Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

Rezeki Itu...

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”

Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.


Friday, November 20, 2015

apa yang abadi?

Aku suka pensel dan kertas. 

Dulu aku sangat gila setiap kali jumpa pensel kayu yang rare dan kertas kosong. Mesti nak beli mesti nak conteng. Aku tak pandai melukis,jadi aku menulis. Dan aku suka pensel sebab pensel boleh dipadam,tak macam pen ; kekal. (Yeeeeeee memang korang nak cakap ada liqiud paper kan? )


Macam tu jugaklah kot dengan kita. Hakikatnya,kita tak suka pun benda yang kekal. Sebab fitrahnya Allah ciptakan semua benda termasuk yang sedang membaca dan menulis ini ; sifatnya sementara.

Kau,aku dan kita semua ; sementara.

Nothing to worry.

Semua benda dalam dunia ini termasuk dunia ini sendiri,bakal tiada. Bakal hilang. Tidak abadi.

Termasuk kedukaan dan kesusahan kita.

Termasuk haters haters kita.

Termasuk orang orang bangang disekeliling kita.

Termasuk duit dalam poket kita.

Termasuk ex kita.

Termasuk makwe baru ex kita.

Termasuk assignments kita.

Termasuk lecturer kita.

Termasuk tambang tol dinegara kita.

Termasuk menteri menteri bangang kita (?)

Tiada apa yang abadi.

Termasuklah Abby Abadi.

Tapi yang akan abadi ; adalah?

Tuhan? 

Yeeeeee aku tahu lah yang itu memang akan abadi. Aku nak jawapan lain. Zzzz

Yang abadi adalah ; setiap kebaikan kita.

Sebab apa aku cakap kebaikan?

Sebab kebaikan kita,akan abadi sama orang lain.

Sebab kebaikan kita,akan abadi dalam hati hati yang memerhati.

Dan sebab kebaikan kita,akan abadi sama catatan tuhan.

Kebaikan kita takkan pernah terpadam selagi kita tidak meminta balasan. Aku tak nak bercakap pasal ikhlas,sebab dua ploh tahun aku hidup,aku takpernah rasa ikhlas itu serupa apa. 

Melainkan kawan aku yang bernama Nurul Ikhlas mungkin dia pernah merasai akan makna namanya sendiri.

Tapi aku diajar sedari kecil oleh abah adalah ; manusia takkan mampu memberi manfaat atau mudharat kepada kita. Dan balasan tuhan akan jauh lebih berat dan banyak dari kejahatan dan kebaikan kita.

Memberi,sebab apa yang berada dalam genggam kita bukan semua hak kita.

Tapi kekadang aku kedekut juga hm.

Begitulah,kita berbasa basi atas nama tuhan. Ah, normalis tipikal kita.

Soooo,cheer up dude kalau harini adalah the most bad day in your life. It’s just a day not years or a whole entire life. Chill chill,bak kata Jiji (even aku rasa macam dia selalu cakap dekat diri sendiri dan bukan aku)

Nothing long last. Okay?

Alooooooooo jangan lah sedih terharu aloooooo dah dah usap air mata hm okay? Dah.


Aku menulis untuk aku.

yalla, bye.


#KisahDariSyurga 

Thursday, November 19, 2015

Gotta Be Strong

assalamualaikum. and hi.

so, entry ni aku tulis 3 hari sebelum aku berangkat pulang ke teratak bonda.cuti sekolah..

bila duk sorang2 kat rumah ni. adala sedikit idea untuk aku share kat sini.

entry ni aku pasal benda yang aku dah lama nak buat. tapi tersekat. biasala.. setan yang goda aku tak bagi buat kuat sangat godaanku. setan betul.hahahaha

so, aku harap kali ni , aku betul2 kuat nak lawan godaan setan ni. insyaAllah... 


Aku mula search macam-macam kisah tentang ISTIQOMAH. Bukan apa, aku ni bab Istiqomah aku susah sikit. Eleh.. tak yah cakap aku lah. Korang pun sama kan..kan. kan. So, jangan la kita mudah kata orang macam-macam . haa.. merapu dah aku.

Okay. Semalam aku ada decide something untuk hidup aku. Aku cuba stop diri aku guna terlalu banyak akaun sosial. Eh. Tu pun nk cite. Owh, suka hati aku lah. Blog aku. Ekekekeke.

Bukan sekali dua aku tutup buka balik akaun ni. Rasanya dah banyak kali aku buat. So then, malam tu aku tetiba teringat kat sorang kawan aku ni. Dia dah lama close social account  dia. Then malam tu aku whatsapp dia dalam pukul 12 lebih kot. Hahaha. Rilekla. Bukan laki orang, so aku berani la msg dia time tu.

And then  aku delete kebanyakan akaun sosial aku. He taught me something on his messages. Thanks a lot friends! Mungkin orang rasa benda ni kecik je. Bagi aku, bila benda yang memerlukan kepada ISTIQOMAH,ianya adalah sesuatu yang tak boleh kita pandang ringan.

***********
“ nak tutup pintu dosa. Perasaan takut terbuat dosa. Mula2 je rasa bosan, tak tau nak buat apa dan sebagainya. Tapi itu semua mungkin sebab dah biasa dengan benda tu semua, dan sayang nak tinggalkan hiburan dalam tu. Bila tak bukak benda alah tu rasa bosan. “ 

***********

yeah.I know itsnot so easy.
gotta be strong.
 just keep pushing on!
i'll try my best.
thank you Allah for this life. 

Friday, May 8, 2015

Jangan Rasa Diri Bagus Sangat

krik. krik. krik.




Dulu,aku follow je jenis akhi akhi serban dan ukhti purdahbis niqabis atau apa apalah yang jenis suka berdakwah siber dan citer pasal nikah muda tulang berusuk rusuk dekat fesbuk ni. 

Tapi kebanyakan diorang aku unfriend dan unfollow atau mungkin unlike balik kalau spesis yang ada page dakwah tu.

Aku rasa bila aku baca tulisan korang,hati aku yang berpenyakit ni makin sakit.

Ke aku ni memang jenis bebal tak makan nasihat?

So macam ni kisahnya.

Aku tak pertikai pun niat baik korang nak berdakwah dekat laman sosial ni. 

Fesbuk,twitter,instagram,blogspot atau tumblr(?) . Siryes lah aku tak kisah pun.

Tapi aku sangat sangat rasa tak selesa bila korang judge orang lain yang tak baik mana macam korang tu seolah olah dia berdosa gila.

“Perempuan yang suka selfie dan upload gambar sampai bersepah dekat insta dan fesbuk tak layak dijadikan isteri.”

Ya. Aku pun tak berapa nak berkenan spesis orang yang duk spam newsfeed aku dengan gambar dia je.

Selfi lepas tu letak caption yang takde kena mengena.

Tapi lantak apa aku. Hak dia. Bialah dia. (Tapi last last orang ceni aku unfolo je balik) dari aku berdosa duk maki dalam hati.

Aku lagi tak berapa berkenan bila ada manusia yang ada hati dan perut macam aku,buat statement macam tu. Tambahan,korang ni figure dan daie lah bak kata orang tua tua.

Aku bukan nak bekap sesiapa.

Tapi tapi tapi apa hak kau?

Ya,hak kau untuk tulis macam macam dekat fesbuk ni.

Tapi kau takde hak untuk cakap macam tu seolah olah macam kau-bagus-sangat-sampai-layak-dijadikan-suami.

Bero,kita tak tahu masa depan.
Tu je aku nak cakap.

Kau bukan sebar cinta melalui dakwah.

Tapi kau dah tanam benci pada orang orang yang tak berapa sempurna macam kau.

Kalau kau tak caye,cuba kau cek dekat komen status kau tu berapa ramai yang komen “orang macam ni tak boleh ditegur,nanti diorang melenting. Ego.”

Alahai,macam bagus je ayat.

Kisahnya,aku bukan nak bekap sesiapa. 

Aku rasa aku dah pergi jauh dan korang pun takkan faham pun apa tulisan aku ni.
..
Nota kaki : yang mana duk spam gambar dekat fesbuk,boleh kot slow slow buat instagram. Sekadar cadangan la.

Susah jugak hidup kalau asek makan maki orang. Ehek

Tak marah ni,cakap je.





Nota kaki lagi : aku tak tuju siapa siapa status ni. Cuma ni yang aku perasan sejak aku ada fesbuk ni,ramai sangat golongan macam ni dekat fesbuk ni. Aku yakin,korang pun folo je artis dekat insta tu kan. Jangan tipu ah.

Tak pulak korang pergi pm artis tu dan cakap “u tak layak dijadikan bini”

Hm kan aku dah mengarut lagi ni.

Oh ya,bercakap soal tulang rusuk kiri dan bakal imam duaplohpatjam tak jadikan korang layak dijadikan laki atau bini.

Tolong la faham.

Nota kaki lagi (2) : ni last kot aku tulis benda ceni. Lepas ni kalau ada lagi,setidaknya aku dah tak sakit hati.


#KisahDariSyurga #Tumblr  

Tuesday, December 9, 2014

please don't go?

Aku betul tak reti appreciate tiap orang yang datang 
Kalau boleh semua yang pernah sentuh hati aku,
semua tu aku nak 
Nak dia ada selalu dekat
Nak dia ada selalu sama susah senang 
Nak sama berjuang hingga ke akhir
Tapi aku lupa,
tak semua yang datang akan kekal 
tak semua yang singgah sudi masuk 
Seperti angin lalu pergi tanpa beri tanda 
Lalu buat ku tertanya tanya ke mana mereka 
Sedangkan kewujudan mereka itu ada 
Tapi aku yang buta tak terlihatkan 
Rupanya mereka sekadar singgah 
Tanpa mahu sama pertahankan 
Pertahankan persahabatan yang kami gigih bina 
Sama sama, dulu dulu
Mungkin banyaknya palat pada aku lah 
Yang tak mampu tegakkan lagi tiang tiang persahabatan 
makin lama ku biar, makin condong pula jadinya 
Masihkah punya harapan untuk tegak semula?
Atau terima hakikat yang tersedia ada?
Entah lah
Aku masih tidak punya jawapan hingga ke saat ini
Semoga Allah berkatimu
Doaku dari jauh buat sahabat sahabatku, 
berjuanglah selagi punya daya 
Tiap tiap titik peluh kalian moga Allah kira 
dan bukan menjadi suatu yang sia sia
Moga suatu hari nanti apabila kita ketemu, 
Kau ulangi tiap ikrar yang pernah kita ucap dulu 
Dan aku tunggu hingga tiba saat itu


#gadispianist




DIA harapan kita


Kita memang dicipta dengan penuh kelemahan. Kekurangan. Kekerdilan. Sebab tu Allah berfirman, ‘tidak Aku jadikan manusia dan jin selain untuk menyembah-Ku’.
Why?
Sebab apa-apa yang kita nak, kita kena minta pada DIA. Kena kembali pada DIA. Walaupun untuk sebuah senyuman.

We bound to be weak. But have heart, my dear. Allah will always with us.
Kita kena berani tempuh kekurangan kita, sebab selalu ada DIA untuk menguatkan.



#sederhanaindah #jommuhasabah



Thursday, June 19, 2014

Keikhlasan Yang Hampir Mustahil

assalamualaikum readers,

“Keikhlasan yang hampir mustahil.

Apabila Tuhan menyeru umat manusia supaya ikhlas, aku dah tahu bahawa ikhlas adalah satu kata kerja yang bukan calang-calang senang.

Logiknya; perkara senang tak payah disuruh. Ianya akan berlaku sendiri by nature. Tapi betapa manusia itu berjuang dari satu bab ke satu bab, termasuk lah bab ikhlas dalam mengerjakan serba-serbi perbuatannya di dunia ini.



Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang bagi hadiah kat kita balik? Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang tu akan sayang kita macam yang kita mahu? Berapa ramai orang menolong tapi tak harap orang yang ditolong itu manipulasi kehidupan dia tanpa mengikut cara yang kita jangka? Berapa ramai yang acah-acah buat orang gembira tanpa harap orang yang sama menggembirakan kita balik? Berapa ramai isteri berbakti dengan harapan suami tak berpoligami?

Ada. Tapi hampir mustahil ada.

Kadang-kadang mulut tak menyebut, tapi hati bercakap sorang-sorang. Betapa susahnya kau nak berada dalam landasan ikhlas tu, sampai kadang-kadang tergelincir sikit, kita akan senyap-senyap mengharap balasan dari manusia. Apabila perkara yang diharapkan tak menjadi, kita akan senyap-senyap rasa macam pertolongan kita tak berbaloi.

Pernah satu ketika dulu, waktu aku ditimpa susah, aku minta bantuan kepada manusia. Manusia yang satu waktu dulu yang sangat aku percaya, tapi sering menghampakan aku. Kadang-kadang bila dah tolong, pertolongan disebut-sebut, dan ganti diminta-minta.

Bukan sekali dua aku jumpa situasi awalnya “let me help you” dah di akhiri dengan “You ingat I hamba you ke?”

Sampai satu waktu yang lain, aku ditimpa susah, dan aku merintih dengan Allah, tak lama lepas tu, pertolongan itu datang dalam situasi yang buat aku meremang-remang sendiri. Aku bukan ujub, tapi aku nak cerita dan nak orang percaya bahawa tuhan bekerja mengikut style-Nya yang misteri dan tersendiri. So apa-apa hal, minta kat Dia dulu. Dia dulu.

Dan;

peristiwa itu menjadi titik paling penting dalam hidup aku, yang menyedarkan aku bahawa betapa membazirnya hidup seorang manusia (kita semua) apabila usianya dihabiskan dengan mengharap simpati raih dari manusia lain yang rata-rata nilai keikhlasannya yang hampir mustahil.


Hampir mustahil.



till then, pen off.
wassalam.

Wednesday, January 29, 2014

redha-Mu, ku pinta

Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.

Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.

Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..

Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

aku. si pendosa.

Saturday, January 18, 2014

tenang. doa. berserah.

Pernah? 
Usai solat,
Usai berdoa, 
Duduk terdiam. 
Berteleku. 
Tiada bicara. 
Merenung lama.
Menumpah segala rasa dan persoalan. 
Dalam diam.
Dalam bisu.
Dalam kelu.

Allah.  
Bukan sombong.  
Bukan malu.
Cuma selalu dan acap kali tak menemukan perkataan,  
Buat begitu banyak persoalan. 
Jangan bimbang. 
Allah tahu lidah kamu kelu.
Tapi masih Allah mengerti bicara hati kamu.

Jangan menyangka, 
Diamnya kamu tak DIA mengerti.
Jangan bersangka rintihan kamu sia-sia.

dua perkara ini:

1) sangka baik dengan Allah.
2) sangka baik dengan hamba Allah..

tenang. doa. berserah. insyaAllah.. Allah dengar. Allah mengerti. 
senyum :)

moga berbekal sabar

Banyak hikmah yang tersembunyi dalam CINTA, 
terkadang ditemukan dalam Redha.
Senyap diam tak bertanda.  
Tak terlihat mata.
Tapi terkadang kerana butanya hati, 
Kita membantah,  
“Aku tak jumpa kebaikannya!!”
Dibunuh percaya dengan pertanyaan “mengapa?”,

Saat itu, 
CINTA jadi lebur.
REDHA jadi debu-debu yang ditiup angin benci dan amarah, 
Yang cuma membuat mata jadi kabur,
PERCAYA jadi kaca-kaca berserakkan,
Yang cuma melukai kaki saat tetap melangkah. 
Sedang hikmah terlalu jauh, bahkan mungkin takkan ditemukan lagi.

...

p/s: this entry from miss dotdotdot.. not mine.. hehe

Friday, January 17, 2014

aku bermonolog. =,='


Setahun yang terasa lama, 

Hanya kerana sebulan dua yang menimbulkan banyak duka?


Jangan tak adil dalam penilaian kamu.

Mana yang lebih banyak? 
Duka atau tawa?
Suka atau derita?
Rahmat atau Ujian?
Kasih Sayang-NYA atau Murka-NYA yang selalu lebih mendahului?



Kalau pun memang duka yang lebih berbekas, 
jangan pernah terlupa ada juga tawa dan bahagia..


Walau tak lama,

Bahagia mungkin tak terlalu berbekas kerana kita tak menyimpan perasaan bahagia itu seperti mana kita menggenggam erat dan mengenang rasa duka..


kita tak ingat akan senyum ketawa,

kerana kita lebih senang larut dalam duka dan air mata, 
mengingat dan terus mengingat tentang kecewa,
berbanding duduk mengenang dan bersyukur,
atas banyak perkara yang masih kita miliki,
dan hal-hal yang membuat kita tersenyum, hatta dalam terpaksa.

**apa yang aku mahu sebenarnya..? 
ceria seperti dulu.**


aku.
16 rabi'ul awwal 1435.
3:16pm
Nilai.








sempurnakah dirimu?

Kadang aku terfikir.
Apa bagi sesetengah manusia
Tiket syurga itu syarat belinya
Kau kena sempurna?


Hakikatnya mereka lupa.
Tuhan tak pernah syaratkan kesempurnaan untuk syurga Dia.


Sedang kau
Dia cipta tak pernah sempurna.
Tetap diterima amalan kau macam mana rupanya.
Asal ikhlas titik utamanya.


Tapi ada manusia.
Cari kesempurnaan di balik jasad ciptaan Tuhan.

Mungkin dia fikir
Dia lagi baik dari Tuhan.


Mungkin.
segalanya mungkin, bukan?
Tuhan itu Maha Adil.

******

aku? semestinya aku tidak sempurna.
berapa lama pun kamu kenal aku, tetap ada salah yang aku lakukan.
sebab?
sebab aku ini manusia. 
insan biasa.
hamba Allah.
yang perlu sentiasa meminta ampun dengan Penciptaku.
Allah.


WASSALAM.


hidup.mati. ujian


Bukan namanya hidup andai penuh rasa ingin mati.
Bukan namanya bangkit andai kaki masih lemah bergetar tak mampu berdiri.

* * *
Payah.
Tapi,
Bukan namanya ujian.
Kalau tak penuh dengan lelah dan air mata.

* * *
Ditanya pada Tuhan.
Hidup tak seindah yang lain.
Mengapa?

Sebabnya.
Dia mahu kau tahu.
Kau manusia kuat.
Satu demi satu ujian kau lepas.
Bukan tandanya kau mampu?
Ujian yang hebat untuk mereka yang hebat.
Percaya itu.


* * * 
wassalam.
Nilai.

berubah. dituduh hipokrit?


Berusahalah untuk menunjukkan orang kepada kebaikan, bukan menunjukkan betapa baiknya diri kita. Betapa ramai orang yang diperkenalkan dengan kebaikan menjadi lebih baik dari orang yang mengenalkannya dengan kebaikan tersebut.


Islam yang diseru itu sempurna, namun sang penyeru banyak titik lemah dan cacat celanya. Kemuliaan tidak bersama orang yang berlagak dirinya cukup baik, tetapi kemuliaan itu bersama orang yang sentiasa mencuba untuk jadi yang lebih baik.




Bila nak berubah, berubahlah sebab Allah. Bukan sebab manusia. Then, janganlah biar manusia kuasai minda kita lebih dari takutnya kita pada Dia. Lagi satu, please jangan tolak orang yang nak berubah jauh-jauh sampai kata dia hipokrit or whatsoever. Hati dia, kau tahu apa? Sakit rasa ditolak tu, ada kau rasa? Tak. So please, nak masuk syurga jangan sendiri-sendiri. Tarik tangan orang yang kita sayang sama-sama.


"Everybody has a past, everybody lives a present, everybody deserves a future. Change for good isn’t a sin though it will cost you blood and tears for a start."-->Hlovate.

Buatlah kebaikan dan ajaklah orang kepada kebaikan dengan tujuan agar sama-sama jadi baik, bukan ajak orang kepada diri sendiri agar diangkat disanjung sebagai orang baik-baik.

Di penghujung nanti, yang menilai keikhlasan di jiwa hanyalah Allah Ta’ala, tiada selain-Nya.

Enough said. Cerna sendiri. May Allah bless. May Allah ease. Asiff jiddan.

wassalam.


hakikat seorang aku.

Orang melihat dia kuat,
hakikatnya iman dia rapuh sangat.

Orang melihat dia jarang sekali menangis,
kerana hati dia rupanya semakin keras.

Orang melihat dia selalu senyum ketawa,
walhal masalah dia datang bertimpa-timpa.

Orang selalu menilai dia hebat kononnya,
sedangkan Allah lebih tahu betapa hinanya dia.

Orang selalu sangka dia banyak ilmu,
tapi apalah guna banyak ilmu kalau tak diamal.

Orang selalu ingat dia senang bahagia dengan keadaan dirinya,
hakikatnya inilah ujian terbesar yang dia hadapi.

Orang boleh menyangka macam-macam..
hakikat yang sebenar, 
cukuplah antara dia dan Tuhannya sahaja.

******************

aku. pendosa. yang pernah buat salah. 
aku. insan yang sememangnya tidak sempurna.
aku. hanya mampu meminta maaf bila berbuat kesalahan.
ampun. taubat. pada-Nya.

aku. 18.1.2014.
Nilai.

duka. airmata. ujian. syukur.


Seringkali kita mencarinya terlalu jauh kemana-mana, padahal bahagia itu dekat. Ada pada setiap hati yang bersyukur. Kalbu yang bisa melihat dengan jelas deretan kurnia yang Allah limpahkan kepadanya, dan bukan sibuk menghitung apa yang tidak dia miliki.

********************

kelopak mata mula terisi dengan airmata.. cuba menahan rasa.. dari tumpah airmata  ini.. sebaris kata-kata itu.. malam itu.. menyentap hati ini.. jika itu yang berada dalam fikirannya.. kenapa sebelum ini di tabur kata-kata lain? adakah sekadar untuk melegakan hati ini? habis.. bagaimana dengan hati itu?

jangan di kata 'demimu aku sanggup korbankan rasa'..

********************



ahhh~! apa yang penulis bebelkan? tiada apa.. cuma pesanan untuk diri sendiri.. apa yang penulis tulis, sekadar ingatan. penulis akan baca kembali semua entry yang penulis pernah update.

kebahagiaan. minta dengan Allah. bukan dengan manusia.

dan aku hanya manusia biasa. sentiasa khilaf. namun Allah itu maha Pengampun.. DIA sentiasa ada untuk kita.

untuk jiwa-jiwa yang sedang digugurkan dosa. senyum! Allah sedang menegur dengan cara yang terbaik!. tarbiah diri.

jangan putus asa. sabar. Allah uji sebab Allah kasih! Allah sayang kita! senyum dan bersyukur..

wassalam.


Tuesday, December 31, 2013

Siapa Jodoh Aku?

salam wbt.. 

ada satu permintaan dari seorang sahabat.. dimintanya buat satu entry pasal jodoh..
err.. penulis tak berapa arif pasal ni..

macam yang kita semua tahu.. 

"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"






tapi penulis ada jumpa satu entry ni.. semoga bermanfaat

***************************

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." 

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

******************************




** i got this from my naughty friend here .


p.s: BERSERAH .. ALLAH ada perancangan-Nya.. Doa.. selagi ada doa.. insyaAllah adanya harapan.. Allah lah sebaik-baik Perancang... 

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014