assalamualaikum...'no heart feeling'.. sebenarnya..penulis xtaw nak letak tajuk apa untuk entry nie... tapi suka hati pembaca laaa nak letak title apa pun.. hehehehe...
apabila lelaki dan perempuan berkawan....

sebenarnya dalam berkawan, lebih-lebih lagi antara lelaki
dan perempuan, jarang-jarang dapat mengelak dari berperasaan.
jadi, tak perlu la nak letak statement : ‘no heart feeling’ sebagai syarat
untuk berkawan dengan anda. sia-sia saja. dalam berkawan, anda kena bersedia
menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.
kenapa penulis kata begini? kerana perasaan dan hati itu dalam jagaan Allah.
sedang iman boleh berbolak balik, boleh turun naik (seperti yang
dinyatakan dalam ayat iman manusia jika naik lebih mulia dari malaikat, jika
turun lebih rendah dari haiwan) inikan pula perasaan manusia. kita tak pernah
tahu, hari ini perasaan kita kembangnya dimana. boleh jadi di hati A, boleh
jadi di hati B, boleh jadi di hati C, atau di mana pun ; masa dan takdir
menentukan (ewaaah).
bukanlah penulis nak menyalahkan prinsip anda. prinsip itu bagus. tapi perlu
ingat, prinsip itu kehendak anda sedang hati dan perasaan tertakluk dalam
kehendak Allah. kalau sudah dicampak rasa suka oleh Allah dalam hati seseorang
untuk berperasaan pada anda, janganlah disalahkan dia dan menjauhkan dia.
tangani dia sebaiknya ; dengan pertimbangan iman dan akal bukan emosi.
kalau anda tak suka dia berperasaan dengan anda, bagitahulah. jangan biar dia
tergapai-gapai dan tak mahu berkawan dengan dia lagi. dia juga manusia. anda juga manusia.

manusia bisa lembut dengan nasihat, bukan dengan perintah yang penuh dengan
kebencian. nasihatkan dia untuk jaga perasaan dan letak perasaan dia di tempat
betul. bukan memerintahkan dia untuk menghapuskan terus perasaan itu. dan
nantinya dia berkawan dengan anda sebab nak jaga perasaan awak, kan tak ikhlas
tu. biarlah dia menjadi dirinya. yang penting anda tu jaga hati anda baik-baik.
kalau anda yakin dengan Allah supaya jaga hati anda sebaiknya, maka anda sepatutnya tak perlu bimbang tentang hati orang lain. sebab mereka juga
makhluk. dan makhluk akan bergantung kepada Tuhan bukan sesama makhluk.

jadi buat anda,awak, kau, kamu ; baik lelaki, wanita, mahupun khunsa,
hati kita Allah yang pegang, Allah yang jaga. apa yang kita dapat mohon adalah
supaya Allah jagakan hati kita sebaiknya, dan kita juga berharap hati-hati
orang disekeliling kita baik-baik semuanya. janganlah meletakkan syarat yang
mustahil dalam menjalinkan persahabatan.
bukankah Tuhan menjadikan kita berjenis-jenis supaya dapat mengenali satu sama
lain? dan yang terbaik antara itu adalah yang paling baik taqwanya. raikan perbezaan
itu!
till then.. pen off...
wassalam..