Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan
maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa
sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih
kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur
dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di
hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke
nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api
neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku
kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.
aku. si pendosa.
No comments:
Post a Comment