Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Monday, November 26, 2012

Dengarlah...


“dan ingatkah?
pernah aku khabarkan.
aku cuma gadis biasa,
yang masih bertatih mencari redha.




lalu, biar aku akui,
bahawa aku mungkin bukan mawar berduri yang kau cari-cari,
harum dan berseri,
utuh memagari diri dan melukai tangai yang cuba menodai,
tapi hanya teluki.
teluki yang mungkin hanya mampu mengasingkan dan meminggirkan diri.
teluki yang tak digemari.




aku mungkin tak seindah dan seharum mawar. 
namun, aku masih punya sisi yang indah,
itupun jika kau masih tahu menghargai keindahan dan keunikan 
penciptaan Tuhan.”


wassalam... 


Thursday, November 22, 2012

KeBeNaRaN BaGai uBaT uNTuK TeRuSKaN HiDuP


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Hurm~ kebenaran bagai ubat untuk teruskan hidup? Maksudnya? hurm~ I wonder… Bila kita sedang sakit2, kita akan cari ubat kan? Sebelum aku teruskan pemerepekkan aku, marilah kita mengenal apa itu ubat.

Ubat nih selalunya sangat2 pahit~ tapi pahit itulah yang mujarab. Kadang ubat akan berbentuk bijik-bijik (pil), kadang berbentuk cair-cair (cecair), kadang berbentuk suntik-suntik, kadang berbentuk sedut-sedut (udara), kadang berbentuk jilat-jilat atau isap-isap (alaa ubat sakit tekak tuh? ngeh3) Dan kita ambil ubat untuk sembuhkan penyakit yang melanda kita saban hari kan?

Ada yang ambil ubat moden, ada pula yang memilih ubat tradisional. Ada yang memilih bedah dihospital, ada yang memilih urutan di kampung~ terpulang kepada individu~ Sebab apa? Sebab setiap penyakit mesti ada ubatnya~

Hanya~ jangan percaya kepada ubat yang menyembuhkan anda~ letakkan dalam hati bahawa kita hanya berikhtiar, hanya Allah sahaja yang bisa menyembuhkan penyakit anda~ uhoh!
Okeh~ dah banyak la plak kita meng”umpat” si ubat nih kan? Macam entry kesihatan la plak~ bhahaha…

Pernah dengar terms “Kebenaran itu sememangnya pahit”? kata-kata hikmah ini adalah salah satu objective utama aku menulis entry nih. Selalunya kebenaran itu akan menampar muka anda dengan kelajuan maksima.
Dan pada ketika itu jiwa anda terasa terduduk, selepas tertampar dek penangan kebenaran itu. Kesakitan yang dirasai bagai menoreh jiwa anda sehingga luka. Tapi~ pada hakikatnya~ bukan jiwa dan hati anda ditoreh.

Tapi, jiwa dan hati anda yang sedang luka itu dibedah dan dijahit rapi oleh kebenaran. Kadangkala kita akan tertipu dengan mainan kata-kata manusia. Kita terlembut dengan mereka. Tapi kebenaran selalunya akan muncul tanpa disangka-sangka.

Aku? ya~ tahun ini sahaja, aku ditampar oleh kebenaran yang menyakitkan sebanyak 2 kali~ satu di pipi kiri jiwaku, satu disebelah kanan nyawaku. Tapi, apa yang aku dapat selepas itu?
Aku dapat ketenangan jiwa…
Ya~ aku tenang akhirnya~ kebenaran itu kuanggap ubat yang mengubati segala kesakitan jiwa dan nyawaku sendiri. Memang pada mulanya kebenaran itu wujud dengan diiringi kesakitan~ tapi itulah hakikat kebenaran….

Pahit untuk ditelan, tapi baik untuk jiwa~

Carilah kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa kamu… tak tahu bagaimana ingin mencarinya? tadahkan tangan anda~ dan mintalah apa sahaja dariNya~ insyaAllah… Dia telah berjanji untuk mendengar segala luahan hambaNya….
p/s: Kebenaran selalunya menyakitkan~ aku? ya~ memang sakit~ malam ni aku dapat taw satu cerita.. n bnda betul2 buat aku rasa down gilerr habis dah.. :'(

* time sedih camni la aku suka makan.. hewhewhew! :D


Tuesday, November 13, 2012

When no one wants to listen.

when no one to listen,
 or is willing to lend an ear,
Remember.. Just Remember..
Allah is always ready to hear..

Saturday, November 3, 2012

Kawan

sendirian menempuh kehidupan, mampukah kita berada dalam keadaan sedemikian? jawapannya pasti TIDAK! 

sehebat manapun seseorang, dia masih belum mampu berdiri sendiri tanpa sokongan., doa, dan inspirasi daripada insan-insan dalam kehidupannya.




kawan atau sinonimnya teman, rakan dan juga sahabat adalah kelompok dan " anugerah " yang perlu kita rebut dan tawan sebijaknya. bijak berkawan, ganjaran bahagia menanti kelak. inilah hadiah yang sering dipandang hanya sebelah mata dan lebih buruk daripada itu berkawan atas tujuan kepentingan diri semata-mata.

bagaimana cara utk memperoleh bahagia hanya dengan berkawan? dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah mengenai salah satu golongan yang memperoleh naungan Allah pada hari pembalasan kelak ialah dua orang yang berkasih sayang, bertemu, dan berpisah kerana Allah. justeru, hubungkan silaturrahim.

berkawan dan bersahabatlah dengan semua orang. jangan limitkan ukhuwah hanya kerana kelompok tertentu. banyakkan kenalan, hidupkan kehidupanserta kayakan pengalaman. 

benar, ada kekuatan dalam hidup berjemaah apabila kebaikan di sebarkan dan kemungkaran di tegah..


Saturday, October 20, 2012

penantian...?


assalamualaikum.. lama x jenguk blog ni.. baru sempat nak update.. penantian..

****    ****    ****    ****

" dan bila kita mendefinisikan menunggu itu sebagai tanda Redha,
maka bukankah detik menunggu itu perlu dilalui dengan rasa senang hati?
dengan rasa percaya dan redha sepenuh hati?
Bukankah penantian itu perlu diisi dengan perkara -perkara yang memberi nilai tambah pada diri?

mengapa kita berkata ; " sanggup menunggu dan menanti ",
tapi kita bahkan merosakkan diri?
dengan air mata, dengan duka dan lara?
mengabaikan diri dan melukai hati sendiri?

bukankah bila kita kata,
 kita siap dan redha,
maknanya, apa pun akhirnya penantian itu,
kita masih akan berlapang dada?

tapi, mengapa penantian kita,
hanya merosakkan diri,
memusnahkan harapan,
dan menghancurkan masa hadapan?

adakah kerana kita sebenarnya memang tak ikhlas?
kita menanti,
sambil memaksa ia menjadi mengikut apa yang kita kehendaki..? "

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014