Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Friday, January 9, 2015

Sejam jadi batu

"Oooh ni la Kak Shud yang femes tu."

Kata Faiz Nazim sambil tarik kerusi. Dia duduk dikerusi sebelah kerusi depan aku.

Aku sengih hambar.

"Heh. Kau la Faiz  yang artis tu."

Faiz gelak.

Sambil sambil tunggu Kak Ummuhani keluar tandas,Faiz bergerak ke kaunter.
Jarak kaunter dan meja dalam 5 meter.

"Weh Shud kau nak makan pape tak?" Jerit Faiz dari kaunter.

"Tak nak, aku dah kenyang gila." Sambil geleng geleng kepala.

Lepas order,Faiz datang balik meja. Dan aku,ralit belek belek handphone.
Tak tahu nak cakap apa.

Kak Ummuhani tiba tiba muncul. Dia duduk sebelah aku,depan Faiz.

Diorang borak berdua,tinggal aku dengan handphone aku. (Lagipun,aku memang tak paham pun tajuk diorang apa)
Pastinya,kisah cinta Kak Ummuhani yang ditolak mentah.

"Weh,aku suka hang."

"Tapi aku tak suka kau."

"Kenapa hang tak suka aku?"

"Dah aku tak suka kau,nak buat macam mana." Tolak lelaki tersebut. Lebih kurang gitulah,dialog Kak Ummuhani dengan lelaki tersebut.

Macam macam Kak Ummuhani luah dekat Faiz. Dari kisah cintanya yang ditolak mentah sampailah kisah dia menolak mentah dan menyampah dengan customer Chocolate Moist Cake setianya.
Sampai habis sepinggan nasi goreng pattaya.

Aku diam. Tak tahu nak cakap apa. Bukan nak kata aku tak suka/rimas dengan topik cinta Kak Ummuhani, tapi tab aku tertinggal dekat rumah dahla dalam tu banyak pdf yang kalau aku baca sepanjang sesi luahan hati Kak Ummuhani,mesti habis satu buku.

"Kesian gila dekat Kak Ummu. Haha." Jampuk aku. Sambil tepuk bahu Kak Ummuhani.

"Kannnn, kesian gila." Faiz sambung.

"Tu laaa Shud,Faiz. Hangpa bukan tahu perasaan Kak Ummu macam mana. Patah hati tau dak kena tolak mentah. Dah la mula mula dia yang suka Kak Ummu,tiba tiba bila Kak Ummu nak balas,dia dah tak mau.

Babun betul laki centu.

Tapi Kak Ummu dok nampak dia ja. Kak Ummu rela jadi bujang.” Luah Kak Ummuhani dengan loghat Kedah pekat dan dengan nada sedihnya.

Aku dan Faiz hanya mampu gelak kecil tengok Kak Ummu macam patah hati gila. Siapa la berani tolak hotstuff macam Kak Ummuhani.

Dan Faiz Nazim sambung cerita dia dan crushnya.

Katanya,budak 'U' ni jugak.

Alah,aku boleh agak siapa crush Faiz. (Malas nak mention nama)

"Haritu dia ada citer tau pasal laki ni minat dekat dia. Dan laki tu pergi cerita dekat semorang yang dia minat budak ni.

Then,dia terus putuskan hubungan dengan laki tu.

Lepas tu,aku terus jadi takut nak luah yang aku suka dia. Sebab aku pernah cerita dekat Kak Ummu. 

Haha. ” Faiz bercerita tentang crushnya yang dirahsiakan dari aku.

Dalam hati aku “Eleh Faiz,aku pernah dengar dah citer tu dari perempuan tu.”

Malam tu,kami bertiga masing masing ada cerita sendiri.

Kak Ummuhani.

Faiz .


Dan aku.

Bezanya,dengan orang yang berbeza. Kisah berbeza. Cara berbeza.

Tapi masih dalam lingkungan yang sama ; iaitu harapan.

Aku diam,hampir sejam aku dengar cerita diorang berdua. Masing masing duk meluah perasaan cinta tak berbalas.

Kak Ummuhani dengan cinta tiga seginya. Lelaki-tolak-mentah dan customer-setia-kekchocmoist.

"Aku serabut betul dengan laki tu, asyik duk teguq aku. Hang tau dak,Faiz bla bla bla."

Dan Faiz Nazim dengan budak perempuan yang aku dah tahu siapa.

Dan aku,introvert sorang sorang. Belek fon,baca semua conversation lama lama.


************

Nak katanya,macam tulah kalau manusia jadi sandaran kita.
Tak terbalas pun ada.
Kena tolak mentah mentah pun ada.
Telan sorang sorang,takut nak luah pun ada.
Dan,tergantung pun ada.

Alaaahh ayat cliche selalu kita dengar ; cinta pada manusia,manusia akan mati. Cintailah Allah,kerna Dia yang Maha Menghidupkan hati.
Nak kata,kita kena cinta Allah lebih dari apapun. Hidup dalam pengharapan,biar Allah yang balas cinta kita. Berharap,segala amalan diterima. Berharap,Allah nak kasi syurga. Itu je.

Hidup,simple.

Apa apa selain dari tu,biar tuhan handle. Kita follow the flow je.

*************

Sebut tentang harapan,aku cuma nak kata yang berharap pada apapun,biar berpada. Sebab apa? Sebab masa depan tu tak terteka bagaimana.

Boleh jadi,harapan dan cita cita kira hari ni tak kemana pun akhirnya. Tup tup kita yang kena matikan harapan kita sendiri.

Boleh jadi,harapan dan cita cita kita hari ni terputus. Kita jatuh dan takut menyambung harap.
Pokok isi hidup ; move on meski perlu seret hati terima kelat.

Ya ya,harapan/cita cita/impian/mimpi kita hari ni mungkin salah.

Tapi,tak salahkan mencuba?
Setidaknya,kita akan belajar jadi dewasa. 
Setidaknya,kita patuh bahawa tuhan mentakdir segala.
Setidaknya,kita mengerti tidak tertunai harap tidak semesti tuhan tidak mencinta.
Ada sebabnya.
Segala ruang lingkup hidup kita,Allah dah tetap bagaimana.
Rezeki.
Ajal maut.
Dan jodoh kita.
Kita cuma perlu ; hidup macam biasa,follow aturan alam dan jangan melawan.
.
"Serupa apa harapan yang benar?"
"Harapan yang benar dan tulus mustahil wujud kerna kita terkadang didorong nafsu."
.
"Weh Shud,awat hang senyap gila tadi?"
"Tak tahu nak cakap apa,Kak Ummu. Rasa diri ni kecik lagi nak campur hal orang tua."
"Entah Shud." Sambung Faiz.
Dan aku,kembali diam.
Katil dan tab terbayang dalam fikiran !

***********


bila dah aku kata aku tak mahu berpaling ke belakang, harap kamu semua faham. tak rugi laa tak dapat pegang apa yang kita pernah pegang dulu. huh! cuba faham. jangan terus hukum aku. 


No comments:

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014