Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Thursday, February 21, 2013

no heart feeling


assalamualaikum...'no heart feeling'.. sebenarnya..penulis xtaw nak letak tajuk apa untuk entry nie... tapi suka hati pembaca laaa nak letak title apa pun.. hehehehe... 

apabila lelaki dan perempuan berkawan....


sebenarnya dalam berkawan, lebih-lebih lagi antara lelaki dan perempuan, jarang-jarang dapat mengelak dari berperasaan.

jadi, tak perlu la nak letak statement : ‘no heart feeling’ sebagai syarat untuk berkawan dengan anda. sia-sia saja. dalam berkawan, anda kena bersedia menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.

kenapa penulis kata begini? kerana perasaan dan hati itu dalam jagaan Allah. sedang iman boleh berbolak balik, boleh turun naik (seperti yang dinyatakan dalam ayat iman manusia jika naik lebih mulia dari malaikat, jika turun lebih rendah dari haiwan) inikan pula perasaan manusia. kita tak pernah tahu, hari ini perasaan kita kembangnya dimana. boleh jadi di hati A, boleh jadi di hati B, boleh jadi di hati C, atau di mana pun ; masa dan takdir menentukan (ewaaah).

bukanlah penulis nak menyalahkan prinsip anda. prinsip itu bagus. tapi perlu ingat, prinsip itu kehendak anda sedang hati dan perasaan tertakluk dalam kehendak Allah. kalau sudah dicampak rasa suka oleh Allah dalam hati seseorang untuk berperasaan pada anda, janganlah disalahkan dia dan menjauhkan dia. tangani dia sebaiknya ; dengan pertimbangan iman dan akal bukan emosi. kalau anda tak suka dia berperasaan dengan anda, bagitahulah. jangan biar dia tergapai-gapai dan tak mahu berkawan dengan dia lagi. dia juga manusia. anda juga manusia. 



manusia bisa lembut dengan nasihat, bukan dengan perintah yang penuh dengan kebencian. nasihatkan dia untuk jaga perasaan dan letak perasaan dia di tempat betul. bukan memerintahkan dia untuk menghapuskan terus perasaan itu. dan nantinya dia berkawan dengan anda sebab nak jaga perasaan awak, kan tak ikhlas tu. biarlah dia menjadi dirinya. yang penting anda tu jaga hati anda baik-baik. kalau anda yakin dengan Allah supaya jaga hati anda sebaiknya, maka anda sepatutnya tak perlu bimbang tentang hati orang lain. sebab mereka juga makhluk. dan makhluk akan bergantung kepada Tuhan bukan sesama makhluk.



jadi buat anda,awak, kau, kamu ; baik lelaki, wanita, mahupun khunsa, hati kita Allah yang pegang, Allah yang jaga. apa yang kita dapat mohon adalah supaya Allah jagakan hati kita sebaiknya, dan kita juga berharap hati-hati orang disekeliling kita baik-baik semuanya. janganlah meletakkan syarat yang mustahil dalam menjalinkan persahabatan.

bukankah Tuhan menjadikan kita berjenis-jenis supaya dapat mengenali satu sama lain? dan yang terbaik antara itu adalah yang paling baik taqwanya. raikan perbezaan itu!

till then.. pen off...

wassalam..

No comments:

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014