Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Hurm~ kebenaran bagai ubat untuk teruskan hidup? Maksudnya?
hurm~ I wonder… Bila kita sedang sakit2, kita akan cari ubat kan? Sebelum aku
teruskan pemerepekkan aku, marilah kita mengenal apa itu ubat.
Ubat nih selalunya sangat2 pahit~ tapi pahit itulah yang
mujarab. Kadang ubat akan berbentuk bijik-bijik (pil), kadang berbentuk
cair-cair (cecair), kadang berbentuk suntik-suntik, kadang berbentuk
sedut-sedut (udara), kadang berbentuk jilat-jilat atau isap-isap (alaa ubat
sakit tekak tuh? ngeh3) Dan kita ambil ubat untuk sembuhkan penyakit yang
melanda kita saban hari kan?
Ada yang ambil ubat moden, ada pula yang memilih ubat tradisional. Ada yang memilih bedah dihospital, ada yang memilih urutan di kampung~ terpulang kepada individu~ Sebab apa? Sebab setiap penyakit mesti ada ubatnya~
Ada yang ambil ubat moden, ada pula yang memilih ubat tradisional. Ada yang memilih bedah dihospital, ada yang memilih urutan di kampung~ terpulang kepada individu~ Sebab apa? Sebab setiap penyakit mesti ada ubatnya~
Hanya~ jangan percaya kepada ubat yang menyembuhkan anda~
letakkan dalam hati bahawa kita hanya berikhtiar, hanya Allah sahaja yang bisa
menyembuhkan penyakit anda~ uhoh!
Okeh~ dah banyak la plak kita meng”umpat” si ubat nih kan?
Macam entry kesihatan la plak~ bhahaha…
Pernah dengar terms “Kebenaran itu sememangnya pahit”?
kata-kata hikmah ini adalah salah satu objective utama aku menulis entry nih.
Selalunya kebenaran itu akan menampar muka anda dengan kelajuan maksima.
Dan pada ketika itu jiwa anda terasa terduduk, selepas
tertampar dek penangan kebenaran itu. Kesakitan yang dirasai bagai menoreh jiwa
anda sehingga luka. Tapi~ pada hakikatnya~ bukan jiwa dan hati anda ditoreh.
Tapi, jiwa dan hati anda yang sedang luka itu dibedah dan
dijahit rapi oleh kebenaran. Kadangkala kita akan tertipu dengan mainan
kata-kata manusia. Kita terlembut dengan mereka. Tapi kebenaran selalunya akan
muncul tanpa disangka-sangka.
Aku? ya~ tahun ini sahaja, aku ditampar oleh kebenaran yang
menyakitkan sebanyak 2 kali~ satu di pipi kiri jiwaku, satu disebelah kanan
nyawaku. Tapi, apa yang aku dapat selepas itu?
Aku dapat ketenangan jiwa…
Ya~ aku tenang akhirnya~ kebenaran itu kuanggap ubat yang
mengubati segala kesakitan jiwa dan nyawaku sendiri. Memang pada mulanya
kebenaran itu wujud dengan diiringi kesakitan~ tapi itulah hakikat kebenaran….
Pahit untuk ditelan, tapi baik untuk jiwa~
Carilah kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa kamu… tak
tahu bagaimana ingin mencarinya? tadahkan tangan anda~ dan mintalah apa sahaja
dariNya~ insyaAllah… Dia telah berjanji untuk mendengar segala luahan
hambaNya….
p/s: Kebenaran selalunya menyakitkan~ aku? ya~ memang sakit~ malam ni aku dapat taw satu cerita.. n bnda betul2 buat aku rasa down gilerr habis dah.. :'(
No comments:
Post a Comment