Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Saturday, January 10, 2015

Cakap ikut mulut nak sebut.

Mesej whatsapp masuk.

"Sher,kenapa susah sangat orang nak faham kita?

Dan orang memang takkan faham kita kan?”

Dekat pat lima kali aku ulang ulang baca. Faham tak faham. Kabur tak terang.

Argh aku mengantuk. (Padehal baru bangun)

Nak masuk kali keenam baru aku dapat tangkap soalan.

"Sebab orang tu bukan kita." Balas aku ringkas.

"Hmmm. Aku dah lama sabar,Sher. Tapi tak pernah ada orang faham aku. Kadang kadang aku jadi makan hati,aku sedih."

"Kau ada masalah apa ni?" Tanya ku,direct. Malas nak bermadah pujangga pagi pagi. Dah sejuk mencengkam tulang dan tulang pinggang belakang sakit balik.

"Aku ada masalah. Kawan hosmet aku takpernah nak faham aku. Ya,mungkin aku banyak salah.
Tapi tolong,tegur tu jangan sampai menghina. Main sebut ’ makayah kau tak ajar eh?’ . Aku jadi kecik hati,Sher. Dah lama aku pendam tapi aku tahan.

Kot ya pun nak tegur,jangan libatkan makayah aku, salah tu salah aku. Bukan salah makayah aku.
Aku sedar,family aku tak hebat macam family dia. Tapi tolong,makayah aku tak pernah salah.
Sekali dua aku okay lagi,Sher. Tapi ni banyak kali. Depan depan orang pulak tu kadang kadang. Aku sedih,Sher.”

Aku tergamam.

Tiba tiba rasa pedih bila dia sebut part ‘makayah’.

"Aku ingatkan spesis terancam gini dah takde, rupanya ada lagi.

'Mahasiswa' sangat.” Bebel aku dalam hati. Geram.

"Sabar la weh nak buat cane."

Rasa loser jawab centu. ‘Sabar sabar’ tu macam tak relevan dah sekarang sebab aku pun tak tahu tahap sabar aku macam mana.

"Tapi macam mana,Sher?"

Aku diam lama, tengah fikir jawapan sesuai. Argh pagi pagi dah kena jadi Dr Muhaya. Tumpuan aku lari sebab aku tengah busy uruskan team sukarelawan Syria. Cari orang,contact orang merayu macam orang gila nak suruh jadi sukarelawan.

Nasib baik budak budak ni baik. Budak laki cam liat sikit ada laki yang tak balas mesej terus. Aku husnuzon ; dia nak jaga hati (Allahuuuu) .

Bukan apa,susah bila buat kerja camni takde laki. Nak angkat barang berat,beli barang bagai. Hirom dah la 8/6 kilogram satu. Baju baju makanan lagi.

Ok stop luahan hati aku.

Mata aku kembali tertumpu pada mesej kawan aku yang malang tadi.

Mesejnya bertambah satu.

"Sher,macam mana kau boleh jadi kuat? Aku tengok kau rilek je. Padehal aku perasan,ramai yang sakitkan hati kau.

Aku nak jadi kuat jugak.”

"Weh sejak bila aku kuat?"

"Hmmmm."

****************

Bila kau tanya aku, “Sher,kenapa kau nampak okay je bila ada orang buat centu dekat kau?”


Aku bukan nak kata aku berjiwa besar tapi memang dari kecik abah aku ajar “kalau orang baling taik,jangan balas taik. Cukup dia sorang jadi bangang duk main dengan taik. Kita jangan nak ikut. Kita balas balik pun,belum tentu kena.”

Abah aku sambung “kalau kita nak jadi matang,kita kena ikut jejak langkah orang matang. Kalau hal hal kecik kita amik peduli,maka dunia kita dunia yang kecik dan sempit.”

Dan ni kata aku.

Hidup terlalu singkat untuk ada perasaan benci. Sebab apa?

Sebab syurga tu toyyib(suci) dan Allah itu toyyib, sudah pasti ahli syurga yang nak masuk pun kena toyyib.

Maka dengan secebis rasa benci dan mati yang boleh jadi bila bila,adakah kita layak digelar toyyib?
Tub ilallah. Tub ilallah. Tub ilallah. 

************


"Sher.

Thanks.”

"No prob."

"Nak jadi macam kau."

"Haha." Jawabku hambar.

Kalaulah kau tahu,betapa sakit menjadi aku mesti kau tak teringin pun bermimpi apatah menjadi.
.
Mesej waksep masuk lagi.

"Salam, Sherrrr. Seronoknya salji.

Mesti bestkan?”

"Tak best.

Anak anak syria aku ramai mati.”

Pray for Syria, Palestin. :'(

No comments:

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014