Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Friday, March 8, 2013

jangan bandingkan..


assalamualaikum...

penulis selalu terbaca dan membaca pengakuan seorang wanita yang membandingkan diri dengan bidadari. Iyalah. Orang pun selalu cerita bidadari tu cantik, comel, taat, bercahaya.

Tapi tak ramai yang mahu tahu, apa kelebihan wanita dunia. Tidak, penulis tak bertujuan untuk meremehkan wanita, kerana penulis juga manusia dan wanita dunia.  :D

Nabi Muhammad juga memilih wanita dunia. Ketika baginda berdialog dengan Ummu Salamah berkenaan bidadari. Ummu Salamah ini kurang cantik jika tak silap penulis, maka dia membandingkan diri dengan bidadari.

sekadar gambar hiasan
Ummu Salamah bertanya ; mana lebih utama? wanita dunia atau bidadari  yang bermata jeli?
Nabi Muhammad SAW menjawab ; “wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari yang tak terlihat.

kerana solat mereka, puasa mereka, dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulit mereka putih bersih pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat daripada emas.

mereka (wanita dunia) berkata : kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut sama sekali. berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”

bersyukurlah wahai wanita kerana Nabi Muhammad SAW memberi jaminan sebegitu kepada wanita yang ibadahnya kerana Allah, yang sentiasa reda dan tidak merungut.

Nabi Muhammad SAW sangat sweet, kan? :) Dan wanita, jangan pernah membandingkan diri dengan yang lain. Penilaian orang selalu tersasar, maka penilaian yang perlu dijaga adalah penilaian dari Allah.
Jangan pernah bandingkan diri dengan bidadari, kerana kamu lebih utama, kerana kamu lebih banyak kelebihan, kerana kamu lebih disayangi Rasulullah dan Allah.
Harus jadi solehah, ya? InshaAllah kamu akan sentiasa dikasihi-Nya.

p/s : boleh rujuk buku Agar Bidadari Cemburu Padamu untuk kisah-kisah yang lebih hebat berkenaan wanita :)

sekadar gambar hiasan..


1 comment:

azim_3110 said...

Manusia itu lebih tinggi darjatnya jika betul taat dan patuh pada Allah sebab malaikat dan bidadari diciptakan tanpa nafsu.. maka beruntunglah manusia yang mengikut tujuan hidupnya yg sebenar.. ^_^

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014