“Keikhlasan yang hampir mustahil.
Apabila Tuhan menyeru umat manusia supaya ikhlas, aku dah
tahu bahawa ikhlas adalah satu kata kerja yang bukan calang-calang senang.
Logiknya; perkara senang tak payah disuruh. Ianya akan
berlaku sendiri by nature. Tapi betapa manusia itu berjuang dari satu bab ke
satu bab, termasuk lah bab ikhlas dalam mengerjakan serba-serbi perbuatannya di
dunia ini.
Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang bagi
hadiah kat kita balik? Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang
tu akan sayang kita macam yang kita mahu? Berapa ramai orang menolong tapi tak
harap orang yang ditolong itu manipulasi kehidupan dia tanpa mengikut cara yang
kita jangka? Berapa ramai yang acah-acah buat orang gembira tanpa harap orang
yang sama menggembirakan kita balik? Berapa ramai isteri berbakti dengan
harapan suami tak berpoligami?
Ada. Tapi hampir mustahil ada.
Kadang-kadang mulut tak menyebut, tapi hati bercakap
sorang-sorang. Betapa susahnya kau nak berada dalam landasan ikhlas tu, sampai
kadang-kadang tergelincir sikit, kita akan senyap-senyap mengharap balasan dari
manusia. Apabila perkara yang diharapkan tak menjadi, kita akan senyap-senyap
rasa macam pertolongan kita tak berbaloi.
Pernah satu ketika dulu, waktu aku ditimpa susah, aku minta
bantuan kepada manusia. Manusia yang satu waktu dulu yang sangat aku percaya,
tapi sering menghampakan aku. Kadang-kadang bila dah tolong, pertolongan disebut-sebut,
dan ganti diminta-minta.
Bukan sekali dua aku jumpa situasi awalnya “let me help you”
dah di akhiri dengan “You ingat I hamba you ke?”
Sampai satu waktu yang lain, aku ditimpa susah, dan aku
merintih dengan Allah, tak lama lepas tu, pertolongan itu datang dalam situasi
yang buat aku meremang-remang sendiri. Aku bukan ujub, tapi aku nak cerita dan
nak orang percaya bahawa tuhan bekerja mengikut style-Nya yang misteri dan
tersendiri. So apa-apa hal, minta kat Dia dulu. Dia dulu.
Dan;
peristiwa itu menjadi titik paling penting dalam hidup aku,
yang menyedarkan aku bahawa betapa membazirnya hidup seorang manusia (kita
semua) apabila usianya dihabiskan dengan mengharap simpati raih dari manusia
lain yang rata-rata nilai keikhlasannya yang hampir mustahil.
Hampir mustahil.
till then, pen off.
wassalam.
No comments:
Post a Comment