Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Monday, November 24, 2014

Practicum Student.. ( Part 1 )

Assalamualaikum… 4 bulan penulis berpraktikal di Islamic Outreach ABIM-Kok lanas. Banyak sangat pengalaman dan ilmu yang sempat penulis belajar, kutip selama di sana.. mana yang tak pernah penulis alami, semuanya penulis rasa semasa di sana.. 

entry ni jugak agak panjang.. haha

Penulis catat yang mampu penulis ceritakan di sini..

Kisah di Pos Orang Asli..

Masa mesyuarat bersama unit PRODOA ( Ayah Lid, abe Long, dan beberapa staff di IOA termasuk penulis , Biey, angah, and Ewa ( kami 4 org je pompuan yang akan masuk ke Pos Simpor ).
Kebanyakan mereka pernah masuk ke Pos Simpor.. antara Pos yang paling mencabar nak pegi.. 3 @ 4 jam dari jalan masuk hutan nak pegi sane.. tu x kira lagi perjalanan dari tempat kami ke Gua Musang.. Bila dengar je.. Tealn air liur aku ngan Biey.. hahaha.. sebab masa tu musim hujan.. antara tujuan pergi sana ialah  ziarah penduduk di sana yang Islam, memberi serba sedikit pakaian dan makanan..

So, kami bertolak dari IOA ke Masjid Gua Musang lepas Solat Isyak. 2 buah pajero satu Ewa yang drive and kami 3 orang ( pompuan) naik satu pajero.. lagi 5 orang ( lelaki termasuk Ayah Lid naik Hilux IOA ) best woo.. hilux baru.. hahaha.. tapi pajero yg kitorang naik pun ok jugak.. Cuma air-cond x berapa nak jadi.. so, Ewa and Biey gilir-gilir drive malam tu.. sampai laa kat Masjid Gua Musang dalam pukul 12pm or 1am kalau tak silap. Kat situ kitorang tido.. bertemankan nyamuk.. hehehe…

Malam tu hujan sampai ke pagi.. lebih kurang pukul 7 Ayah Lid (  selaku ketua trip kali ni ) ajak pegi breakfast.. so, kitorang yang muka macam muka nyamuk tak siap ni pegi laa dengan riang sambil bawa perut kosong yang menyanyi lagu siti nurhaliza ni.. hahahaha..

Kembali ke Masjid hujan still x brenti and Ayah Lid dapat call yang jalan nak ke Pos Simpor tu x boleh masuk.. Jalan yang terlalu licin, da nada setengah jalan tu dah banjir.. ( bayangkan je lah.. hujan, kawasan hutan, jalannya bukan macam jalan yg kita biasa lalu kat luar ni.. )

Jadi Ayah Lid ajak meeting jap dalam Masjid and putuskan ubah haluan pegi Pos Kuala Wok.. katanya Ewa jalannya okay je berbanding jalan nak pegi Pos Simpor..

So, kitorang siap2 and pegi ke sana.. sampai jalan nak masuk jalan tanah ni Ayah Lid yang drive Pajero kitorang.. orang Pro .. haha.. mula2  tu jalan ok lagi.. lepas 20minit jalan mula lain.. waaaa…

Terlompat-lompat kitorang dlm pajero.. bila sampai part naik bukit, jalan tanah merah + lecah sebab hujan .. vroommm…. Tutup mata.. mengucap panjang2.. hiii..

Selut melekat kat pintu pajero x payah cakap arr.. bunyi kena pijak ngan tayar pajero pun dah rasa seram.. lepas sejam lebih kitorg sampai kat Pos Kuala Wok.. ni haaaaa….

yang drive masa ni Ayah Lid. ( banyak tahu pasal orang asli melalui Ayah Lid )

big boss di depan..haha

daripada sini nak sampai ke Pos kuala wok dalam 30minit kalau tak silap.. 



Sebahagian penduduk kat sini ada yang beragama Islam, ada Kristian, and ada yg freethinker.. penulis tahu bila berjumpa seorang makcik yang dah berusia. Sempat berbual dengan dia sambal tengok dia kunyah sireh.. ermm.. diorang ni muda, tua suka makan sireh.. hehehe..

Kami singgah di rumah penghulu Pos Kuala Wok. Kelihatan surau yang agak terbiar.. jadi kami sampai dalam pukul 12, dan memasak di rumah amek ( isteri penghulu ).. kami tak guna barang2 dalam rumah amek.. sebab bekalan, barang2 nak masak kami dah bawa termasuk gas. So, kitorang 4 orang ni masaklaa.. sambal diperhatikan amek..hehehe..

jemput makannn

hidangan ke-2 kami bersama amek

ni namanya anjing kurap. satu badan penuh kurap sampai gugur bulu2nya dek kena penangan si kurap. masa mula2 sampai dia tengah landing sedap je.. takut jugak kot2 tetiba dia datang menyalak kat kite kan..hahaha.. tapi kejap je,, pastu kawan kitorang halau anjing ni duk jauh-jauh sikit.. mane taknye.. dah kami berempat duk bertepekk jee.. hahaha tak takut cuma bimbang..kihkihkih


Depan rumah amek ada sungai.. bestnye.. tapi memandangkan baru lepas hujan air agak keruh dan deras. Tak berani nak pegi dekat.. petang tu ( lepas zohor ) kitorang 4 orang ajak beberapa orang amek yah sudi datang ke dewan yang di sediakan. Disitu penulis & Biey mengajar mereka cara solat, dan bacaan Al-Fatihah.. sebenarnya tak mudah untuk kami mengajar mereka semua.. memerlukan kesabaran.. walaupun ada setengah mereka kuang faham, tapi bila melihatkan mereka seakan berminat dengan apa yang kami ajarkan itu yang  menambah kan semangat kami nak meneruskan pengajaran ini.. dan ianya tamat bila hamper masuk waktu Asar. Ada juga yang bukan beragama Islam mengikuti sesi pembelajaran masa tu..


Ayah Lid pesan.. jangan paksa mereka.. kita tunjukkan mereka bagaimana indahnya Islam. Ye. Masa di university, penulis selalu jelajah beberapa blog yang banyak menceritakan pengalaman bila berhadapan dgn non-muslim. Menarik. Dan ada yg complicated.

Usai solat asar, kami kumpulkan penduduk di sana dan memberi ayam  ( mentah ), beras, bawang, gula, minyak dan beberapa keperluan yang lain kepada mereka.

Malam tu kami berempat tidur di rumah cikgu tadika.. hehehe.. ahh.. antara saat yang dinanti2kan.. nak rebahkan badan.. waaa.. so, tidurlaa kami dgn berbantalkan beg pakaian… ( itu biasa bila join pegi mana2 kann )..

xtaw laa ni ulat ape.. ulat gonggok kot.. seram jugak masa nak amik gambor ni..

ni tadika kat Pos Kuala Wok.. maju kan.. siap ada sekolah lagi.. ini dah tak pelik sebab orang asli sekarang pun dah ada yang masuk Universiti.. 

time ni dah nak bertolak ke Pos yang ke2 dan ke 3

kitorang pun mem'busy'kan diri naik pajero.. takut kena tinggal..



Pagi esoknye lepas masak sarapan, kami bertolak ke Pos ape ntah.. lupa plak.. tapi dekat sangat la dengan Pos kuala wok.. nak pegi hantar baju je.. tapi kena jalan kaki naik bukit tinggi.. fuh fuh fuh.. kami ditemani haji fardhu.. ( orang asli yang memeluk Islam, dah kawin dgn salah sorang staff IOA dan telah mengerjakan haji.. ) beliau banyak tahu selok belok jalan2 nak pegi mana2 pos.. so masa tu dia yang drive pajero kitorang.. sampai je kat kampung tu.. kelihatan beberapa ekor anjing mula menyalak dengan geng2 diorang.. lebih dari 10 ekor anjing mula menyalak kea rah kami.. masa tu semua berlagak cool.. jalan macam biasa je.. dalam hati macam maaaakkkkkk!!! Takutttt!!! Waaaaaaaa! Dupdapdupdap jantung kitorang.. hj. Fardhu cool je, dah biasa.. anjing tu menyalak sebelah kitorang je.. bayangkan.. anjing hitam yg biasa kita tengok tuu..

Bila kitorg mula start minta tolong, haji fardhu ambil kayu pura2 nak libas anjing2 ni baru anjing2  tu pegi jauh2… fuhh! Bila dah bagi pakaian kat penduduk sana, bagi gula-gula kat bebudak .. kitorang turun balik dgn lagak machoooonyee..bahaha.. dah takkan nak lari2..kang dikejar dek anjing tuu baru padan muka sorang2..

bersiap sedia nak bagi pakaian kepada penduduk di sebelah Pos Kuala Wok

penat woo.. gilerr tinggi bukit ni.. ewa semangat kat depan..hahaha




Sampai je kat  bawah kami teruskan perjalanan masuk ke dalam lagi.. Pos tu agak jauh.. jadi masa otw ke sana bila Nampak je lereng2 bukit, teruja kejap.. cantiknye subhanallah.. masa naik bukit, sebelah tu gaung je.. pajero kitorang mula rasa nak terbabas.. macam nak pegi ke arah gaung.. jalan becak tu yang sebabkan tayar berpusing-pusing.. penulis time tu mengucap je.. sebab terbayang-bayang pajero kitorang ni akan jatuh kejap lagi.. Haji Fardhu sedaya upaya pusing2 stereng pajero tu.. lebih kurang 10 minit berada dalam situasi camtu, Alhamdulillah.. kami selamat.. takde gambar ye pada saat genting2 tuu

Sampai ke Pos yang terakhir kelihatan beberapa pemduduk orang asli yang naik motor.. masa tu terfikir.. hebat jugak diorang ni.. siap ada motor bagai.. yg ada kereta.. macam mana boleh masuk sampai ke Pos yang sedalam ni.. hehehe..







Kami masak tengahari di rumah salah seorang penduduk di sana.. masak beramai-ramai, makan beramai-ramai.. memang best arr makan berjemaah camtu.. pastu masing-masing macam sengal ape jee.. bila berbual dgn staff dan sukarelawan IOA diorang suka masuk Pos.. sebab kekadang bila masuk Pos ni baru kenal perangai sorang-sorang.. hahahaha..

Sempat berbual dengan beberapa orang amek, diorang tunjuk emas yang sempat diorang mendulang kat sungai x jauh dari sini.. waaaa… teruja tengok  emas asli woo.. serbuk emas.. bila minta di bawa ke sana diorang dalam sejam dengan jalan kaki,. Terus cancel… hahahaha..! gile malas bila bab kena jalan kaki ni.. salah satu cara mereka mencari rezeki.. kemudian jual kat sesape serbuk emas tu dan org tu keluar jual kat Bandar..

Lebih kurang pukul 12 tengahari kami bertolak pulang.. jalan masih lecak sebab hujan.... tebal woo lecaknya..

Lega bila dah Nampak jalan tar.. Alhamdulillah.. start dari situ Ewa drive balik. Fardhu naik hilux balik..hohohoho.. riang ria laa kami berempat .. smpai kat masjid kami solat zohor dan bertolak pulang.. tetiba Nampak air terjun gunung stong.. try pujuk Ayah Lid singgah sana ( yang dak2 laki pun suggest kitorang pujuk Ayah Lid singgah sana, diorg x berani..hahah ) tapi Ayah Lid x izinkan.. masing2 buat muka tonya.. tetiba Nampak kedai goring pisang tepi jalan.. lapar seyh.. so kitorg pun berenti jap.. Ayah Lid x perasan kitorang berenti hihihi… diorang berenti kat RnR Jeli kalau tak silap.. tggu kitorang nak makan2.. kitorg yang dah sampai2  dah kenyanglaa.. tapi bila dengar makan free,,hahahaha.. faham2 je laa..

masa ni singgah kat rumah Ayah Lid dulu.. Ewa, Shakiney, Biey. 


Kami sampai di IOA dalam pukul 5pm.. masa sampai tu baru rasa penat teramat.. malam tu lepas isyak je terus hanyut.. ZZZZZ.. pegi keje esok tu lambat sikit.. ye la kan.. baru balik Pos.. yang Lelaki plak langsung tak Nampak batang hidung.. hahahaahaha!!

Kem Bakti Siswa UKM

Sini penulis dan Biey je perempuan yang terlibat untuk masuk ke Pos di area Kuala Lipis. Bantu pelajar UKM buat program Bakti Siswa untuk tahun 2014. Ini kali ke dua mereka buat program di sana.. antara staff dan relawan IOA yang terlibat Ayah Lid, Abe Long, Ustaz Wan, Ustaz Akromin, Haji Fardhu, Abe zaim, Biay dan Penulis.. hehe.. so, kami gerak time pagi.. budak2 ukm akan sampai esok pagi.. sampai ke sana rupa2nya kampung tu terputus bekalan air.. erk!
Biey dan penulis tidur dirumah penggerak JAKIM yang macam dah lama di tinggalkan.. sebelahnya surau.. jadi kami bersihkan terlebih dahulu rumah dan surau.. barang2 untuk program Bakti SIswa UKM di masukkan ke dalam rumah tu..

Petang tu, Ayah Lid minta kami pergi ke rumah Penghulu.. berbual dengan isteri beliau.. apa yang kami tahu, penghulu tu teringin nak kenal islam lebih dekat, dia nak mengucap syahadah bila isteri dia bersetuju mahu memeluk agam islam juga. Tapi mungkin bukan jodoh kami untuk bertemu mereka sekeluarga petang tu bila diberitahu penghulu tiada dirumah masa tu. Tapi xpe.. esok masih ada..

Malam tu kami agih2kan barang2 keperluan untuk memasak kepada berapa orang keluarga ntah.. lupa.. aiyoo..

Malam Pertama penulis dan Biey Alhamdulillah  tiada pape yang jadi.. lelaki tidur di surau sebelah rumah yang kitorang tido.. rumah penggerak tu ada 2 bilik tidur, kipas hanya di ruang tamu.. bilik air dekat dengan dapur, so, biey n penulis decided nak tidur kat ruang tamu je,, sebab ada kipas. Hehehe.. macam biasa tidur kami beralaskan beg pakaian kami. Sleeping beg tak bawa.. (pdan muka )

Paginya kami berdua masak untuk breakfast dan lebih kurang pkul 9am pelajar UKM sampai dan mereka mula membahagi2kan peserta..dan mengambil barang2 yang kami sediakan..

Selama 3 hari program  ini berjalan.. dan Alhamdulillah ianya berakhir pada hari yang ke -4 bagi kami..haha.. usai semuanya kami bertolak pulang.. masa ni ada sorang pelajar ukm minta kami tumpangkan beliau ke kota bharu.. katanya nak balik ke Terengganu kalau tak silap.. balik-balik ni penulis minta mereka hantar penulis ke rumah di kg Mengkebang, Kuala Krai, alang2 dah lalu jalan tu kan nak balik ke IOA.. hehehe.. so Biey pun balik ke rumah jugak.. kami pegi balik ke IOA esok pagi dengan kete.. penatnye x payah cite laa..
Hari ke-3 di sana penulis dan biey sempat mandi sungai.. hahahaha! Best gilerr.. dah lama x mandi kat sungai.. airnya agak deras.. kitorang main kat tebing2 je.. hihoo… dah air takde kan.. sungailaa tempat mandinye…

** kat sini kitorang tak ambik gambar sangat. **

Kisah Mistik

Macam yang penulis ceritakan kat atas tadi, 4 hari 3 malam kan kami berada di Post  tu.. malam pertama Alhamdulillah tiada pape yang jadi.. Cuma malam kedua Biey terjaga dalam pukul 2,3 pagi bila dia terdengar periuk dan kuali berlaga, bunyi sudu, pisau jatuh kat dapur.. dia xbuat pape.. dia tengok penulis nyenyak je tido kat sebelah.. dia pun rapat sikit dengan penulis..
Malam ketiga, penulis plak terjaga bila dengar macam ada orang masuk bilik air.. ‘dia’ main baldi plak dalam tu..penulis tengok bie tido je kat sebelah penulis.. pastu dengar bunyi macam air kat dalam tandas. Setahu penulis, dalam tandas tux de air.. istighfar, zikir, ayat kursi x brenti baca.. dalam tengah mamai tu sempat penulis cakap dalam hati, kenapa laa nak bazirkan air tu.. jangan laa main2.. dah laa air tengah takde.. pastu penulis tertido balik.. malas  nak layan benda2 gitu.. lagi dilayan, lagi benda tu suka.. kan?kan?

So, itulah serba sedikit citernyee masa masuk Pos2 orang asli.. kawan2 ada Tanya kenapa panggil Pos? penulis pun x sure kenapa..
Penulis pernah Tanya Ayah Lid, camne ye orang-orang asli ni boleh bina kampung dalam hutan yang jauh ni? Ayah Lid bagitaw diorang ni duduk satu tempat je.. bila berlaku perselisihan faham ada setengah berhijarah ke tempat lain dan bina kampung baru.. erm..

insyaAllah entry seterusnya kisah tentang penulis mendaki Gunung Yong Yap.. nantikan.. heheehehe



salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014