Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Saturday, August 13, 2016

Hikmah..

Hakikatnya,apa yang kita masing masing lalui dalam hidup ini,setiap tekanan,kesakitan,kegagalan dan menghadapi kematian,ditinggalkan,dipatahkan hati sama orang,semuanya menjadikan kita orang yang berbeda pandang terhadap makna kehidupan itu sendiri.

Takperlu pun untuk rasa aku lebih mengenal hidup berbanding engkau kerna aku dilebih lama hidup atau aku lebih banyak merasa susah berbanding engkau. Tak perlu. Kerna boleh jadi,setiap yang didiamkan orang dari pengetahuan kita itu jauh lebih banyak,jauh lebh sakit,jauh lebih dalam lukanya.

Kilang yang berbeza menghasilkan tenunan yang berbza.

Begitu juga kita,setiap satu orang yang hidup ini melalui setiap jalan yang berbeza. Lalu kita mengenal definisi setiap satu perkara itu dengan jalan yang amat berbeza. Pada orang,bahagia menurutnya seperti itu dan itu. Pada orang,hikmah itu pasti berlaku untuk disetiap hal yang ditetap tuhan. Tapi pada aku,setiap yang berlaku tidak semestinya beserta hikmah. Adakala tuhan sengaja menjadikan jalan cerita tergantug tanpa ada jawapan. Adakala,tuhan sengaja meletakkan kita di suatu keadaan yang kita sendiri bingung untuk ke kiri atau ke kanan.

Hikmah tidak seharusnya ada.

Percaya kepada hikmah adalah satu kemestian sebagai syarat bahwa “tuhan itu adalah mengikut apa persangkaan hambanya” maka percaya kepada hikmah sama seperti bersangka secara baik kepada tuhan. Tetapi yakin bahwa disetiap hari gelap bakal ada hujan dan pelangi,itu tidak semesti.

Kita yang berbea pandang soal kehidupan kan? Maka tiada siapa yang salah dalam menentukan apa hikmah itu wajid ada atau tidak. Itu tidak penting. Kerna menyelusuri setiap percaturan tuhan yang kian hari kian rumt,dipermudahkan jalan itu sudah cukup terlalu baik berbanding menanti hikmah itu sendiri.

Tapi indahnya hikmah,bikin kita senantiasa senyum untuk hari ini dan esok dan selama penantian kita. Meski dihujungnya,makin tidak kelihatan punca mengapa,tapi kita tetap bersangka baik.

Setidaknya,pengharapan kita tetap utuh. Bukan?:)

#kisahdarisyurga

Tuesday, August 9, 2016

Jaga mulutmu..

Kenapa..ada manusia.. Sorang buat silap, semua benda dia judge. Sorang yang buat, satu kaum dipersalahkan.

Hatta,sebenarnya tak semua macam tu.

Berlaku depan mata, tiap bait kata yang dilafaz, baik caci atau maki dari mulutnya, sampai satu masa.. Terkena balik pada empunya yang caci maki tadi.

Aku renung balik, mungkin ini lah yang dikatakan ALLAH ITU MAHA ADIL.

Pembalasan yang DIA beri tepat pada masa.

Untuk kita, sang pendosa.

_________________

mata-hary
masjid besi, putrajaya
09082016 || 1708

Monday, August 8, 2016

Kak Syahida

Kak syahida..

Kali pertama aku kenal kak syahida tahun lepas bila dia jadi guru ganti. Tak sure dia ganti sape yang cuti bersalin.

Habis tempoh dia ganti, Allah hantar dia lagi sekali ke sini untuk jawatan tetap. Sekarang masih kontrak. Masa tu dia due 2 bulan lagi. Mula-mula aku jarang sangat bercakap dengan dia sebab gaya dia macam seorang yang pendiam.

Sampai lah satu hari kawan aku ajak masuk ASB. Masa tu aku tak faham sangat pasal ASB, and entah macam mana, aku boleh pegi tanya kak Syahida pasal ni. Dia punya explaination memang Gred A.. 😂

Rupa²nya kak syahida ni student usul fiqh.. Itu lah orang kata, don't judge a book by its cover. Takde lah aku anggap kak syahida ni tak hebat mula² tu. Nak katanya, tak kenal maka tak cinta...ecececewah....

Tak lama tu syahida cuti bersalin dan Alhamdulillah, Allah takdirkan kami satu usrah..

Dan tiap kali perjumpaan usrah aku banyak bertanya macam² dengan kak syahida, terutamanya soal dakwah bila tahu dia dulunya seorang pegawai Agama di PPUM ( Pusat Perubatan Uni. Malaya ).

Kisah menariknya, bila dia cerita macam mana dia boleh jadi guru.. Dia tak merasa rugi dan menyesal berhenti kerja dari seorang pegawai yang bergaji tinggi dan jadi seorang guru di sekolah swasta yang mana gaji kami tak mahal sangat. Tapi... Yang bestnya kak syahida cerita, dia boleh banyak habiskan masanya dengan anak²... Masa kerja jadi pegawai di sana, anaknya yang pertama selalu sakit².. Tapi bila dia ambil keputusan untuk berhenti kerja, Allah bantu dia.. Dengan memberi kesembuhan kepada anaknya. Tiada apa yang melegakan bagi hati seorang ibu kecuali melihat anak²nya membesar sihat depan mata..huhuhu..

Masa ni, aku sendiri ada masalah, bila dengar kisah kak syahida, masih ada insan yang mana masalahnya masih besar dari masalah yang aku alami..

Kisah dakwah kak syahida masa kat sana lagi syok! 😄

Aku teringat masa berpraktikal di IOA pada tahun 2014. Bawa semangat dakwah sampai hampir masuk gaung pajero kami naik. Dan sekarang, aku rindukan saat² tu. Berpenat, berpeluh, yang bestnya ajar orang² asli kat sana solat.

Gtg, ada meeting.

Nanti sambung balik..

Yalla, bye.

Kembali Lagi

Assalamualaikum wbt,

Hi readers 😘

So agak lama menyepi disini bukannya sibuk pun, cuma agak sibuk di tempat lain.

InsyaAllah nak update beberapa entry.

Entry pasal ape? Macam-macam kisah nak hupdate kat sini nanti..hahahar.😂

Aku menulis untuk aku.

Kisah manusia yang pelbagai ragam. Hati manusia yang kejam. Akal ada tak diguna. Dan banyakkk lagi...

Apa yang aku tulis, kebanyakan dari pengalamn orang sekeliling dan pengalaman sendiri.

Lagi satu aku tekankan, aku menulis untuk aku.

Nantikan taw..

Yalla, bye!

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014