sehebat manapun seseorang, dia masih belum mampu berdiri sendiri tanpa sokongan., doa, dan inspirasi daripada insan-insan dalam kehidupannya.
kawan atau sinonimnya teman, rakan dan juga sahabat adalah kelompok dan " anugerah " yang perlu kita rebut dan tawan sebijaknya. bijak berkawan, ganjaran bahagia menanti kelak. inilah hadiah yang sering dipandang hanya sebelah mata dan lebih buruk daripada itu berkawan atas tujuan kepentingan diri semata-mata.
bagaimana cara utk memperoleh bahagia hanya dengan berkawan? dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah mengenai salah satu golongan yang memperoleh naungan Allah pada hari pembalasan kelak ialah dua orang yang berkasih sayang, bertemu, dan berpisah kerana Allah. justeru, hubungkan silaturrahim.
berkawan dan bersahabatlah dengan semua orang. jangan limitkan ukhuwah hanya kerana kelompok tertentu. banyakkan kenalan, hidupkan kehidupanserta kayakan pengalaman.
benar, ada kekuatan dalam hidup berjemaah apabila kebaikan di sebarkan dan kemungkaran di tegah..
No comments:
Post a Comment