Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Wednesday, January 29, 2014

redha-Mu, ku pinta

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.

Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..

Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

aku. si pendosa.

Saturday, January 18, 2014

tenang. doa. berserah.

Pernah? 
Usai solat,
Usai berdoa, 
Duduk terdiam. 
Berteleku. 
Tiada bicara. 
Merenung lama.
Menumpah segala rasa dan persoalan. 
Dalam diam.
Dalam bisu.
Dalam kelu.

Allah.  
Bukan sombong.  
Bukan malu.
Cuma selalu dan acap kali tak menemukan perkataan,  
Buat begitu banyak persoalan. 
Jangan bimbang. 
Allah tahu lidah kamu kelu.
Tapi masih Allah mengerti bicara hati kamu.

Jangan menyangka, 
Diamnya kamu tak DIA mengerti.
Jangan bersangka rintihan kamu sia-sia.

dua perkara ini:

1) sangka baik dengan Allah.
2) sangka baik dengan hamba Allah..

tenang. doa. berserah. insyaAllah.. Allah dengar. Allah mengerti. 
senyum :)

moga berbekal sabar

Banyak hikmah yang tersembunyi dalam CINTA, 
terkadang ditemukan dalam Redha.
Senyap diam tak bertanda.  
Tak terlihat mata.
Tapi terkadang kerana butanya hati, 
Kita membantah,  
“Aku tak jumpa kebaikannya!!”
Dibunuh percaya dengan pertanyaan “mengapa?”,

Saat itu, 
CINTA jadi lebur.
REDHA jadi debu-debu yang ditiup angin benci dan amarah, 
Yang cuma membuat mata jadi kabur,
PERCAYA jadi kaca-kaca berserakkan,
Yang cuma melukai kaki saat tetap melangkah. 
Sedang hikmah terlalu jauh, bahkan mungkin takkan ditemukan lagi.

...

p/s: this entry from miss dotdotdot.. not mine.. hehe

Friday, January 17, 2014

tidak cukup kuat lagi

Adakalanya, kita selalu mengharapkan seseorang untuk memahami diri kita. 
Yang sering bertanya khabar tentang kita.
Ambil berat.
Sentiasa berkongsi rasa.
Kongsi suka dan duka.
Namun, nyata ianya amat sukar.
Sukar untuk mencari orang-orang yang sedemikian.
Lebih-lebih lagi orang yang kita harapkan akan bersama suka dan duka dengan kita, membuat tidak endah.
Sakit.
Kecewa.
Hancur.
Bercampur baur.
Akhirnya kita menitis juga airmata.
Tidak cukup kuat.
Dan aku disini, sentiasa mengharap,
Akan ada sinar yang setia menemani aku nanti.
Berkongsi panas terik dan mendung bersama.

dan aku menunggu dia. diam. tanpa pamitan. dia mula menyepi. 
aku rindu.

allahu..

aku bermonolog. =,='


Setahun yang terasa lama, 

Hanya kerana sebulan dua yang menimbulkan banyak duka?


Jangan tak adil dalam penilaian kamu.

Mana yang lebih banyak? 
Duka atau tawa?
Suka atau derita?
Rahmat atau Ujian?
Kasih Sayang-NYA atau Murka-NYA yang selalu lebih mendahului?



Kalau pun memang duka yang lebih berbekas, 
jangan pernah terlupa ada juga tawa dan bahagia..


Walau tak lama,

Bahagia mungkin tak terlalu berbekas kerana kita tak menyimpan perasaan bahagia itu seperti mana kita menggenggam erat dan mengenang rasa duka..


kita tak ingat akan senyum ketawa,

kerana kita lebih senang larut dalam duka dan air mata, 
mengingat dan terus mengingat tentang kecewa,
berbanding duduk mengenang dan bersyukur,
atas banyak perkara yang masih kita miliki,
dan hal-hal yang membuat kita tersenyum, hatta dalam terpaksa.

**apa yang aku mahu sebenarnya..? 
ceria seperti dulu.**


aku.
16 rabi'ul awwal 1435.
3:16pm
Nilai.








sempurnakah dirimu?

Kadang aku terfikir.
Apa bagi sesetengah manusia
Tiket syurga itu syarat belinya
Kau kena sempurna?


Hakikatnya mereka lupa.
Tuhan tak pernah syaratkan kesempurnaan untuk syurga Dia.


Sedang kau
Dia cipta tak pernah sempurna.
Tetap diterima amalan kau macam mana rupanya.
Asal ikhlas titik utamanya.


Tapi ada manusia.
Cari kesempurnaan di balik jasad ciptaan Tuhan.

Mungkin dia fikir
Dia lagi baik dari Tuhan.


Mungkin.
segalanya mungkin, bukan?
Tuhan itu Maha Adil.

******

aku? semestinya aku tidak sempurna.
berapa lama pun kamu kenal aku, tetap ada salah yang aku lakukan.
sebab?
sebab aku ini manusia. 
insan biasa.
hamba Allah.
yang perlu sentiasa meminta ampun dengan Penciptaku.
Allah.


WASSALAM.


hidup.mati. ujian


Bukan namanya hidup andai penuh rasa ingin mati.
Bukan namanya bangkit andai kaki masih lemah bergetar tak mampu berdiri.

* * *
Payah.
Tapi,
Bukan namanya ujian.
Kalau tak penuh dengan lelah dan air mata.

* * *
Ditanya pada Tuhan.
Hidup tak seindah yang lain.
Mengapa?

Sebabnya.
Dia mahu kau tahu.
Kau manusia kuat.
Satu demi satu ujian kau lepas.
Bukan tandanya kau mampu?
Ujian yang hebat untuk mereka yang hebat.
Percaya itu.


* * * 
wassalam.
Nilai.

berubah. dituduh hipokrit?


Berusahalah untuk menunjukkan orang kepada kebaikan, bukan menunjukkan betapa baiknya diri kita. Betapa ramai orang yang diperkenalkan dengan kebaikan menjadi lebih baik dari orang yang mengenalkannya dengan kebaikan tersebut.


Islam yang diseru itu sempurna, namun sang penyeru banyak titik lemah dan cacat celanya. Kemuliaan tidak bersama orang yang berlagak dirinya cukup baik, tetapi kemuliaan itu bersama orang yang sentiasa mencuba untuk jadi yang lebih baik.




Bila nak berubah, berubahlah sebab Allah. Bukan sebab manusia. Then, janganlah biar manusia kuasai minda kita lebih dari takutnya kita pada Dia. Lagi satu, please jangan tolak orang yang nak berubah jauh-jauh sampai kata dia hipokrit or whatsoever. Hati dia, kau tahu apa? Sakit rasa ditolak tu, ada kau rasa? Tak. So please, nak masuk syurga jangan sendiri-sendiri. Tarik tangan orang yang kita sayang sama-sama.


"Everybody has a past, everybody lives a present, everybody deserves a future. Change for good isn’t a sin though it will cost you blood and tears for a start."-->Hlovate.

Buatlah kebaikan dan ajaklah orang kepada kebaikan dengan tujuan agar sama-sama jadi baik, bukan ajak orang kepada diri sendiri agar diangkat disanjung sebagai orang baik-baik.

Di penghujung nanti, yang menilai keikhlasan di jiwa hanyalah Allah Ta’ala, tiada selain-Nya.

Enough said. Cerna sendiri. May Allah bless. May Allah ease. Asiff jiddan.

wassalam.


hakikat seorang aku.

Orang melihat dia kuat,
hakikatnya iman dia rapuh sangat.

Orang melihat dia jarang sekali menangis,
kerana hati dia rupanya semakin keras.

Orang melihat dia selalu senyum ketawa,
walhal masalah dia datang bertimpa-timpa.

Orang selalu menilai dia hebat kononnya,
sedangkan Allah lebih tahu betapa hinanya dia.

Orang selalu sangka dia banyak ilmu,
tapi apalah guna banyak ilmu kalau tak diamal.

Orang selalu ingat dia senang bahagia dengan keadaan dirinya,
hakikatnya inilah ujian terbesar yang dia hadapi.

Orang boleh menyangka macam-macam..
hakikat yang sebenar, 
cukuplah antara dia dan Tuhannya sahaja.

******************

aku. pendosa. yang pernah buat salah. 
aku. insan yang sememangnya tidak sempurna.
aku. hanya mampu meminta maaf bila berbuat kesalahan.
ampun. taubat. pada-Nya.

aku. 18.1.2014.
Nilai.

duka. airmata. ujian. syukur.


Seringkali kita mencarinya terlalu jauh kemana-mana, padahal bahagia itu dekat. Ada pada setiap hati yang bersyukur. Kalbu yang bisa melihat dengan jelas deretan kurnia yang Allah limpahkan kepadanya, dan bukan sibuk menghitung apa yang tidak dia miliki.

********************

kelopak mata mula terisi dengan airmata.. cuba menahan rasa.. dari tumpah airmata  ini.. sebaris kata-kata itu.. malam itu.. menyentap hati ini.. jika itu yang berada dalam fikirannya.. kenapa sebelum ini di tabur kata-kata lain? adakah sekadar untuk melegakan hati ini? habis.. bagaimana dengan hati itu?

jangan di kata 'demimu aku sanggup korbankan rasa'..

********************



ahhh~! apa yang penulis bebelkan? tiada apa.. cuma pesanan untuk diri sendiri.. apa yang penulis tulis, sekadar ingatan. penulis akan baca kembali semua entry yang penulis pernah update.

kebahagiaan. minta dengan Allah. bukan dengan manusia.

dan aku hanya manusia biasa. sentiasa khilaf. namun Allah itu maha Pengampun.. DIA sentiasa ada untuk kita.

untuk jiwa-jiwa yang sedang digugurkan dosa. senyum! Allah sedang menegur dengan cara yang terbaik!. tarbiah diri.

jangan putus asa. sabar. Allah uji sebab Allah kasih! Allah sayang kita! senyum dan bersyukur..

wassalam.


Thursday, January 9, 2014

MY JOURNEY ( Part 1 )

salam wbt.. entry kali ni  panjang..insyaAllah.. and ada sambungannya.. hehehe.. nak cerita pengalaman penulis .. habiskan masa yang berbaki di bumi nilai.. sebelum pulang ke teratak bonda penulis di kelantan.. satu sem ( sem akhir ) penulis akan praktikal di salah sebuah syarikat badan NGO di kelantan.. syarat untuk tamatkan pengajian di USIM..

My first journey began....

*****************

pukul 12:00pm penulis dan kawan gerak ke PIZZA HUT di area semarak.. konon nak lunch laa kan.. 



plan asalnya nak pegi bertujuh.. tapi sorang lagi tak dapat di kesan.. pegilah kami berenam.. dengan semangat perut yang kosong nak makan pizza ni.. haha.. melompat-lompat la budak2 ni dapat keluar rumah lepas empat hari duk bertapa di 'gua' no 77, rumah akasia. hahhaahaha


antara kanak-kanak yang excited nak makan pizza and antara yang kuat study nii.. jangan maiiinnn... pengikut setia kak ton ni...hahaha





selepas mengharungi jalan lintas yang teruk tengahari tu.. ( teruk la sangat kan ).. sampai lah kami kat sini..



kelihatan kak2 ton kita tersenyum maniss ye sambil-sambil tunggu menu kami sampai..hehehhe.. yang sorang lagi kat tepi, tudung hitam tu peminat setia bobo yee.. hahaha







macam biasa.. mushroom soup antara menu pertama yang akan sampai selain air yee.. makan la kami dengan sopan santunnye.. dengan prokotol..ehh! silap.. protokolnya... hahaa









menu kami dah sampai.. alhamdulillah.. rezeki.. test GOLDEN SUPREME.. gambar atas sekali.. best!
gambar yang ke dua cheese kalau x silap..




dengan senyuman yang semakin lebar.. mereka tidak menutup mulut.. terus tersenyum.. hahhaha.. sebijik macam kak ton lah! ahahhaa









jemput makan semua!
( silap masuk gambar, ter edit bahagian lain.)
tak kesah la kan,.. nnti ada masa, penulis tukar gambar ni.. x jumpa yg ori.


yang ni penulis punya.. cukup ni je.. ehemm... hehehe


yang ni ada lebih satu.. so.. kami sama2 lah habiskan..tak elok membazir. 

dah kenyang! Alhamdulillah! jom balik! huhuhu.. gambar penulis takde.. sedih kan.. sibuk ambik gamba orang..


ni hahh! bobo USIM! hahaha





**penulis??**



bersambung...













F.I.N.A.L.E.

salam wbt.. 11:01 P.M penulis mula menaip untuk entry ni..

penat seharian kemas barang-barang yang nak di bawa pulang ke teratak bonda..hehe.. 'teratak bonda' tu..
kotak2 buku.. bagasi baju.. banyak jugak.. =,='
  kita abaikan kisah kemas-kemas brang ni..

*****************

Alhamdulillah.. syukur pada-Nya.. penulis selesai menduduki final exam yang betul2 final lah.. memandangkan exam ni merupakan exam bertulis terakhir penulis di USIM,Nilai.. 4 subjek dengan semua 3jam kredit dan satu projek ilmiah ( tesis ).. Alhamdulillah.. semua sudah selesai.. 

macam-macam kisah gembira, suka,tangis, gurau, tawa, sedih penulis hadapi dalam tempoh masa nak siapkan projek ilmiah dan nak habiskan paper untuk sem ni.. Allahu Allah.. Syukur .. masih lagi di beri kewarasan akal.. bila hampir tersungkur di tengah jalan... segala puji-pujian hanya pada-Nya.. :)

exam ni.. begitu mencabar jugak sebab paper kitorang takde gap.. 

5.1.2014 : aplikasi braille dalam pengajian quran sunnah ( penulis dan ramai lagi sahabat tak cukup masa nak jawab soalan last untuk subjek ni..)
6.1.2014 : siasah syar'iyah
7.1.2014 : tafsir ilmi
8.1.2014 : qawaid fiqhiyyah ( paling mencabar, 3jam cukup baru penulis berhenti menulis )


nak cerita kisah yang masa jawab soalan braille.. Allah.. lenguh jari tak payah cakap lah.. terpaksa tahan.. bila pengawas announce tinggal 15minit lagi.. rasa macam nak nangis.. haha.. ye laa.. bila tengok orang sebelah dah siap susun kertas jawapan..( rupa2nya dia pun tak sempat siap.. dia dah penat nak jawab katanya..errr..) bila dah habis masa... penulis tulis lagi skrip jawapan.. xpeduli kat pengawas yang dah bagi warning,... pastu datang laa sorang pengawas ni.. lecturer kalau tak silap.. bila dia siap nak rampas kertas jawapan sorang student yg still duk menulis.. penulis tak peduli.. tulis jugak.. bila dia makin dekat dengan meja penulis, penulis 'konon' buat sibuk2 susun kertas jgak..hehehehhe.. waaaaa... bila dia dah jauh ke belakang.. penulis sambung balik jawab soalan.. hahaha.. tapi... T_T    tak sempat siap jugak.. pengawas dah amik kertas jawapan.. 
bila dah habis exam..rupa-rupanya majoriti tak sempat siap.. bila cerita dekat senior.. rupa-rupanya soalan batch kitorang lagi banyak berbanding batch diorang.. dan masa yang diperuntukkan hanya dua jam.. kenapa lama sangat nak jawab soalan tu? sebab braille, kitorang nak kena buat ayat-ayat quran dengan menggunakan sistem titil braille.. ayat quran dalam braille panjang sebab nak kena buat satu satu hurufnya dan baris..satu soalan besar tentang sejarah braille.. tiga soalan,semua ayat quran ( ayat panjang-panjang )..kalau senior lepas hanya satu soalan ayat quran, dan satu hadis. tak mengapalah.. 

sedih? agak sedih sebab sepanjang amik exam kat usim.. subjek ni je yang penulis tak sempat nak jawab habis.. nak buat titik-titik tu je pun.. 


paper terakhir, no meja penulis ni haa.. x sempat nak amik semua no yg lain. hehehe.. ni takde keje namanya..



masa orang tengah sibuk nak balik, keluar dari stadium.. ada la budak dua orang ni nak bergambar.. penulis snap gambar diorang yang segih sampai ke telinga ni haa.. comel kan? macam kak ton!hahaha..*gurau*


ni kenangan kott.. bila lagi dapat amik gambar ramai2 macam ni x tahu lah.. *habis paper last (qawaid fiqh )*


dan semua kenangan manis, pahit sentiasa terpahat di ingatan.. huhu.. rindu..

wassalam.





salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014