Sebab ni 1st time penulis bau camtu.. Lagipun budak2 ni xde plak beli perfume dlm masa terdekat ni...

Then, kitorang solat isyak brjemaah.. Penulis bau wangian ni sampai sujud penulis yang terakhir.. Pastu x bau dah... Allahu... Nak je bau skali lagi.. Siyes... Harum sgat2... Nk kna cari ni perfume brand ape.. Huhu...

Dahh abess cite dahh... Huhuhu...
Till then...
... Pen off ...

Wassalam...

Saturday, June 15, 2013

Ujian

Assalamualaikum... Hi readers... Heeee... ( mcam la ramai bca blog penulis ni ) ...
Terkadang hati penulis menangis bila di uji.. Macam- macam dugaan datang bila tengah musim exam ni... Yee... End semester exam...
Allahu... Macam dah habis tenaga... Dah takde semangat bila satu satu masalah datang... Tapi bukanlah kehidupan andai tiada ujian kann..
Nikmatnya hidup andai semua yang kita inginkan kita dapat.. Tapi lebih nikmat hidup andai apa yang kita inginkan kita tak dapat.. Kenapa penulis cakap macam tu?? Sebab....... Sebab apabila kita tak dapat apa yang kita inginkan... Kita akan sedar apa yang kita dah terlepas... Pengalaman mematangkan fikiran kita.. Mematangkan semuanya... Perangai... Ye... Attitude... Daripada kebudak-kebudakan kepada dewasa... Tak annoying...huhuhuhu....
Apabila kita di uji...apa yang kita akan buat? Menangis bagai nak rak? Meroyan?? Urghh! Semua ada pilihan... Tpi.. Sebagai seorang muslim... Kita mesti percaya ada Allah yang sentiasa mndengar rintihan hati kita... Menangislah sampai mata bengkak sekali pun di hadapan tuhanmu... Allah...
Allah... Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku... Aku bersyukur di atas ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Andai dengan ujianMu ini dapat mendekatkan aku denganMu ya Allah... Aku bersyukur ya Rabb...  Amiin...amiin.... Ya Rabbal 'Alamin...
Duhai pembaca... Ingatlah... Everything happen for a reason... Tiada hamba Allah yang dikecualikan dari ujianNya...hidup ini adalah ujian... Bersabarlah andai disakiti... Allah ada...ye... Allah ada mndengar keluhan hatimu... Allahu... Allahu... Aku bersyukur utk hidupku ini...
Wassalam...



P/s : originated by ; nurshuhada noordin. :)

Friday, May 31, 2013

love 1

Whenever we have a problem, 



who do we usually turn to? 


Perhaps most of us would go to the closest friend or family member. 



Maybe some would seek for a professional advice and some would probably keep it to themselves.

 Very few would complain their problems to the One wholly.. 
Although it is good to seek for a consultation from someone to solve your problem or to help soothe your heartaches…perhaps it is best for you to be considerate of the person (someone you want to seek advice from)’s feelings or situations. We do not know what lies in their hearts. Perhaps the one you’re seeking an advice from has bigger problems than what you are having. This reminds me of a very good quote from Mufti Qureishi,
“1) Don’t speak of your strength in front of the weak.
2) Don’t speak of your good fortune in front of one who is miserable.
3) Don’t speak of your freedom in front of a prisoner.
4) Don’t speak of your children in front of the childless.
5) Don’t speak of your father in front of an orphan…for their wounds won’t be able to bear more.
6) Don’t dance over the wounds of others…so that a day does not come that others dance over your wounds.”
….small problems are better than big problems. Those little problems are like ‘good fortune’ as compared to bigger problems. 
Perhaps this is why Prophet Muhammad SAW always advised us to always remain silent if we don’t have anything good to speak. SubhanAllah.. 


  #tumblr

Sunday, March 17, 2013

celaan sebagai ubat, pujian umpama racun


Celaan Sebagai Ubat, Pujian Umpama Racun

Imam al-Ghazali di dalam Ihya' Ulumiddin berkata, "Sering kali manfaat yang kita peroleh daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita, lebih banyak daripada manfaat yang kita peroleh daripada teman2 yg selalu memuji kita."


Ya, pujian jauh lebih berbahaya daripada celaan. Ia memang manis, namun mengandungi racun yang dapat merosakkan hati manusia. Semakin terbiasa sesorg mndgr pujian, smakin hatinya trtutup drpd kebenaran.

pada saat itu, ia tidak akan pernah tersedar drpd kekurangan dirinya apatah lagi tergerak untuk merubah dan memperbaikinya. Tanda seseorang sangat hina di mata Allah, Allah membiarkannya tenggelam dalam pujian.

Sebaliknya, celaan memang pahit namun ia mengandungi ubat yg akan merubah hidup kita menjdi lbh sempurna. Syaratnya, kita mesti pandai merubah celaan itu menjdi pembakar semangat, seprti yg dlakukn tokoh2 yg berjiwa besar.

jika anda memiliki jiwa besar setara mereka, anda pasti melakukn sbgmna yg mrka lakukn..

wallahu a'lam...

Friday, March 8, 2013

jangan bandingkan..


assalamualaikum...

penulis selalu terbaca dan membaca pengakuan seorang wanita yang membandingkan diri dengan bidadari. Iyalah. Orang pun selalu cerita bidadari tu cantik, comel, taat, bercahaya.

Tapi tak ramai yang mahu tahu, apa kelebihan wanita dunia. Tidak, penulis tak bertujuan untuk meremehkan wanita, kerana penulis juga manusia dan wanita dunia.  :D

Nabi Muhammad juga memilih wanita dunia. Ketika baginda berdialog dengan Ummu Salamah berkenaan bidadari. Ummu Salamah ini kurang cantik jika tak silap penulis, maka dia membandingkan diri dengan bidadari.

sekadar gambar hiasan
Ummu Salamah bertanya ; mana lebih utama? wanita dunia atau bidadari  yang bermata jeli?
Nabi Muhammad SAW menjawab ; “wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari yang tak terlihat.

kerana solat mereka, puasa mereka, dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulit mereka putih bersih pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat daripada emas.

mereka (wanita dunia) berkata : kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut sama sekali. berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

bersyukurlah wahai wanita kerana Nabi Muhammad SAW memberi jaminan sebegitu kepada wanita yang ibadahnya kerana Allah, yang sentiasa reda dan tidak merungut.

Nabi Muhammad SAW sangat sweet, kan? :) Dan wanita, jangan pernah membandingkan diri dengan yang lain. Penilaian orang selalu tersasar, maka penilaian yang perlu dijaga adalah penilaian dari Allah.
Jangan pernah bandingkan diri dengan bidadari, kerana kamu lebih utama, kerana kamu lebih banyak kelebihan, kerana kamu lebih disayangi Rasulullah dan Allah.
Harus jadi solehah, ya? InshaAllah kamu akan sentiasa dikasihi-Nya.

p/s : boleh rujuk buku Agar Bidadari Cemburu Padamu untuk kisah-kisah yang lebih hebat berkenaan wanita :)

sekadar gambar hiasan..


Wednesday, February 27, 2013

0_0


with your beauty, you are better than the sun ; with your morals you are more sublime than musk ; with your modesty you are nobler than the full moon ; with your compassion you are more beneficial than rain..so, preserve your beauty with FAITH, your tranquility with CONTENTMENT, your chastity with HIJAB


Saturday, February 23, 2013

jika terpaksa membenci


Jika terpaksa membenci
jangan ketara
sembunyikan bersama sabarmu
biarkan dia berkata-kata
relakan dia lakukan segala
pendam rasamu
rendam katamu.


Jika terpaksa membenci
benci seadanya
jangan dirinya
tetapi kelakuannya
jangan keterlaluan
jangan berlebihan
diam… dan cuba maniskan wajah.


Jika terpaksa membenci
jangan sampai dapat dibaca
sembunyikan segala di sudut hatimu
namun, ingat jangan beri hatimu kepadanya !


jika terpaksa membenci..
( alangkah baik jika kalimah itu tiada.. )


rindu padaMu

ya Allah..
betapa rindunya untuk hati kembali 100% mengingatiMu,
betapa rindunya utk merasai getran jiwa dan deraian air mata
kerna takutkan dosa-dosa lampau
betapa rindunya utk sujud dalam penuh kekhusyukan
betapa rindunya untuk merasai  sepenuhnya
erti sebagai hamba yang hina...


that's me..


Sometimes when I get upset, something inside of me shuts down. I feel like I should be crying or screaming or something but I don't because I'm turned off. I go silent and don't talk very much, just looking at people. Thinking so much that I could drive myself crazy. It's the kind of upset that confuses me and makes me want to curl up and sleep it off. I stay fixed like this until the hurt runs away. Sometimes it feels like it's never going to go...
ya Rabb...help me..amiin..

ya Allah..i know you're testing me.. :)

Ya Allah, kuatkanlah hambamu ini dalam menghadapi segala dugaan dan cubaan darimu :’) Tabahkanlah hatiku, Ya Allah :’) Aminnn ~(( *Sabar. Sikit je ni T.T ))



then..someone text me..he said “He breaks you, to build you. Deprives you, to give you. This pain in your heart was created to make you yearn less for this life, and to yearn more for Jannah. Allahu Akbar...”

till then..pen off..


Thursday, February 21, 2013

denganNYA


kenapa senyap ?
kenapa diam ?
kenapa tak kongsi ?
kenapa tak cerita ?


entah
tak semua benda boleh dikongsi.
tak semua benda boleh diluah
boleh dicerita


ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri
diluah takut membuka aib
dicerita takut dijaja kelak


dengan manusia, lidah kelu
walau hati sangat ingin berbicara
tiada kata mampu menzahir segala rasa


denganNYA,
bibir kaku, tiada kata mampu terucap.
yakin, DIA sudah sangat tahu.
hati sebak, dada terasa berat.
yakin, DIA sudah sangat mengerti.
hanya doa terzahir,


” Ya Allah, berilah kekuatan, untukku menghadapi semua ini"



no heart feeling


assalamualaikum...'no heart feeling'.. sebenarnya..penulis xtaw nak letak tajuk apa untuk entry nie... tapi suka hati pembaca laaa nak letak title apa pun.. hehehehe... 

apabila lelaki dan perempuan berkawan....


sebenarnya dalam berkawan, lebih-lebih lagi antara lelaki dan perempuan, jarang-jarang dapat mengelak dari berperasaan.

jadi, tak perlu la nak letak statement : ‘no heart feeling’ sebagai syarat untuk berkawan dengan anda. sia-sia saja. dalam berkawan, anda kena bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.

kenapa penulis kata begini? kerana perasaan dan hati itu dalam jagaan Allah. sedang iman boleh berbolak balik, boleh turun naik (seperti yang dinyatakan dalam ayat iman manusia jika naik lebih mulia dari malaikat, jika turun lebih rendah dari haiwan) inikan pula perasaan manusia. kita tak pernah tahu, hari ini perasaan kita kembangnya dimana. boleh jadi di hati A, boleh jadi di hati B, boleh jadi di hati C, atau di mana pun ; masa dan takdir menentukan (ewaaah).

bukanlah penulis nak menyalahkan prinsip anda. prinsip itu bagus. tapi perlu ingat, prinsip itu kehendak anda sedang hati dan perasaan tertakluk dalam kehendak Allah. kalau sudah dicampak rasa suka oleh Allah dalam hati seseorang untuk berperasaan pada anda, janganlah disalahkan dia dan menjauhkan dia. tangani dia sebaiknya ; dengan pertimbangan iman dan akal bukan emosi. kalau anda tak suka dia berperasaan dengan anda, bagitahulah. jangan biar dia tergapai-gapai dan tak mahu berkawan dengan dia lagi. dia juga manusia. anda juga manusia. 



manusia bisa lembut dengan nasihat, bukan dengan perintah yang penuh dengan kebencian. nasihatkan dia untuk jaga perasaan dan letak perasaan dia di tempat betul. bukan memerintahkan dia untuk menghapuskan terus perasaan itu. dan nantinya dia berkawan dengan anda sebab nak jaga perasaan awak, kan tak ikhlas tu. biarlah dia menjadi dirinya. yang penting anda tu jaga hati anda baik-baik. kalau anda yakin dengan Allah supaya jaga hati anda sebaiknya, maka anda sepatutnya tak perlu bimbang tentang hati orang lain. sebab mereka juga makhluk. dan makhluk akan bergantung kepada Tuhan bukan sesama makhluk.



jadi buat anda,awak, kau, kamu ; baik lelaki, wanita, mahupun khunsa, hati kita Allah yang pegang, Allah yang jaga. apa yang kita dapat mohon adalah supaya Allah jagakan hati kita sebaiknya, dan kita juga berharap hati-hati orang disekeliling kita baik-baik semuanya. janganlah meletakkan syarat yang mustahil dalam menjalinkan persahabatan.

bukankah Tuhan menjadikan kita berjenis-jenis supaya dapat mengenali satu sama lain? dan yang terbaik antara itu adalah yang paling baik taqwanya. raikan perbezaan itu!

till then.. pen off...

wassalam..

Sunday, February 17, 2013

karipap :D ahahahaha!

salam...entry ni nak citer pasal karipap laa.. hehehe.. memandangkan budak2 rumah aku ramai yang x balik lagi.. punyerr laa boringg... nak keluar jalan-jalan malas.. hehhee..pastu my bestieeee husna ajak  buat karipap pusing.. haaa... apa lagii.. maka 'berperang' laaa aku, fifah n husna kat dapur... hewhewhew...

masa tengah buat karipap nie... tetiba aku teringat dekat kak nor aku.. dia suka buat karipap kalau ada time free..bila dia taw aku nak balik kelantan.. dia mesti siap2 masak inti malam tu and bila aku sampai pagi esok dia ajak aku buat sekali.. wuuu... :'( aku rindu rumah.. 

hahha..dah..dah..dah...tanak sedih2... 
karipap pusing.. karipap putar.. ( suka hati korang laa nak panggil apa  ).. semangat aku duk uli tepung ni.. hahhaha.. poyoo jepp.. haaa.. kat bawah ade laaa gamboo yg sempat kitorang snap n video skalii.... huhuhu.. enjoyy yaa..!

nie doh yang digulung guna 2 adunan..
pastu  potong doh tuu..

potong biar jadi camnii...

pastu.. jom gelek2...haha

ni inti sardin.. masak dulu yerr..


ni inti ubi keledek / stelo (nama ubi ni versi kelantan) hahaha.. nak guna inti ubi kentang  pun best gak.... hahahah
ni masa nak kelim..

dahh siappp..! :)

ni plak video yg x seberapa.. hahha.. tengok taw... messtii tengokk.. huhuhu..


 till then.. pen off...

wassalam.. ^_^


Thursday, February 14, 2013

depressed??

i am not depressed.
i can still smile at pretty things.
and laugh when jokes are funny.
i can still talk to people.
and enjoy nice days.


smile... ^_^ peace!


but when I go inside,
when I am alone,
there is something broken.
and i fall to a sadness so sweet
that is engulfs me.
i look in the mirror.
and i don't like what i see.
and the tears always fall when i'm falling asleep.
and I miss something, that doesn't exist.



I am not depressed.
i've just been sad for a while.
but I can still find the light.
I can still smile..(:


Saturday, January 12, 2013

Everything is changing...^^,

assalamualaikum w.b.t.... 

Every time I close my eyes, its a blessing to be able to open them again, for indeed nothing is guaranteed in this world. Every moment things are changing. We are fulfilling our purpose, and tomorrow may be our turn. We may be the destined change.








Remember, all of us are created in a dying state, until we reach the focal point of realization; death. Then we awaken to see true life; paradise InshAllah!

 till then.. pen off...^^,



wassalam...


salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014