Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Wednesday, October 12, 2011

Alasan untuk Berdosa...

Ya. Menarik bukan? Manusia hendak melakukan sesuatu, pasti akan memberikan sebab dan alasannya. maka apabila kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT, pastinya kita memberikan pelbagai alasan bukan?
“Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana”

“Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni”

“Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini”

Itulah dia antara alasan yang sering didengari.
Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain. Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.
Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.
Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya. Inilah alasan-alasan kita. Alasan untuk berdosa.
Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?
Kita yang memilih untuk lemah
Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan. Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
” Surah Al-Mulk ayat 2.
Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian. Justeru apakah alasan tidak mampu?
Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.
Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?
Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya. Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.
Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita.
Benarkah kita tidak mampu?
Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?
Takdir Allah lah yang silap?
Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.
“Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?”
Kita akan bertanya-tanya.
Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa?
Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa?
Siapakah?
Kita.
Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana. Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”
Surah Al-Baqarah ayat 256.
Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: “Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri”
Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.
Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. “Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?”
“Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT”
Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.
Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.
Dan siapa yang mengetahui takdir Allah? Tiada siapa mengetahui. Justeru, bagaimana alasan bahawa:
“Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat” itu boleh dipakai?
Pengajaran pembunuh 100 orang
Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat. Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.
Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.
Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan.
Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100.
Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat. Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha.
Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: “Memang Allah dah takdirkan aku begini”???
Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina.
Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat. Maka bergeraklah lelaki itu.
Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunia tanpa sempat bertaubat.
Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.(Jom Baca Buku, tambah ilmu)
Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat. Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya.
Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.
Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini.
Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.
Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT.
Dia tidak memilih untuk lemah.
Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.
Lihatlah dia.

Pandanglah kepada diri.
Diri itu yang perlu diperbaiki.
Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.
Mengapa memilih jalan sedemikian?
Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?
Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan?
Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri saya. Perhatikan diri kita. Yang bersalah hakikatnya adalah kita. Kita yang memilih jalan kefasadan.
Dan siapa kata kita tidak boleh keluar? Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?
Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan. Justeru, siapa yang memilih untuk keluar? 



Tuesday, October 11, 2011

pesan roh kepada Manusia...



Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." 

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar !!!

copy from : FACEBOOK

p/s : AL-FAtihah buat ayahanda rakan skelas saya  yang meninggal baru2 ini.ayah kepada  mohd nur aZrul dan adik Fairul Nizam.. takziah buat kalian.. doakan yang terbaik utk arwah... 


mendekati untuk mencintai...

“Ya Allah, perbaikilah segala keadaanku.”
Terkadang disaat merenungkan segala kehidupan yang telah saya lalui selama 20 tahun ini, banyak sekali saya temui cerita-cerita kehidupan,. Manusia  adalah seorang hamba yang banyak melakukan kekhilafan, ketika diminta kembali kepada-Nya untuk melakukan ketaatan, kita terus lari dari-Nya dengan melakukan kemaksiatan. Lari dari Allah dengan perbuatan-perbuatan jahat, melanggar perintah-Nya, keinginan yang menyimpang dan dengan niat yang salah. Banyak orang mengaku dirinya seorang muslim tetapi lalai dalam solat, mensia-siakan puasa, mengeluh akan kurniaan Allah, dan  hawa nafsu telah membuat kita berani pada-Nya. Berpaling dari Allah dan terlena dengan indahnya dunia, terbuai dengannya, sibuk memikirkannya serta lupa pada hebatnya hari akhirat.
Allah berfirman:
“Janganlah kamu membeliakkan kedua matamu (terlalu kagum) dengan apa yang Kami berikan pada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia. Hal itu untuk menguji mereka. Sedangkan rezeki Tuhanmu jauh lebih baik dan lebih kekal.” (Taha : 131)
Ibn ‘Abbas berkata : Pada suatu hari, ketika saya berada di belakang Nabi SAW, baginda bersabda : “Wahai anak muda, jagalah (hak-hak) Allah, pasti Allah menjagamu. Jagalah Allah, pasti Allah memerhatikanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah pada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, hal itu tidak akan terwujud kecuali dengan takdir-Nya. Sebaliknya jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu, hal itu takkan berhasil kecuali dengan takdir-Nya. Pena sudah kering dan lembaran juga sudah dilipat.”
(H.R. Tirmidzi dan menurutnya sanad hadis ini sahih)
Mendekatlah kepada Allah, bersahabatlah dengan aturan Nya dan menunaikannya, bersahabatlah dengan ujian Nya dengan bersabar, bersahabat dengan nikmat-Nya dan bersyukur. Mendekatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya Cinta. Cinta yang Hakiki :-D . Bermuhasabahlah  , teruslah mendekati Allah dan mencintai Nya dengan melakukan segala perintahNya sesuai syariat, serta menjauhi segala larangan Allah. Mendekatlah untuk mendapatkan kecintaan dari Allah .



Saturday, October 1, 2011

study study study!!!

---------------------
  -------- xtaw nk cakap apa... nak study tapi sedikit malassss...


 tetiba teringat kata2 seorang motivator yang aku pernah ikut talk dia masa zaman skolah2 dulu... kalau malas nak study... LAWAN !! JANGAN LAYAN!!! hehehheeh.... huhuhuhuhuh...~ beszzz.. terbaikkkkkkk....!


p/s : semakin hari semakin banyak keje yang nak kene buat~

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014