Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Followers
Tuesday, December 31, 2013
Siapa Jodoh Aku?
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Monday, December 30, 2013
salam semua!
dah lama tak update blog ni...
sem 7, di usim.. semester terakhir duduk belajar di kerusi dalam kuliah.. semestinya, penulis akan rindukan saat-saat ini.. bertungkus lumus siapkan projek ilmiah @ tesis.. Allah.. betul2 mencabar..
ditambah dengan macam2 yang berlaku dalam tempoh nak selesaikan pengajian semester ini..
Alhamdulillah.. syukur pada-Mu.. untuk semua nikmat, ujian ...
andai dengan ujian ini, boleh mendekatkan aku dengan-Mu..
ujilah aku... manisnya kesabaran.. sabar itu indah bagi yang mengerti..
Tuesday, November 19, 2013
abah.. 4
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku
Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan
Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana aku kan,
kerna aku kan akhirnya sendiri.
saya sayang abah :')
Monday, November 18, 2013
abah...( 3 )
Tuesday, October 1, 2013
abah..
Allah menguji ketabahan dan kesabaran kami..namun aku redha...DIA LEBIH DISAYANGI OLEH PENCIPTANYA....
abah...gelak tawa mak melalui hari2 yang kami lalui tanpa mu disisi sebenarnya mahu melindungi duka dan sedih kerana rasa rindu yang tidak tertanggung rasanya kepadamu abah..namun mak mahu berlagak setenang dan setabah yang mungkin depan anak2 semua yang menyayangi mu dan mengasihimu agar mereka juga tidak merasa betapa sakit dan seksanya menanggung rindu kepada mu...
abah..biar masa berlalu..namun tidak sedikit pun rasa rindu dan kasih kami akan berkurangan terhadapmu....walau apa pun terjadi anak2 abah akan selalu mendoakan abah di sana.. tenanglah abah.. saya sayang abah..
Saturday, August 17, 2013
Aidilfitri tahun ni..
Bukan cerita semua orang tentang bahagia.
Walau semua orang meraikannya.
Ada yang masih berdukacita tentang kisah lama.
Ada yang masih belum kering air matanya,
mengenang keluarga yang telah tiada.
Aidilfitri terasa tak bermakna.
Ada yang kehilangan pasangan,
Aidilfitri terasa hambar dan kosong.
Ada yang kehilangan anak,
Aidilfitri terasa sunyi dan mencengkam jiwa.
Tapi itulah hakikat indahnya Syawal,
Hadir setelah sebulan belajar mentarbiah diri,
Dan saat hari ini,
Saat luka , duka dan air mata masih ada,
Kita akur pada kehendak dan ketentuan Allah.
Dan Aidilfitri ini disambut sederhana,
Tanda mensyukuri kurniaan-NYA.
heart to heart
Saat kita masih bisa menyapa.
Memohon maaf atas keterlanjuran yang kita lakukan,
Sengaja, mahupun tanpa disedari.
“Salam Aidilfitri, Mohon maaf atas segala salah dan silap.”
Masih mampu kita taipkan di papan kekunci. Dengan rasa yang berbahagi.
Itulah ucapan.
dan Itulah harapan.
Setelah kita akur pada takdir Ilahi,
Hanya harapan dalam diam yang ada.
Semoga andai masih ada silap dan salah yang tersisa,
Diampuni, dimaafkan dan mudah-mudahan mampu dilupakan.
Ia bukan hanya ucapan, dan harapan,
Bahkan permintaan.
heart to heart ( 3 )
Berhentilah bertanya,
Tentang soalan yang tak mampu dijawab manusia.
Tentang jodohnya yang tak kunjung tiba,
Tentang zuriatnya yang masih tak ada,
Tentang ajalnya yang sudah tetap saat dan ketikanya, namun dirahsiakan-NYA.
Ketahuilah, mereka yang kamu tanyakan,
Juga ingin tahu,
Namun, semuanya diluar kekuasaan dan kemampuan mereka.
Tidaklah salah bertanya,
Namun ketahuilah,
Bahawa kami tak punya jawapan.
Semuanya dalam Ketentuan-NYA.
hearty to heart.. ( 2 )
bila dia
sudah ada si dia.
kerana kau sedar
kau sentiasa
ada DIA.
Heart to Heart.. ( 1 )
##
|
apa itu kebahagiaan? ia bukannya tentang tahu apa itu
kesempurnaan, tetapi tahu siapa pemilik segala kesempurnaan ; Allah..
|
Tuesday, June 25, 2013
Monday, June 24, 2013
takdir.. pilihan.. kesudahan..
Saturday, June 22, 2013
Kosong
.......kosong........
Till then..
Pen off....
Wassalam
P/s : dah tajuk entry ni kosong, so kena kosong la kann...hahahahaha..
Sbnarnye.... penulis xde idea nak update blog..tapi teringin nk update jugak... Penat dah baca buku... Bye!
Tuesday, June 18, 2013
Wanginyee....
Assalamualaikum... Kalau nak ikut sekarang patutnya penulis dah tidur.. Ye laa... 2:26 am penulis tulis entry ni... Tapi ada sesuatu penulis nak share kat entry kali ni...
Masa nak solat isyak dengan kawan-kawan tetiba penulis terbau sesuatu... MasyaAllah! Wangi sangat... Penulis tanya sahabat.. Adawiyah... Ada bau tak? Dia ckap xde bau pape.. Dia pun bagi penulis cium bau perfume dekat baju dia... Penulis cakap ni bukan bau tu... Yang lain semua dah pelik... Tapi penulis senyum-senyum sebab bau tu best sangat... Siyesly.... Harum sangat-sangat...tercari-cari jugak bau tu.. Nak cakap budak2 ni punye pun...takkanlah.. Sebab ni 1st time penulis bau camtu.. Lagipun budak2 ni xde plak beli perfume dlm masa terdekat ni...
Then, kitorang solat isyak brjemaah.. Penulis bau wangian ni sampai sujud penulis yang terakhir.. Pastu x bau dah... Allahu... Nak je bau skali lagi.. Siyes... Harum sgat2... Nk kna cari ni perfume brand ape.. Huhu...
Dahh abess cite dahh... Huhuhu...
Till then...
... Pen off ...
Wassalam...
Saturday, June 15, 2013
Ujian
Terkadang hati penulis menangis bila di uji.. Macam- macam dugaan datang bila tengah musim exam ni... Yee... End semester exam...
Allahu... Macam dah habis tenaga... Dah takde semangat bila satu satu masalah datang... Tapi bukanlah kehidupan andai tiada ujian kann..
Nikmatnya hidup andai semua yang kita inginkan kita dapat.. Tapi lebih nikmat hidup andai apa yang kita inginkan kita tak dapat.. Kenapa penulis cakap macam tu?? Sebab....... Sebab apabila kita tak dapat apa yang kita inginkan... Kita akan sedar apa yang kita dah terlepas... Pengalaman mematangkan fikiran kita.. Mematangkan semuanya... Perangai... Ye... Attitude... Daripada kebudak-kebudakan kepada dewasa... Tak annoying...huhuhuhu....
Apabila kita di uji...apa yang kita akan buat? Menangis bagai nak rak? Meroyan?? Urghh! Semua ada pilihan... Tpi.. Sebagai seorang muslim... Kita mesti percaya ada Allah yang sentiasa mndengar rintihan hati kita... Menangislah sampai mata bengkak sekali pun di hadapan tuhanmu... Allah...
Allah... Kau ampunkanlah segala dosa-dosaku... Aku bersyukur di atas ujian yang Engkau berikan kepadaku.. Andai dengan ujianMu ini dapat mendekatkan aku denganMu ya Allah... Aku bersyukur ya Rabb... Amiin...amiin.... Ya Rabbal 'Alamin...
Duhai pembaca... Ingatlah... Everything happen for a reason... Tiada hamba Allah yang dikecualikan dari ujianNya...hidup ini adalah ujian... Bersabarlah andai disakiti... Allah ada...ye... Allah ada mndengar keluhan hatimu... Allahu... Allahu... Aku bersyukur utk hidupku ini...
Wassalam...
P/s : originated by ; nurshuhada noordin. :)
Friday, May 31, 2013
love 1
Sunday, March 17, 2013
celaan sebagai ubat, pujian umpama racun
Imam al-Ghazali di dalam Ihya' Ulumiddin berkata, "Sering kali manfaat yang kita peroleh daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita, lebih banyak daripada manfaat yang kita peroleh daripada teman2 yg selalu memuji kita."
Ya, pujian jauh lebih berbahaya daripada celaan. Ia memang manis, namun mengandungi racun yang dapat merosakkan hati manusia. Semakin terbiasa sesorg mndgr pujian, smakin hatinya trtutup drpd kebenaran.
pada saat itu, ia tidak akan pernah tersedar drpd kekurangan dirinya apatah lagi tergerak untuk merubah dan memperbaikinya. Tanda seseorang sangat hina di mata Allah, Allah membiarkannya tenggelam dalam pujian.
Sebaliknya, celaan memang pahit namun ia mengandungi ubat yg akan merubah hidup kita menjdi lbh sempurna. Syaratnya, kita mesti pandai merubah celaan itu menjdi pembakar semangat, seprti yg dlakukn tokoh2 yg berjiwa besar.
jika anda memiliki jiwa besar setara mereka, anda pasti melakukn sbgmna yg mrka lakukn..
Friday, March 8, 2013
jangan bandingkan..
sekadar gambar hiasan |
sekadar gambar hiasan.. |
Wednesday, February 27, 2013
0_0
Saturday, February 23, 2013
jika terpaksa membenci
rindu padaMu
betapa rindunya untuk hati kembali 100% mengingatiMu,
betapa rindunya utk merasai getran jiwa dan deraian air mata
kerna takutkan dosa-dosa lampau
betapa rindunya utk sujud dalam penuh kekhusyukan
betapa rindunya untuk merasai sepenuhnya
erti sebagai hamba yang hina...
that's me..
then..someone text me..he said “He breaks you, to build you. Deprives you, to give you. This pain in your heart was created to make you yearn less for this life, and to yearn more for Jannah. Allahu Akbar...”
Thursday, February 21, 2013
denganNYA
no heart feeling
jadi, tak perlu la nak letak statement : ‘no heart feeling’ sebagai syarat untuk berkawan dengan anda. sia-sia saja. dalam berkawan, anda kena bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.
kenapa penulis kata begini? kerana perasaan dan hati itu dalam jagaan Allah. sedang iman boleh berbolak balik, boleh turun naik (seperti yang dinyatakan dalam ayat iman manusia jika naik lebih mulia dari malaikat, jika turun lebih rendah dari haiwan) inikan pula perasaan manusia. kita tak pernah tahu, hari ini perasaan kita kembangnya dimana. boleh jadi di hati A, boleh jadi di hati B, boleh jadi di hati C, atau di mana pun ; masa dan takdir menentukan (ewaaah).
bukanlah penulis nak menyalahkan prinsip anda. prinsip itu bagus. tapi perlu ingat, prinsip itu kehendak anda sedang hati dan perasaan tertakluk dalam kehendak Allah. kalau sudah dicampak rasa suka oleh Allah dalam hati seseorang untuk berperasaan pada anda, janganlah disalahkan dia dan menjauhkan dia. tangani dia sebaiknya ; dengan pertimbangan iman dan akal bukan emosi. kalau anda tak suka dia berperasaan dengan anda, bagitahulah. jangan biar dia tergapai-gapai dan tak mahu berkawan dengan dia lagi. dia juga manusia. anda juga manusia.
manusia bisa lembut dengan nasihat, bukan dengan perintah yang penuh dengan kebencian. nasihatkan dia untuk jaga perasaan dan letak perasaan dia di tempat betul. bukan memerintahkan dia untuk menghapuskan terus perasaan itu. dan nantinya dia berkawan dengan anda sebab nak jaga perasaan awak, kan tak ikhlas tu. biarlah dia menjadi dirinya. yang penting anda tu jaga hati anda baik-baik. kalau anda yakin dengan Allah supaya jaga hati anda sebaiknya, maka anda sepatutnya tak perlu bimbang tentang hati orang lain. sebab mereka juga makhluk. dan makhluk akan bergantung kepada Tuhan bukan sesama makhluk.
jadi buat anda,awak, kau, kamu ; baik lelaki, wanita, mahupun khunsa, hati kita Allah yang pegang, Allah yang jaga. apa yang kita dapat mohon adalah supaya Allah jagakan hati kita sebaiknya, dan kita juga berharap hati-hati orang disekeliling kita baik-baik semuanya. janganlah meletakkan syarat yang mustahil dalam menjalinkan persahabatan.
bukankah Tuhan menjadikan kita berjenis-jenis supaya dapat mengenali satu sama lain? dan yang terbaik antara itu adalah yang paling baik taqwanya. raikan perbezaan itu!
Sunday, February 17, 2013
karipap :D ahahahaha!
nie doh yang digulung guna 2 adunan.. |
pastu potong doh tuu.. |
potong biar jadi camnii... |
pastu.. jom gelek2...haha |
ni inti sardin.. masak dulu yerr.. |
ni inti ubi keledek / stelo (nama ubi ni versi kelantan) hahaha.. nak guna inti ubi kentang pun best gak.... hahahah |
ni masa nak kelim.. |
dahh siappp..! :) |
ni plak video yg x seberapa.. hahha.. tengok taw... messtii tengokk.. huhuhu..
till then.. pen off...
wassalam.. ^_^
Thursday, February 14, 2013
depressed??
smile... ^_^ peace! |
Saturday, January 12, 2013
Everything is changing...^^,
Every time I close my eyes, its a blessing to be able to open them again, for indeed nothing is guaranteed in this world. Every moment things are changing. We are fulfilling our purpose, and tomorrow may be our turn. We may be the destined change.
Remember, all of us are created in a dying state, until we reach the focal point of realization; death. Then we awaken to see true life; paradise InshAllah!
till then.. pen off...^^,