Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Thursday, December 30, 2010

:BIDADARI UNTUKNYA

Permulaan y terbaik untuk meneladani tugasan sebagai suri rumah sepenuh masa, y dijawat sebaik menerima mas kawinnya. Namun hari ini, diari hidupnya sesak seketika digugah peristiwa semalam. “Mampukah Asma’ Sofia memegang payung emas y menjadi impian wanita  solehah diakhirat kelak?.” Soal sang suami Asyraf Husaini. Die tertunduk bisu. Dibiarkan persoalan y menerjah halwa dengarnya itu dibawa pawana elektronik. Sementelah akal warasnya berusaha keras mencerna bicara selanjutnya. “Andai dia telah ditakdirkan untuk menjadi pendamping kedua, sayap kiri perjuangan abang, Asma rela berkongsi kasih,” begitu lirihnya meluahkan rasa hati y terpendam. Ingatannya tertuju pd cacatan sang suami dalam diari hidup bersama berwarna perak, ayat-ayat cinta y dikirim Allah menjadi aya-ayat penguat kasih dan sayang antara mereka.
Firman Allah dlm surah kebanggaan wanita An-Nisaa’ ayat:3 “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap (hak-hak), perempuan y yatim (bilamana kamu mengahwininya) maka kahwinilah wanita2 lain y kamu senangi; dua tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau budak-budak y kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” Terasa sejuk menyerap haba suhu badannya. Senyuman kian manis. Syukur bertambah syahdu. Manisnya berdamping dengan suami dalam limpahan cinta berserta nur kasih sayang seorang suami y melayani dirinya bak bidadari.
Tidak pernah mengangkat suara apabila dia tersalah catur hala kehidupan. Ditegur secara berhikmah, tapi ketegasan tetap inti patinya. Jauh sekali bermasam muka  tatkala mulutnya bak murai tersalah dahan dek keletihan melayan kerenah cahaya mata y sepasang itu.
Puteri sulung sudah petah bertanya itu ini, genap empat tahun akhir bulan ini. Putera tunggal semakin lasak menjenguk alam y hamper dua tahun dijengahnya ini.

Kata Asyraf Husaini, Rasulullah S.A.W adalah contoh teladan terbaik. Terbaik dlm keluarga, terbaik untuk umatnya. Tidak cukup sekadar terbit dibibir, ingin mencontohi Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi sewajarnya mutiara-mutiara hidup daripada kerukunan Nabi Muhammad S.A.W bersama isteri2 baginda, anak2 baginda, sahabat2 baginda dan umat baginda wajar terus hidup dalam sebentang kain kehidupan kita.
Aku terasing didepan kaabah. Keseorangan. Hanya bintang malam menemani. Sejuk lagi mendinginkan. Kaabah terasa bercahaya Hajatul Aswad seolah-olah memanggil aku untuk menciumnya. Tiba2, deretan gadis2 cantik bergerak menuju kearah aku. Maha Suci Allah. Mereka cantik sangat. Terlalu cantik.
Aku terasa kagum. Dek kerana cantiknya mereka, cahaya berkilau bertebaran di sekeliling. Dihadapan aku, mereka membuka ruang. Seseorang lengkap berjubah putih tampil dihadapanku. Aku terasa silau, hanya susuk tubuh y mampu kulihat. Tampan, bersih wajahnya. Serasa aku mengenalinya.
Abang Asyraf Husaini……….. Seorang gadis y kukira cantik memaut lengan Abang Asyraf Husaini. Inikah Hurun Ain? Aku terasa kerdil sekali. Tanpa semena-mena, airmataku menitis. Terasa sayu sekali. Aku tersentak,membuka mata. Mengesat airmata y berjuraian. Ya Allah Engkau kirimkan mimpi indah itu. Pasti ada hikmahNya. Aku terlelap di atas sejadah. Di depanku mushaf mulia.
Malam itu, Asyraf Husaini manja sekali. Lagaknya umpama anak kecil. “Sayang tak ingin berkenalan dengan bakal teman sayang tu”? Tenang Asyraf menyampaikan butir bicaranya padaku. Sedikit aku terkedu. “Sayang dah kenal. Alhamdulillah. Selebihnya cukup abang mengenali dia saja,”’ aku membalas. Aduh hati, banyakkan bersabar. Petang remang itu teratak indahku didatangi tetamu y harus ku sambut dengan pelbagai rasa. Entah bagaimana untuk aku gambarkan perasaanku ketika ini. Hendak marah, itu bukan diriku. Hendak mengamu, itu pasti datangnya dari syaitan laknatullah. Harus bagaimana aku? Aku terkesima.

Ketetapan Hati
Gadis muda itu selayaknya dikenal sebagai calon maduku, terpacak di depan pintu rumahku. Bergandingan dengan suamiku. Harus bagaimana aku melihat. Debar dihati hanya Allah y tahu. “Izinkan dia bersama-sama di dalam rumah ini untuk belajar sesuatu y berharga,” itu kata2 terakhir suamiku sebelum dia menghadiri kursus selama seminggu di Sarawak. Meninggalkan calon madu bersama aku, isterinya. Kuyakinkan diri. InsyaAllah, suamiku masih waras. Itu ketetapan hati. Seminggu berlalu dengan rasa y pelbagai. Aku melayan calon maduku sebaik mungkin. Kerana dia adalah amanah. Ah, lambat laun dia juga ahli keluargaku. Anak-anak juga semakin rapat dengan calon maduku itu. Cemburu? Sudah ku buang jauh2. Aku menerimanya dengan tangan terbuka.

Asyraf Husaini kembali petang Khamis itu daripada pejabat seperti kelazimannya. Senyuman manisnya mampu mengembalikan tenagaku y lemah dek menguruskan rumahtangga. “Asma’ Sofia,” panggilnya lembut. Aku menoleh. Kutinggalkan kerja2 melipat kain. Sementelah anak2 sudah dibuai mimpi. Kepalanya tanpa kopiah seperti selalu diletakkan diatas ribaanku. Jemariku mengulas lembut rambutnya. “Abang ucapkan terima kasih pada sayang. Sungguh sayang adalah isteri y terbaik.”
Jika terbaik, mengapa harus menikah lagi? Desis hati kecilku. Ya Allah, bisikan musuh itu tanpa sedar. Cepat2 aku istighfar. Asyraf Husaini melirik manja padaku. Kuhadiahkan satu senyuman ikhlas.
Malam tadi Asyraf mengemas baju2, satu persatu dilipat teliti lalu disusun kemas di dalam beg kembara kami. Aku memandang dan terus memandang. Harus bagaimana perasaan aku? Bercampur baur.
Segak sungguh lelaki y sedang duduk bersila laksana seorang panglima menunggu amanat tok gurunya. Berbaju Melayu satin putih, menyerlahkan kewibawaan lelaki itu. Tampak hebat, lelaki sejati. “Si cantik manis, jauhnya fikiran melayang.” Aku terasa ada y memeluk aku. Tanpa sedar, terasa basah pipiku. “Abang, butang baju sudah ada?” Aku bertanya. Cuba untuk meronakan suasana menjadi lebih ceria.
Suami y kucintai itu tersenyum. Aduh, aku terpesona. Mana mungkin wanita lain tidak jatuh hati padanya. Sedangkan aku y sudah berbelas tahun menjadi pendamping disisinya masih lagi terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan ini apatah lagi wanita lain y cuba untuk mengintai ruang dihatinya.
Tepat jam 11, selasai sudah dia berkemas. Esok, dia akan memulakan langkah baru. Begitu juga aku. Memegang status wanita bermadu. Ya Allah, terasa peluh dingin merenik halus di dahi. Harus bagaimana aku melalui hari itu. Mahu tidak mahu, hari itu harus juga aku tempuh. “Sayang, mari kita berjemaah.” Ajakan Asyraf Husaini mematikan lamunan aku.

Cahaya Iman
Pagi y nyaman, indah, damai lagi menyegarkan. Aku membuka mata perlahan2. Pelukan Asyraf Husaini masih kemas merangkul pinggangku. Ya Allah, aku tidak ingin saat ini berlalu pergi.
Sayup2 kedengaran laungan azan Subuh. Ya Allah, masanya semakin dekat. Pagi y dijanjikan. Selesai solat berjemaah, suamiku berwirid dan berdoa. Agak panjang doanya kali ini. “Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih. Panjangkan jodoh hambaMu ini bersama Asma’ Sofia binti Muhammad. Jadikanlah dia seorang isteri y solehah dlm mentaatiMu, y memiliki pekerti y mulia dlm menjalankan kewajipan sebagai isteri kpd hambaMu ini. Kurniakan dia ketenangan hati. Anugerahkan dia cahaya iman agar hidupnya bertambah bahagia.
Ya Allah, Tuhan Yang Kaya Dengan Kasih Sayang. HambaMu ini memaafkan dosa2 isteri hambaMu ini sejak hari pernikahan kami hingga ke sampai satu waktu y hanya Allah mengetahui. Sesungguhnya dia adalah sebaik2 wanita y telah dihadiahkan olehMu Ya Allah. HambaMu ini bersyukur atas segalanya Ya Allah,” kusyuk. Sayu. Mengharukan jiwa.
“Sayang ni hadiah ulang tahun kita.” Ditangannya ada hadiah berbalut cantik. Berbalut kemas dengan pembalut hadiah berbunga kecil warna ungu. Sungguh itu warna kesukaanku. Jubah ungu lembut bersulam bunga2 kecil. Ya Allah, ini adalah jubah y sama y dilihat semasa di Butik Mujahidah. Jubah y telah mencuri perhatianku semasa kami sekeluarga bersantai dim Wisma Mahabbah. “Pakailah. Ikutlah abang ke masjid,” dia bangun menuju ke bilik air. Aku terduduk. “Perlukah aku bersama2 menghadiri majlis pernikahan itu. Penting sangatkah aku disana. Andai aku tiada pun, pernikahan pasti akan berlangsung juga. Haruskah aku…………..”
Antara sedar atau tidak, aku kini berada didalam masjid nan indah ini. Kehadirn insan2 lain di sekeliling aku seperti bayang2. Aku terasa terbuai dek perasaanku ini. Ya Allah, kuatkan hatiku. Pasti suamiku itu hanya membilang saat bergelar suami kesekian kalinya. Pasti dia sedang sibuk menjeling kearah bakal maduku. Aku menoleh kearah wanita y bakal menjadi teman kedua suamiku. Aduhai, indahnya ciptaan Tuhan. Cantiknya dia. Berpadanan benar dengan suamiku. Aku hanya tertunduk kemudiaanya. Tugas aku sudah selesai. Merestui hubungan y halal melalui persetujuan aku. Selebihnya ku serahkan pada y berhak lagi utama.

 Seri Pengantin
Pasangan pengantin sudah mengambil tempat. Tok kadi sudah mengadap bakal pengantin. Peluh dingin memercik halus. Dadaku berdebar. Ijab bersaksi, Kabul direstui. Aku mengangkat wajahku. Harus bagaimana? Sugul atau maniskah wajahku?
Nun disinggahsana berdiri seorang lelaki segak bergaya. Susuk tubuh y amat ku kenal. Dia suamiku. Ya, mataku tiada salahnya. Dia suamiku. Suami y kucintai. Sememangnya aku terasa kerdil apabila melihat bidadari cantik itu. Aku tidak mampu untuk berdamping sepadan dengan suamiku. Sesuatu y tidak kuduga, bidadari cantik itu memimpin aku y tampak teragak2. Menyambut huluran y amat bererti itu. Lalu aku didudukkan di samping suamiku. Suamiku mencium dahiku. Hangat dan sarat dengan limpahan mahabbah.
“Wahai wanita y diredai suami, engkau adalah Ketua Bidadari. Engkau adalah Bidadari Untuknya. Untuk lelaki soleh itu. Kami adalah teman pendampingmu.” Lembut tutur bicara bidadari cantik itu.
Seruan azan Subuh membuatkan aku terjaga. Kualihkan tempat beraduku. Disampingku seorang lelaki y telah Allah muliakan kedudukannya dalam mimpiku. Aku mengesat titis tangis y terkesan daripada khabar gembira mimpi tadi. Sungguh aku bersyukur. Aturan suamiku y membahagiakan.
Majlis pernikahan berlangsung tiada halangan. Segalanya dipermudahkan. Pengantin itu mendatangiku. Aku terasa satu perasaan y amat lapang. Lantas kuangkat wajahku. Pengantin muslimah itu bersalam hormat denganku. Lalu aku dicium dan dipeluk kejap, kemas. Menusuk hingga ke kalbu. Manik2 juraian airmata pengantin baru itu tumpah ke tudungku.
“Akak adalah wanita terbaik untuk suami. Wanita solehah y dijanjikan dalam Al-Quran. Benar ayat2 Allah.Subhanallah.” “Bantulah saya untuk menjadi isteri y membahagiakan suami saya.” “Ya,bantulah isteri saya untuk menjadi isteri y tahu menghargai betapa bernilainya erti saling memberi.” Leka aku mendengar ‘pertolongan’ daripada pasangan pengantin baru. Aku mendongak terkejut.
Lelaki itu adalah Naufal Fahmi, teman akrab suamiku. Dia y segak bergaya. Berbusana muslim. Seri seorang pengantin terpancar. Disebelahnya adalah lelaki y kucintai,tersenyum. Bagaimana agaknya raut wajahku ketika itu? Mahu tersenyum, terasa sebu diwajah menahan malu.
Ketika sesi bergambar, suamiku membisikkan sesuatu. “Bidadari diatas sana pasti cemburu kerana bidadari disisi abang  adalah y terpilih dari Ilahi.” Sungguh bidadari itu untuknya. Bidadari untuk suami y membahagiakan satu isterinya.




( p/s : mase aku jelajah goole image n tiba2 aku terjumpe pictre nie... perghh..! mmg gmbar kartun tu bukan skadar rekaan.. orangnyerr btol2 wujud kott.. سبحان الله!

Monday, December 27, 2010

Ketika Harus Memilih

Sahabat…
Ada cerita menarik yang bisa diambil HIKMAHnya:

Pada suatu kelas extention, seorang dosen mengadakan suatu permainan kecil kepada mahasiswanya yang
sudah berumah tangga.

"Mari Kita buat satu permainan, mohon satu orang bantu saya sebentar."

Kemudian salah satu mahasiswa berjalan menuju Papan Tulis.

Dosen: ”Silahkan Tulis 10 nama yg paling dekat dengan anda pada papan Tulis !”

Dalam sekejap sudah dituliskan semuanya oleh mahasiswa tersebut. Ada nama tetangganya, nama orang tuanya, kekasihnya, anaknya dan lain-lain.

Dosen: ”Sekarang silahkan coret 2 nama yg menurut anda tidak penting !”

Mahasiswa itu lalu mencoret nama tetangganya.

Dosen: ”Silahkan Coret 2 lagi !”

Mahasiswa itu lalu mencoret nama teman-teman kantornya.

Dosen: ”Silahkan Coret 1 lagi !”

Mahasiswa Itu mencoret lagi satu nama dari papan tulis dan seterus sampai tersisa 3 nama yaitu orang tuanya, istrinya, dan anaknya.

Suasana kelas hening. Mereka mengira semua sudah selesai dan tidak ada lagi yg harus dipilih.

Tiba tiba Dosen Berkata : ”Silahkan Coret 1 lagi !”

Mahasiswa itu perlahan mengambil pilihan yg amat sulit lalu dia mencoret nama orang tuanya secara perlahan.

Dosen: ”Silahkan Coret 1 lagi !”

Hatinya menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan lambat laun mencoret nama anaknya. Dalam sekejap waktu mahasiswa itupun menangis
.

Setelah suasana tenang sang Dosen bertanya kepada Mahasiswa itu. "Orang terkasihmu bukan orang tuamu dan anakmu? Orang tua yang membesarkan Anda, anak anda adalah darah daging anda , sedang istri itu bisa di cari lagi. Tapi mengapa anda berbalik memilih istri anda sebagai orang yang paling sulit untuk dipisahkan ?”

Semua orang didalam kelas terpana dan menunggu apa jawaban dari Mahasiswa tersebut.

Lalu mahasiswa itu perlahan berkata, "Sesuai waktu yang berlalu, orang tua akan pergi dan meninggalkan saya, sedang anak jika sudah dewasa setelah itu menikah pasti meninggalkan saya juga, yang benar-benar bisa menemani saya dalam hidup ini hanyalah isteri saya."

Sahabat ...
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka.
Karena isteri inilah yang telah memberikan segalanya.
Dia telah memberikan kita anak, mengurus rumah, keuangan.
Menyiapkan makanan, baju dan menjadi penghibur kita .
Dan dia akan tetap setia menemani dan mengurus kita sampai ajal menjemput, walaupun yang lain telah pergi dengan urusannya.
Biarpun tak secantik bintang, tetapi  dia adalah isterimu.
Dan dialah yang halal untukmu.

Sayangi dan syukuri…..

Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikannya kebaikan yang banyak."  (QS An-Nisaa:19) 

Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Janganlah seorang mukmin membenci mukminah, jika ia tidak suka salah satu akhlaq (istri)nya, ia menyukai daripadanya akhlaq yang  lain” –atau  beliau bersabda ; “sesuatu yang lainnya”. (HR.Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., dia berkata :”Rasulullah SAW bersabda :”Berwasiatlah kepada wanita dengan baik,  sebab wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bagian atasnya. Maka apabila kamu langsung meluruskannya maka kamu telah mematahkannya. Dan apabila kamu membiarkannya, maka dia akan bengkok selamanya, maka berpesan-pesanlah kepada wanita”. (HR.Bukhari-Muslim)

”Wanita itu bagaikan tulang rusuk, jika kamu meluruskannya (secara paksa) maka kamu mematahkannya, dan jika kamu mencari kepuasan daripadanya maka kamu akan mendapatkannya, dan padanya tetap ada yang bengkok”. (HR.Bukhari-Muslim)

Dari Mu’awiyah Ibn Haidah ra, dia berkata :”Saya bertanya kepada Rasulullah : ”Wahai Rasulullah apa hak istri salah seorang kami atas suaminya ?”. Beliau menjawab :”Kamu memberinya makan kalau kamu makan, kamu memberinya pakaian kalau kamu berpakaian, jangan memukul wajah, jangan mencaci menjelek-jelekkan dan jangan berpisah ranjang dengannya kecuali dalam satu rumah”. *) (HR.Abu Daud, hadits hasan)

Dari Abddullah Ibn Umar Ibn Al-Ash ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : ”Dunia ini adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita shalihah”. (HR.Muslim)

Wallahu a'lam..

( p/s : tgah blurr fkir sal mslah yg xprnah slesai..)





assalamualaikum...

( p/s : hari2 terakhir kat umah..)


Sunday, December 26, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

( p/s : otw nk ikut fateamah g turki..!
moh!! wait 4 me...!!!!!! )

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014