salam wbt..
ada satu permintaan dari seorang sahabat.. dimintanya buat satu entry pasal jodoh..
err.. penulis tak berapa arif pasal ni..
macam yang kita semua tahu..
tapi penulis ada jumpa satu entry ni.. semoga bermanfaat
***************************
Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum
sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang
jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah
mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat
untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar
seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita
selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah
di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar
lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya,
motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar²
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh
agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki
ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal
dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah
berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun
ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya
ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti
tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang
menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin
kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi
adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama
pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
******************************
** i got this from my naughty friend here .
p.s: BERSERAH .. ALLAH ada perancangan-Nya.. Doa.. selagi ada doa.. insyaAllah adanya harapan.. Allah lah sebaik-baik Perancang...
No comments:
Post a Comment