Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Friday, November 20, 2015

nothing last forever

Scrolling my old stuffs in my phone. Found a lot of self confessions,regrets and shits. Shame on me.

Tapi begitulah hidup kita kan? Kita akan matang dan dewasa hanya dengan pengalaman,kesakitan dan ujian. Sakit tetap sakit. Ditinggalkan tetap ditinggalkan. Tapi,hidup tetap kena jalan.

Sampai bila,persoalannya?


Jawapannya ; sampai bila bila. Ya,sampai bila bila.


Kadang kadang,kita fikir kitalah manusia paling bermasalah dalam dunia. Duit takcukup nak bayar yuran,kekasih lari,housemate benci,classmate macam gampang,lecterurs kejam. Tapi ingatkah,them all will die? We all will die?

 Nothing last forever,termasuk masalah kita.

Senyumlah,meski kita berjalan hari ini dengan seret seret kaki. Luka tapak berkali kali. Kerana hari ini,kita masih punya Tuhan untuk menguji. Tidakkah kita yakin,ujian bakal menguatkan dan mendekatkan?

Dan hal paling indah bila kita diuji adalah ; kita mengerti tuhan sebenarnya ingin kita lebih kuat juga lebih matang. Tidak kira dalam hal apa sekalipun.

Dalam dunia ni sebenarnya cuma ada dua watak ; kita dan tuhan. Itu sahaja.

Maka siapa mereka mereka? Mereka mereka cumalah pelakon tambahan yang membentuk kita,termasuklah ibu bapa kita.

Usahlah bersedih,dunia ini tiada apa apa perlu disedihkan sebenarnya. Melainkan cerita cerita hindustan lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan,itu memang benar sedih. Juga dosa dosa kita yang tiada sempat diampunkan,maka itu bertambah sadis dan sedih.

I throw back my old note,supaya korang tahu betapa aku pernah sakit hati dan rasa ingin bunuh diri hanya kerana cinta aku yang terlalu dalam kepada makhluk bergelar manusia.

Aku sangat noob tentang cinta hinggalah aku berjumpa dia. Tapi tidak mengapalah,tuhan mengatur jauh lebih baik dari rancangan kita hari ini.

Moga dia sedang bahagia dengan apa sahaja perkara dilakukan. Kerana aku tidak pernah mengharap apa apa lagi.


Kalau kau mati,jangan lupa jemput aku disini. Bisa aku tahu alamat kubur mu dimana nanti.



apa yang abadi?

Aku suka pensel dan kertas. 

Dulu aku sangat gila setiap kali jumpa pensel kayu yang rare dan kertas kosong. Mesti nak beli mesti nak conteng. Aku tak pandai melukis,jadi aku menulis. Dan aku suka pensel sebab pensel boleh dipadam,tak macam pen ; kekal. (Yeeeeeee memang korang nak cakap ada liqiud paper kan? )


Macam tu jugaklah kot dengan kita. Hakikatnya,kita tak suka pun benda yang kekal. Sebab fitrahnya Allah ciptakan semua benda termasuk yang sedang membaca dan menulis ini ; sifatnya sementara.

Kau,aku dan kita semua ; sementara.

Nothing to worry.

Semua benda dalam dunia ini termasuk dunia ini sendiri,bakal tiada. Bakal hilang. Tidak abadi.

Termasuk kedukaan dan kesusahan kita.

Termasuk haters haters kita.

Termasuk orang orang bangang disekeliling kita.

Termasuk duit dalam poket kita.

Termasuk ex kita.

Termasuk makwe baru ex kita.

Termasuk assignments kita.

Termasuk lecturer kita.

Termasuk tambang tol dinegara kita.

Termasuk menteri menteri bangang kita (?)

Tiada apa yang abadi.

Termasuklah Abby Abadi.

Tapi yang akan abadi ; adalah?

Tuhan? 

Yeeeeee aku tahu lah yang itu memang akan abadi. Aku nak jawapan lain. Zzzz

Yang abadi adalah ; setiap kebaikan kita.

Sebab apa aku cakap kebaikan?

Sebab kebaikan kita,akan abadi sama orang lain.

Sebab kebaikan kita,akan abadi dalam hati hati yang memerhati.

Dan sebab kebaikan kita,akan abadi sama catatan tuhan.

Kebaikan kita takkan pernah terpadam selagi kita tidak meminta balasan. Aku tak nak bercakap pasal ikhlas,sebab dua ploh tahun aku hidup,aku takpernah rasa ikhlas itu serupa apa. 

Melainkan kawan aku yang bernama Nurul Ikhlas mungkin dia pernah merasai akan makna namanya sendiri.

Tapi aku diajar sedari kecil oleh abah adalah ; manusia takkan mampu memberi manfaat atau mudharat kepada kita. Dan balasan tuhan akan jauh lebih berat dan banyak dari kejahatan dan kebaikan kita.

Memberi,sebab apa yang berada dalam genggam kita bukan semua hak kita.

Tapi kekadang aku kedekut juga hm.

Begitulah,kita berbasa basi atas nama tuhan. Ah, normalis tipikal kita.

Soooo,cheer up dude kalau harini adalah the most bad day in your life. It’s just a day not years or a whole entire life. Chill chill,bak kata Jiji (even aku rasa macam dia selalu cakap dekat diri sendiri dan bukan aku)

Nothing long last. Okay?

Alooooooooo jangan lah sedih terharu aloooooo dah dah usap air mata hm okay? Dah.


Aku menulis untuk aku.

yalla, bye.


#KisahDariSyurga 

Thursday, November 19, 2015

Gotta Be Strong

assalamualaikum. and hi.

so, entry ni aku tulis 3 hari sebelum aku berangkat pulang ke teratak bonda.cuti sekolah..

bila duk sorang2 kat rumah ni. adala sedikit idea untuk aku share kat sini.

entry ni aku pasal benda yang aku dah lama nak buat. tapi tersekat. biasala.. setan yang goda aku tak bagi buat kuat sangat godaanku. setan betul.hahahaha

so, aku harap kali ni , aku betul2 kuat nak lawan godaan setan ni. insyaAllah... 


Aku mula search macam-macam kisah tentang ISTIQOMAH. Bukan apa, aku ni bab Istiqomah aku susah sikit. Eleh.. tak yah cakap aku lah. Korang pun sama kan..kan. kan. So, jangan la kita mudah kata orang macam-macam . haa.. merapu dah aku.

Okay. Semalam aku ada decide something untuk hidup aku. Aku cuba stop diri aku guna terlalu banyak akaun sosial. Eh. Tu pun nk cite. Owh, suka hati aku lah. Blog aku. Ekekekeke.

Bukan sekali dua aku tutup buka balik akaun ni. Rasanya dah banyak kali aku buat. So then, malam tu aku tetiba teringat kat sorang kawan aku ni. Dia dah lama close social account  dia. Then malam tu aku whatsapp dia dalam pukul 12 lebih kot. Hahaha. Rilekla. Bukan laki orang, so aku berani la msg dia time tu.

And then  aku delete kebanyakan akaun sosial aku. He taught me something on his messages. Thanks a lot friends! Mungkin orang rasa benda ni kecik je. Bagi aku, bila benda yang memerlukan kepada ISTIQOMAH,ianya adalah sesuatu yang tak boleh kita pandang ringan.

***********
“ nak tutup pintu dosa. Perasaan takut terbuat dosa. Mula2 je rasa bosan, tak tau nak buat apa dan sebagainya. Tapi itu semua mungkin sebab dah biasa dengan benda tu semua, dan sayang nak tinggalkan hiburan dalam tu. Bila tak bukak benda alah tu rasa bosan. “ 

***********

yeah.I know itsnot so easy.
gotta be strong.
 just keep pushing on!
i'll try my best.
thank you Allah for this life. 

Friday, September 4, 2015

pelangi di langit hati

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah,

sayangnya ,dia terlupa yang pelangi itu jalurnya tujuh, 


dan salju itu mencair dipanah mentari,


lalu berguguran dihembus bayu luruh.


Ini kisah sekeping hati yang berkali kali diuji, 


takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,


takkan bersinar indah bintang bintang, 


tanpa gelap malam .


" Semoga Dia menitipkan senyuman di setiap tangisan , pelangi di setiap hujan dan kemudahan di 


setiap kesulitan " 

" Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis "


[An-Najm ; 43]



#Berlarimengejarpelangi



Monday, July 6, 2015

Ramadhan 1436H





Mulailah dgn niat yg bersih & tulus.
Hari ini, bacalah tafsir surat Al-Qadr, dan fahami apa yg sesungguhnya terjadi pd malam laylatul qadr. kita akan merasakan keagungan & kekuatannya InsyaAllah.
Jgn menunggu hingga mlm ke 27 utk mengerahkan segalanya. ‘Aim’ 10 mlm terakhir dgn bangun pd setiap malamnya. Jgn sampai laylatul qadr melepasi begitu saja.
Hafalkan doa malam laylatul qadr yg diajarkan Rasulullaah s.a.w : Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa’ fu'anni (ya Allah, Ebgkau Maha pengampun & menyukai pengampunan, maka ampunilah aku).
Ingat, ini adalah waktu yg sgt istimewa bg seorg hamba. Malam Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa doa terbaik utk Agamamu, dunia akhiratmu & keluargamu. Jgn lupakan saudara-saudara kita yg tengah kesusahan di berbagai belahan dunia. 
Jgn lupakan keluarga kita, Rasulullah s.a.w  membangunkan para isterinya pada malam-malam ini. Anak-anak juga diajak beribadah utk beberapa saat, walau mungkin tidak selama org dewasa.
Ini BUKAN malam utk update status : “alhamdulillaah, nikmatnya bermunajat kpdNya mlm ini” dsb)  dilaman sosial apapun. Biarlah itu jadi rahsia indah antara hamba dgn Rabbnya. Jadi, matikan dulu segala gadget. Putuskan dulu hubungan dgn dunia, & nikmati jalinan hubungan dgn al-'Afuww!
Sabar adalah kuncinya. 10 malam terakhir mgkn akan sgt memenatkan. kita mgkn perlu bekerja atau bersekolah. Ini adalah saat utk bersabar dgn kepenatan itu. Ingatlah Allah telah kurniakan kesempatan berharga (akan luasnya ampunan) yg mungkin tidak akan dtg lagi. Bukankah kita akan berlari jika kita tahu bhw ini adalah ramadhan terakhir kita & syurga hanya selangkah lagi?
Husnudzhon lah kpd Allah. Ketika bermunajat, ingatlah kita sedang meminta pada Raja Yg Maha Pemurah. Jika kita berharap yg terbaik, Dia akan memberimu yg terbaik. Jgn ragu-ragu, yakinlah & tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapanNya. Jgn biarkan keraguan & buruk sangka menjauhkan kita dari Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Allahumma ballighna Laylatul Qadr




** abu hanifah the daie graphy


Sunday, July 5, 2015

Hati kering

Lama lama aku dah jadi tak kisah pasal orang sekeliling. Melainkan,orang tu kisah pasal aku.

Entah,aku jadi hati kering.

Sebab orang orang sekeliling aku jugak. Kalau kau tak hargai aku,i will do the same thing. Kalau kau rasa aku tak penting,fine. Macam tu jugak kau dalam hidup aku.

Lantaklah,kita rapat macam mana pun dulu. You chose to leave me means you chose to be kicked out from my life.

Sebab apa aku jadi macam ni?

Sebab aku dah malas sangat nak deal dengan perangai manusia yang macam macam. Aku sendiri pun susah nak faham aku,then kau expect kau nak aku faham kau memanjang? Please people,please. Have a little common sense,please. Im a human too.

So,kalau kau rasa kau nak keluar,sila. Aku tak larang.

Kalau kau nak stay,nak aku layan kau baik baik,macam aku layan kawan kawan aku yang lain,then buat perangai leklok. Or i will keep ignore you and treat you as a stranger even we used to be closed before.

Aku tak nak mencarut bulan bulan puasa ni. Aku takdelah setan sangat kan.

Cumanya,macam tu lah.

Aku banyak benda lagi nak kena fikir. Bukan fikir nak jaga hati orang je. Dah tu,hati aku siapa nak jaga?

..

So aku dah tak minat nak cerita pasal ukhuwwah lagi dengan orang orang agamawan. Kau orang berkawan dengan aku bukan sebab tuhan,tapi sebab korang rasa korang boleh menumpang senang. Tapi korang silap,korang sedar yang hidup aku tak pernah lenang.

Susah memanjang. Ada je bala dari tuhan.

#kisahdarisyurga #missindescribable

nak tanya sth boleh? Knp skrg aku perasan dekat fb kau,kau jarang dh nk post benda benda dakwah tarbiyyah mcm dulu. Knp kau simpan benda2 tu dkt tumblr kau je? Knp tk kongsi dkt fb?

#################

Terima kasih,anon sebab kau perasan apa yang aku tak perasan.


Satu benda yang kau kena tahu,fesbuk dan tumblr/blog adalah dua benda yang sangat jauh berbeza. Dua dunia yang tak sama.


Dekat fesbuk,kau salah cakap sikit,kau akan dihentam,diprovoke dan dihukum. Tapi disini tak. Orang disini baik baik,dan disini semua orang adalah sama.


Iaitu ; orang orang yang ingin lari dari satu dimensi dunia lain.


..


Aku jarang sangat nak buat ayat ayat bunga dakwah dekat facebook.


Sebab rata rata orang di sana begitu. Suka benda benda begitu.


Dan ramai orang di sana,lebih suka kepada hal hal provokasi yang boleh bawa kepada pergaduhan dan kebencian. Entah,aku tak tahu dan tak mengerti. Sampai satu tahap,aku rasa kehadiran aku untuk org org disana,tidak perlu ada aku.


Mereka sudah cukup ilmiah.

Mereka sudah cukup intelektual.

Mereka sudah cukup tarbiyyah.

Mereka sudah pandai.


Jadi cuba kau bayang andai tulisan aku disini,ditayang tayang?


Maka tulisan aku akan dianggap temeh dan picisan.


..


Jadi aku disini,agar aku bisa jadi diri sendiri.


Dan aku cuma kulit disana. Bukan siapa siapa. Melainkan,aku cuma seorang guru disekolah.


Itu sahaja.


Tapi disini,aku mungkin sahabat,kawan,teman dan kecintaan kalian.


#kisahdarisyurga #missindescribable

Datang dan pergimu,tidak sedikit merubah aku.

Yang mencintai,akan belajar untuk mengenali.

Meski seteruk apa pun kita.
Meski sesundal apa pun kita.
Meski sebusuk apa pun kita.

Yang mencintai,akan belajar untuk mendekati.

Lalu bagaimana tinggal dengan yang membenci?

Mereka akan terus menghukum.
Mereka akan terus menjauhi.
Mereka akan terus busuk hati.

Bagi mereka,kita cumalah sampah dan mereka raja yang tidak bisa disentuh siapa pun.

Biarlah dan sudah sudah lah.

Dunia ini memenatkan akan mulia yang dicari dan silap tidak ingin dimaafi.

Moga yang mencintai,teruskanlah mencintai aku.

Andaipun suatu masa kamu dijauhkan tuhan dariku,moga yang mendekat masih cinta. Dan andaipun nikmat cinta ditukar dengan rasa benci padaku,tidak mengapa.

Datang dan pergimu,tidak sedikit merubah aku.

Friday, May 8, 2015

Jangan Rasa Diri Bagus Sangat

krik. krik. krik.




Dulu,aku follow je jenis akhi akhi serban dan ukhti purdahbis niqabis atau apa apalah yang jenis suka berdakwah siber dan citer pasal nikah muda tulang berusuk rusuk dekat fesbuk ni. 

Tapi kebanyakan diorang aku unfriend dan unfollow atau mungkin unlike balik kalau spesis yang ada page dakwah tu.

Aku rasa bila aku baca tulisan korang,hati aku yang berpenyakit ni makin sakit.

Ke aku ni memang jenis bebal tak makan nasihat?

So macam ni kisahnya.

Aku tak pertikai pun niat baik korang nak berdakwah dekat laman sosial ni. 

Fesbuk,twitter,instagram,blogspot atau tumblr(?) . Siryes lah aku tak kisah pun.

Tapi aku sangat sangat rasa tak selesa bila korang judge orang lain yang tak baik mana macam korang tu seolah olah dia berdosa gila.

“Perempuan yang suka selfie dan upload gambar sampai bersepah dekat insta dan fesbuk tak layak dijadikan isteri.”

Ya. Aku pun tak berapa nak berkenan spesis orang yang duk spam newsfeed aku dengan gambar dia je.

Selfi lepas tu letak caption yang takde kena mengena.

Tapi lantak apa aku. Hak dia. Bialah dia. (Tapi last last orang ceni aku unfolo je balik) dari aku berdosa duk maki dalam hati.

Aku lagi tak berapa berkenan bila ada manusia yang ada hati dan perut macam aku,buat statement macam tu. Tambahan,korang ni figure dan daie lah bak kata orang tua tua.

Aku bukan nak bekap sesiapa.

Tapi tapi tapi apa hak kau?

Ya,hak kau untuk tulis macam macam dekat fesbuk ni.

Tapi kau takde hak untuk cakap macam tu seolah olah macam kau-bagus-sangat-sampai-layak-dijadikan-suami.

Bero,kita tak tahu masa depan.
Tu je aku nak cakap.

Kau bukan sebar cinta melalui dakwah.

Tapi kau dah tanam benci pada orang orang yang tak berapa sempurna macam kau.

Kalau kau tak caye,cuba kau cek dekat komen status kau tu berapa ramai yang komen “orang macam ni tak boleh ditegur,nanti diorang melenting. Ego.”

Alahai,macam bagus je ayat.

Kisahnya,aku bukan nak bekap sesiapa. 

Aku rasa aku dah pergi jauh dan korang pun takkan faham pun apa tulisan aku ni.
..
Nota kaki : yang mana duk spam gambar dekat fesbuk,boleh kot slow slow buat instagram. Sekadar cadangan la.

Susah jugak hidup kalau asek makan maki orang. Ehek

Tak marah ni,cakap je.





Nota kaki lagi : aku tak tuju siapa siapa status ni. Cuma ni yang aku perasan sejak aku ada fesbuk ni,ramai sangat golongan macam ni dekat fesbuk ni. Aku yakin,korang pun folo je artis dekat insta tu kan. Jangan tipu ah.

Tak pulak korang pergi pm artis tu dan cakap “u tak layak dijadikan bini”

Hm kan aku dah mengarut lagi ni.

Oh ya,bercakap soal tulang rusuk kiri dan bakal imam duaplohpatjam tak jadikan korang layak dijadikan laki atau bini.

Tolong la faham.

Nota kaki lagi (2) : ni last kot aku tulis benda ceni. Lepas ni kalau ada lagi,setidaknya aku dah tak sakit hati.


#KisahDariSyurga #Tumblr  

Friday, March 6, 2015

it's sad



it's sad,

when you try to pick up a conversation with someone you haven't talked to in a while and used to be close to, but you notice that they don't make any effort to talk to you and just push you further away to the point where you realize that things have changed and it'd probably better to let go.

people come and go, sadly. even the ones you thought you'd never lose.

Saturday, January 10, 2015

Cakap ikut mulut nak sebut.

Mesej whatsapp masuk.

"Sher,kenapa susah sangat orang nak faham kita?

Dan orang memang takkan faham kita kan?”

Dekat pat lima kali aku ulang ulang baca. Faham tak faham. Kabur tak terang.

Argh aku mengantuk. (Padehal baru bangun)

Nak masuk kali keenam baru aku dapat tangkap soalan.

"Sebab orang tu bukan kita." Balas aku ringkas.

"Hmmm. Aku dah lama sabar,Sher. Tapi tak pernah ada orang faham aku. Kadang kadang aku jadi makan hati,aku sedih."

"Kau ada masalah apa ni?" Tanya ku,direct. Malas nak bermadah pujangga pagi pagi. Dah sejuk mencengkam tulang dan tulang pinggang belakang sakit balik.

"Aku ada masalah. Kawan hosmet aku takpernah nak faham aku. Ya,mungkin aku banyak salah.
Tapi tolong,tegur tu jangan sampai menghina. Main sebut ’ makayah kau tak ajar eh?’ . Aku jadi kecik hati,Sher. Dah lama aku pendam tapi aku tahan.

Kot ya pun nak tegur,jangan libatkan makayah aku, salah tu salah aku. Bukan salah makayah aku.
Aku sedar,family aku tak hebat macam family dia. Tapi tolong,makayah aku tak pernah salah.
Sekali dua aku okay lagi,Sher. Tapi ni banyak kali. Depan depan orang pulak tu kadang kadang. Aku sedih,Sher.”

Aku tergamam.

Tiba tiba rasa pedih bila dia sebut part ‘makayah’.

"Aku ingatkan spesis terancam gini dah takde, rupanya ada lagi.

'Mahasiswa' sangat.” Bebel aku dalam hati. Geram.

"Sabar la weh nak buat cane."

Rasa loser jawab centu. ‘Sabar sabar’ tu macam tak relevan dah sekarang sebab aku pun tak tahu tahap sabar aku macam mana.

"Tapi macam mana,Sher?"

Aku diam lama, tengah fikir jawapan sesuai. Argh pagi pagi dah kena jadi Dr Muhaya. Tumpuan aku lari sebab aku tengah busy uruskan team sukarelawan Syria. Cari orang,contact orang merayu macam orang gila nak suruh jadi sukarelawan.

Nasib baik budak budak ni baik. Budak laki cam liat sikit ada laki yang tak balas mesej terus. Aku husnuzon ; dia nak jaga hati (Allahuuuu) .

Bukan apa,susah bila buat kerja camni takde laki. Nak angkat barang berat,beli barang bagai. Hirom dah la 8/6 kilogram satu. Baju baju makanan lagi.

Ok stop luahan hati aku.

Mata aku kembali tertumpu pada mesej kawan aku yang malang tadi.

Mesejnya bertambah satu.

"Sher,macam mana kau boleh jadi kuat? Aku tengok kau rilek je. Padehal aku perasan,ramai yang sakitkan hati kau.

Aku nak jadi kuat jugak.”

"Weh sejak bila aku kuat?"

"Hmmmm."

****************

Bila kau tanya aku, “Sher,kenapa kau nampak okay je bila ada orang buat centu dekat kau?”


Aku bukan nak kata aku berjiwa besar tapi memang dari kecik abah aku ajar “kalau orang baling taik,jangan balas taik. Cukup dia sorang jadi bangang duk main dengan taik. Kita jangan nak ikut. Kita balas balik pun,belum tentu kena.”

Abah aku sambung “kalau kita nak jadi matang,kita kena ikut jejak langkah orang matang. Kalau hal hal kecik kita amik peduli,maka dunia kita dunia yang kecik dan sempit.”

Dan ni kata aku.

Hidup terlalu singkat untuk ada perasaan benci. Sebab apa?

Sebab syurga tu toyyib(suci) dan Allah itu toyyib, sudah pasti ahli syurga yang nak masuk pun kena toyyib.

Maka dengan secebis rasa benci dan mati yang boleh jadi bila bila,adakah kita layak digelar toyyib?
Tub ilallah. Tub ilallah. Tub ilallah. 

************


"Sher.

Thanks.”

"No prob."

"Nak jadi macam kau."

"Haha." Jawabku hambar.

Kalaulah kau tahu,betapa sakit menjadi aku mesti kau tak teringin pun bermimpi apatah menjadi.
.
Mesej waksep masuk lagi.

"Salam, Sherrrr. Seronoknya salji.

Mesti bestkan?”

"Tak best.

Anak anak syria aku ramai mati.”

Pray for Syria, Palestin. :'(

Friday, January 9, 2015

Sejam jadi batu

"Oooh ni la Kak Shud yang femes tu."

Kata Faiz Nazim sambil tarik kerusi. Dia duduk dikerusi sebelah kerusi depan aku.

Aku sengih hambar.

"Heh. Kau la Faiz  yang artis tu."

Faiz gelak.

Sambil sambil tunggu Kak Ummuhani keluar tandas,Faiz bergerak ke kaunter.
Jarak kaunter dan meja dalam 5 meter.

"Weh Shud kau nak makan pape tak?" Jerit Faiz dari kaunter.

"Tak nak, aku dah kenyang gila." Sambil geleng geleng kepala.

Lepas order,Faiz datang balik meja. Dan aku,ralit belek belek handphone.
Tak tahu nak cakap apa.

Kak Ummuhani tiba tiba muncul. Dia duduk sebelah aku,depan Faiz.

Diorang borak berdua,tinggal aku dengan handphone aku. (Lagipun,aku memang tak paham pun tajuk diorang apa)
Pastinya,kisah cinta Kak Ummuhani yang ditolak mentah.

"Weh,aku suka hang."

"Tapi aku tak suka kau."

"Kenapa hang tak suka aku?"

"Dah aku tak suka kau,nak buat macam mana." Tolak lelaki tersebut. Lebih kurang gitulah,dialog Kak Ummuhani dengan lelaki tersebut.

Macam macam Kak Ummuhani luah dekat Faiz. Dari kisah cintanya yang ditolak mentah sampailah kisah dia menolak mentah dan menyampah dengan customer Chocolate Moist Cake setianya.
Sampai habis sepinggan nasi goreng pattaya.

Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Bukan nak kata aku tak suka/rimas dengan topik cinta Kak Ummuhani, tapi tab aku tertinggal dekat rumah dahla dalam tu banyak pdf yang kalau aku baca sepanjang sesi luahan hati Kak Ummuhani,mesti habis satu buku.

"Kesian gila dekat Kak Ummu. Haha." Jampuk aku. Sambil tepuk bahu Kak Ummuhani.

"Kannnn, kesian gila." Faiz sambung.

"Tu laaa Shud,Faiz. Hangpa bukan tahu perasaan Kak Ummu macam mana. Patah hati tau dak kena tolak mentah. Dah la mula mula dia yang suka Kak Ummu,tiba tiba bila Kak Ummu nak balas,dia dah tak mau.

Babun betul laki centu.

Tapi Kak Ummu dok nampak dia ja. Kak Ummu rela jadi bujang.” Luah Kak Ummuhani dengan loghat Kedah pekat dan dengan nada sedihnya.

Aku dan Faiz hanya mampu gelak kecil tengok Kak Ummu macam patah hati gila. Siapa la berani tolak hotstuff macam Kak Ummuhani.

Dan Faiz Nazim sambung cerita dia dan crushnya.

Katanya,budak 'U' ni jugak.

Alah,aku boleh agak siapa crush Faiz. (Malas nak mention nama)

"Haritu dia ada citer tau pasal laki ni minat dekat dia. Dan laki tu pergi cerita dekat semorang yang dia minat budak ni.

Then,dia terus putuskan hubungan dengan laki tu.

Lepas tu,aku terus jadi takut nak luah yang aku suka dia. Sebab aku pernah cerita dekat Kak Ummu. 

Haha. ” Faiz bercerita tentang crushnya yang dirahsiakan dari aku.

Dalam hati aku “Eleh Faiz,aku pernah dengar dah citer tu dari perempuan tu.”

Malam tu,kami bertiga masing masing ada cerita sendiri.

Kak Ummuhani.

Faiz .


Dan aku.

Bezanya,dengan orang yang berbeza. Kisah berbeza. Cara berbeza.

Tapi masih dalam lingkungan yang sama ; iaitu harapan.

Aku diam,hampir sejam aku dengar cerita diorang berdua. Masing masing duk meluah perasaan cinta tak berbalas.

Kak Ummuhani dengan cinta tiga seginya. Lelaki-tolak-mentah dan customer-setia-kekchocmoist.

"Aku serabut betul dengan laki tu, asyik duk teguq aku. Hang tau dak,Faiz bla bla bla."

Dan Faiz Nazim dengan budak perempuan yang aku dah tahu siapa.

Dan aku,introvert sorang sorang. Belek fon,baca semua conversation lama lama.


************

Nak katanya,macam tulah kalau manusia jadi sandaran kita.
Tak terbalas pun ada.
Kena tolak mentah mentah pun ada.
Telan sorang sorang,takut nak luah pun ada.
Dan,tergantung pun ada.

Alaaahh ayat cliche selalu kita dengar ; cinta pada manusia,manusia akan mati. Cintailah Allah,kerna Dia yang Maha Menghidupkan hati.
Nak kata,kita kena cinta Allah lebih dari apapun. Hidup dalam pengharapan,biar Allah yang balas cinta kita. Berharap,segala amalan diterima. Berharap,Allah nak kasi syurga. Itu je.

Hidup,simple.

Apa apa selain dari tu,biar tuhan handle. Kita follow the flow je.

*************

Sebut tentang harapan,aku cuma nak kata yang berharap pada apapun,biar berpada. Sebab apa? Sebab masa depan tu tak terteka bagaimana.

Boleh jadi,harapan dan cita cita kira hari ni tak kemana pun akhirnya. Tup tup kita yang kena matikan harapan kita sendiri.

Boleh jadi,harapan dan cita cita kita hari ni terputus. Kita jatuh dan takut menyambung harap.
Pokok isi hidup ; move on meski perlu seret hati terima kelat.

Ya ya,harapan/cita cita/impian/mimpi kita hari ni mungkin salah.

Tapi,tak salahkan mencuba?
Setidaknya,kita akan belajar jadi dewasa. 
Setidaknya,kita patuh bahawa tuhan mentakdir segala.
Setidaknya,kita mengerti tidak tertunai harap tidak semesti tuhan tidak mencinta.
Ada sebabnya.
Segala ruang lingkup hidup kita,Allah dah tetap bagaimana.
Rezeki.
Ajal maut.
Dan jodoh kita.
Kita cuma perlu ; hidup macam biasa,follow aturan alam dan jangan melawan.
.
"Serupa apa harapan yang benar?"
"Harapan yang benar dan tulus mustahil wujud kerna kita terkadang didorong nafsu."
.
"Weh Shud,awat hang senyap gila tadi?"
"Tak tahu nak cakap apa,Kak Ummu. Rasa diri ni kecik lagi nak campur hal orang tua."
"Entah Shud." Sambung Faiz.
Dan aku,kembali diam.
Katil dan tab terbayang dalam fikiran !

***********


bila dah aku kata aku tak mahu berpaling ke belakang, harap kamu semua faham. tak rugi laa tak dapat pegang apa yang kita pernah pegang dulu. huh! cuba faham. jangan terus hukum aku. 


salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014