Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Saturday, October 25, 2014

CATS

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,
Pertama
Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
Kedua
Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan atau pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.
Ketiga
Allah sedang bagitahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.
-Ustaz Shukri Harun


Allah itu Maha Adil.. sabar dan senyum :)

Jika manusia menzalimi kita.
Jangan berduka, kerana Allah s.w.t selalu berlaku adil terhadap kita.
Cinta kepada harta ertinya bakhil. 
Cinta kepada perempuan ertinya alam. 
Cinta kepada diri ertinya bijaksana. 
Cinta kepada mati ertinya hidup. 
& Cinta kepada Allah ertinya taqwa.
Jika manusia melukai kita.
Jangan berduka kerna Allah s.w.t selalu menitipkan penyembuh buat kita.
Tercari-cari cinta sejati, rupanya milik Allah. 
Jika kecundang cinta manusia, pasti ada ganti. 
Akan tetapi, dikala kasih Allah makin menghilang. Tiada Tuhan selainNya.
jika manusia mengecewakanmu, jangan berduka kerana ALLAH selalu menunaikan harapanmu - AbuHanifah;;insta
Jika manusia menyayangi kita.
Ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tak akan pernah menandingi cinta Allah s.w.t terhadap kita.
Asal cinta milik Allah.
Perginya cinta dengan izin Allah.
Hilangnya cinta atas kehendak Allah.
Dicintai & mencintai adalah anugerah Allah.
Kejarlah cinta Allah terlebih dahulu sebelum kita mengejar cinta manusia yang hanya berpura-pura selagi belum ada ikatan yang sah. 
Jika dia untuk kita, percaya & yakinlah terhadap Allah. Walau sejauh mana sekali pun kita pergi, ia tetap juga untuk kita. Itu namanya jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. 
#thedaiegraphy #cinta #dakwah 
  
till then, pen off

Saturday, October 18, 2014

MY JOURNEY part 3

Tiba-tiba….

Afifah minta bertolak ke Johor lepas solat asar.. ( HAHAHAHA.. macam suspen ntah pape.. )

Lepas solat asar, kami bertolak.. kali ni Aisyah yang drive.. masa kat highway tu.. nak hilangkan boring penulis snap la beberapa gambar… nii.. kat bawah..






semua gambar awan laa... i'm a clouds lover. hehehehe


Kami singgah di kolej matrikulasi….. ( Aisyah nak jumpa adik dia )..
Then dalam pukul 7:30 pm kami sampai kat rumah Aisyah di Kg. Parit Unas… Aisyah ni baru je pindah.. dulu tinggal kat parit jawa.. kami singgah and mak aisyah buat makan-makan sikit.. lepas kami solat.. kami terus bertolak ke rumah nenek aisyah kat mane ntah.. lupa nama kg tu plak..

Aisyah jumpa adik dy, kitorang berselfie dalam kete.. hahaha


And malam tu, sempat la berbual dengan nenek aisyah.. nenek tinggal sorang-sorang.. ( suaminya dah meninggal dua tahun lepas.. ) nenek aisyah memang tersangat pengemas orangnya..
Lepas tu, biasalah … sahabat-sahabat penulis layan cerita apa ntah kat tonton.. ( ariana rose  kalau tak silap.. ) haaa… tengok online kat tonton.. wuuuu.. penulis tak berapa minat tengok cite ni.. sbb penulis penah baca separuh cerita ni dalam novel.. ( cerita ni kan di adaptasi dari novel.. ) …

Pagi: rumah nenek tersangat lah sejukkk… brrrr…. Sejuk uhhh.. 80% rumah nenek daripada kayu.. selebihnya batu.. rumah kampung..

Kami sarapan makan jemput-jemput dengan teh susu.. mula2 kami pergi ke Bandar Muar, sebab ada sorang budak ni nak buat passport..



Lepas tu kami bertolak pergi ke Air Terjun Gunung Ledang.. kat Tangkak kalau tak silap.. sebelum tu singgah rumah kawan Aisyah,..

Kami pergi weekday.. so, orang tak ramai sangat.. and memang takde pengunjung masa kami sampai kat sana.. uhuhuuhu..

nampak tak gunung ledang tu? nampak? nampak? 

best... air dia ssssejukk...



ni tiket nak masuk Taman Hutan Lagenda nii


maka naik laa kami.. tinggi woo.. jauh plak tu.. sunyi tak yah cakap laa.. seram pun ada... nasib je taman rekreasi..

penulis tak sure berapa jauh nak pegi air terjun tu.. tapi rasa perjalanan tu jauh.. smpai berpeluh-peluh

tak sanggup nak panjat lagi.. semua dah pakat pancit, berenti kat sini je.. takde orang! eaayahooo!


ada anak ikan... rasa spesis jantan ni.. sebab time kite hulur kaki, ikan-ikan ni pegi patuk.. tup tup.. gataiii noooo..


time ni nak balik dahh.. byebye Taman Hutan Lagenda..




Pukul 2 petang kami pulang ke rumah kawan Aisyah.. kebetulan ayah kawan Aisyah ni pengusaha tempe.. uuu.. memang feveret lah tempe ni.. ayahnya orang indon, kahwin dengan orang Malaysia..


otw nakgi rumah kawan Aisyah..sejuk je masa niii


hahaha..amik gmbar tangan je.. dah xde orang nak amik gmbar penulis. boring asyik kena selfie jee


****  

Then kami pergi ke Bandar muar and snap gambar tepi jeti ape ntah nama tempat tu..
Dataran ……

Kami pekena ABC.. Aisyah cakap ABC kat situ agak famous jugak.. ni haa…

macam mana laa  monyet ni boleh ada kat sini....

adawiyah and afifah ni memang suka brgambar.. penulis? tak.




**** 

ni lah rumah nenek Aisyah.. dia duk sorang2.. tapi time malam anak2 dy akan datang teman dia tidur..

time ni tengah siap-siap nak balik nilai dah...



Kami bertolak balik pagi tu..lepas makan satay femes kat pekan muar..hii
**

alhamdulillah... Pukul 3 petang sampai NIlai….

2 hari sebelum fly ke kelantan..  fariza minta penulis temankan dia balik ke rumah di Banting.. sampai sana ayah dia ajak pegi Pantai Morib..hihihi.. ( jenjalan lagiiii )



time ni air tengah nak pasang.. muka terpaksa ditutup sebab terover senyum.. ( hahahaahhaha )



balik dari Morib.. kak hanis datang Nilai.. rindu kak Hanis.. ( sekarang tengah amik master kat UM, Pengajian Quran Sunnah ) i love her.. so, dia belanja kitorang Pizza Hut..




Get ready fly to Kelantan…



time ni tengah tunggu nak check in.. nak balik kelantan dah...tata....

Friday, October 17, 2014

MY JOURNEY ( Part 2 )


assalamualaikum wbt..  bila baca entry lama.. rupanya MY JOURNEY penulis ni tak complete lagi.. baru part 1.. My JOURNEY ni kisah penulis an sahabat penghujung sem 7. sebelum masing-masing berpisah pergi ke tempat Latihan Industri ( Praktikal ). so, nak sambung lah.. hehehe...


****************

Kisah journey penulis ini hanyalah pengalaman yang penulis lalui di hujung2 pengajian ijazah penulis bersama sahabat2 penulis di usim.. persinggahan penulis di  rumah sahabat2 penulis..
Destinasi kami yang seterusnya ialah rumah Fariza, Kami bergerak dari rumah ( nilai ) lebih kurang dalam pukul 12 tengahari.. sebelum bertolak.. penulis dan sahabat  berhenti makan tengahari di KEDAI MAMA.. acasia…

Semua makan nasi kukus.. ( ni pun nak bagitaw.. haha)

Then kami bertolak …

Sejam 45 minit, kami sampai kat rumah sahabat penulis ( rumah fariza ) .. semua pakat letih.. sebab sehari sebelum bertolak kami terpaksa kemas semua barang2 yang nak dihantar ke Kelantan.. so, kawan2 yg lain bantu and turut sama penat..

Lepas solat asar, penulis dan sahabat bersiap-siap nak pegi mancing ni.. naik bot.. ayah fariza yang bawakan.. sampai kat medan ( tempat naik bot ) tersengih2 la kami semua macam kerang.. excited nak naik bot.. mak fariza ikut sekali pergi dengan kitorang tapi tak nak naik bot.. takut jatuh dalam air katanya…

Bot ada dua.. penulis naik bot yang di pandu oleh ayah fariza ( pakcik jamani ) and sorang sahabat penulis aisyah dan cucu pakcik jamani namanya adam ( 4tahun kalau tak silap ). Bot satu lagi fariza, adawiyah and afifah naik, kawan ayah fariza yang bawakk.. so, pusing2 la kami kat tengah2 sungai tu.. ( ADA BUAYA ) so, x  boleh suka2 hulur tangan nak main ye..
Masa tengah pusing2 tu, penulis sempat snap beberapa gambar.. semestinya gambar awan.. sebab penulis suka tengok awan.. kenapa? Rahsia… - shuhada, pencinta awan..

Then kami berhenti dekat jeti kawasan bot2 private.. milik orang2 kaya yang ada bangle besar tepi-tepi sungai ni.. besar.. semua besar2.. hohoho..

Dunia.. takde apa yang perlu di cemburui..

Lebih kurang sejam lebih duk main2 kat tepi jeti tu.. kami naik bot balik and pulang ke medan..

Sampai medan, kami makan cempedak goreng dengan cekodok.. sedap! Alhamdulillah.. rezeki..

Hampir pukul 7 petang.. kami pulang…

Malam..

Usai solat isyak, fariza bawa penulis dan sahabat-sahabat ke JUSCO Bukit Tinggi.. kebetulan hujan lebat malam tu.. so, suasana agak menggoda mata penulis berat nak buka.. ehhehe.. pegi sana just  jalan2 and snap gambar je pun.. huhuhu.. takde keje…


fariza. Driver yang fokus. ( ahh.. tu poyo )

aisyah, adawiyah, afifah.

yang ni x perlu cakap. hahahaha...

maka, perjalanan kami bermula..


sebelum pegi rumah fariza, singgah bandar banting kejap. shopping kain tudung.. kain tudung labuh kat sini murah taw.. macam-macam kaler ade.. hanyut kejap penulis time ni,.. sempat sambar 5 pasang tudung.. maka bermulalah kerja menjahit masa kat rumah.. hehehe..

ni ayah fariza.. pakcik jamani.. orang jawa..

cantik tak? hehe... snap sambil goyang2..


kalau dah penulis yang takde maknanya penulis la photographer nyee




masa ni dah nak hujan. thanks Aisyah sebab amikkan gambar candid penulis.. hehee

pastu kitorang makan cekodok panas.. nyum nyum nyum...sedap sambal jawa..
Kami pulang ke nilai selepas zohor.. bersiap-siap nak pergi ke Johor ( rumah Aisyah pulakkk… )

Kami tak terus bergerak ke Johor di sebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan..

Sesampai kami kat rumah sewa di Nilai, tiba-tiba…………………..


( bersambung… )


jumpa plak kat MY JOURNEY PART 3 yee....!

cerita saya ( Part 1 )

assalamualaikum wbt readers... ( readers la sangat kan.. macam la ramai yang duk baca blog aku ni. pape je lah )

dah lama sangat rasanya tak update blog ni.. insyaAllah entry kali ni nak update pasal 4 tahun life-jouney penulis kat bumi Nilai ni. di USIM ( Islamic Science University of Malaysia / Universiti Sains Islam Malaysia ) . nampak macam bangga kan penulis duk taip nama U ni. yelaa.. banggalaa.. mana2 tempat penulis menuntut ilmu penulis bangga sangat.. sebab situlah ilmu penulis bertambah-tambah..dari tak tahu jadi tahu.. Alhamdulillah..

sebelum masuk alam kampus nak cite gak lah sebelum masuk U tu.. heee... 

Alhamdulillah.. result SPM penulis berjaya menempatkan penulis di salah satu IPTA di malaysia. masa tu penulis amik lower six kat Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. penulis tolak tawaran masuk U. Penulis nak amik STAM. semangat berkobar-kobar bila kakak penulis dapat 10 Mumtaz masa amik STAM tahun sebelum penulis masuk sekolah tu. tambah-tambah ramai jugak kawan-kawan penulis yang tolak tawaran U semata-mata nak amik STAM. so, ramai jugak kawan-kawan dari sekolah lama penulis tinggalkan penulis amik STAM. diorang terima tawaran U masing. ada yang dapat UIA, UPSI, UM, blablabla.. hehehe...


penulis ni pemalu masa kat sekolah. al-maklumlah.. sekolah baru.. bulan 4. 2009, ustaz kat sana minta aku wakil sekolah dalam pertandingan bahasa arab. terkejut jugak.. yelaa.. kite student baru kat sana.. tetiba masuk jadi wakil sekolah.. rupa-rupanya ada rekod and ada yang bagitaw penulis dah 3 tahun masuk syarahan bahasa arab masa kat sekolah lama. hahaha... gitu rupanye..

alhamdulillah.. result STAM penulis cemerlang tapi tak sehebat kakak penulis. takpelah.. Allah dah tentukan rezeki masing-masing kan. 


**********************

masuklah penulis ke USIM.. masa ni arwah abah ada lagi.. pegilah kami 5 beranak ke USIM.. hehehe.. abang long, abang ngah, maa, abah, penulis. then jumpa abang cik yang keje kat johor. 3 orang abang tu yang duk punggah bagasi si adik perempuan bongsu naik ke tingkat 5. xde lif wooo... merana lah diorang masa tuu... ape punya nasib daaa dapat bilik kat tingkat 5 ni.. hahaha!

then kuar g makan and perpisahlah penulis dengan abah, ma kat Nilai 3... my mom dah puas shopping kain baju kat sane,.. terus nak balik.. sob sob sob.. terjadilah drama airmata kat situ.. abah tengok, geleng2, gelakk je laa.. adeihh...


maka bermulalah hidup penulis sebagai seorang mahasiswi usim.. 


gitu la lebih kurang nyee... pastu biasalah... ada minggu orientasi.. nyanyi2.. hahaha

kursus bahasa arab/b.i

then baru g kelas.. di situlah penulis sulam ukhwah baru..hehe.. sahabat2 yang sporting.. alhamdulillah...


penulis dan sahabat ( fariza ), antara sahabat yang giler selfie. trust me. ) hahahahaha

bersama ustaz and classmates untuk kelas Hifz Quran. ( maximum hanya 10 oranh untuk satu kelas.  time ni kelas malam.. penat jugak.. sebab dah seharian class full.. tapi kelas ni laa antara yang buat penulis suka. sebab santai.. hehehe..

bersama  ustazah zulaili. lecturer umtuk subjek hadis ayat hukum. best! 

Aisyah, fariza, adawiyah. hari anugerah dekan. gambar penulis takde sebab penulis tukang amik gambar.. nak selfie pun susah sebab guna dslr. berat seyhh


to be continued....

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014