kelihatan beberapa budak lelaki lingkungan 5 dan 6 tahun sedang bermain bola. dengan riuh suara mereka berteriak sambil ketawa bermain tanpa menghiraukan pengunjung di taman rekreasi itu.
Suri masih
leka dengan lagu yang zul hantar di whatsapp pagi tadi.sambil bersila di atas rumput dan di bawah pokok yang agak rendang.
Hani hanya
memerhati gelagat suri. Bersiap sedia dengan soalan yang akan ditanya pada
suri.
“ jadi, kau
dah lupa dia?”
“dah.” Suri
menjawab tanpa menoleh ke arah Hani.
“kau dah
lupa apa yang dia dah buat dan kata kat kau?”
“tak.” Suri
mula menoleh ke arah Hani. sudah mengagak Hani akan bertanya lagi.
“aku takkan
lupa Hani apa yang dia dah kata kat aku. Terlalu berat kata-kata hinanya pada
aku.” Air mata di mata Hani mula bergenang. Aisyah dah ceritakan kisah malam tu
pada dia. Dia pandang Suri yang hanya memandang
notanya dengan pandangan yang kosong.
“macam mana
zul boleh contact kau balik?” Hani duduk di sebelah Suri.
“dia tetiba
muncul balik, lepas beberapa kali mesej dia aku tak reply. Sebab aku rasa aku
taknak berhubung dengan mana-mana lelaki selain jantan tak guna tu.” Suri mula
senyum bila menyebut nama lelaki itu.
“kau ni
kacau mood aku laa nak dengar lagu Mr.S kasi aku..huhuhu.. dia nyanyi sendiri
ni.” Mengekek Suri ketawa.
“kenapa
panggil dia Mr.S? nama dia kan takde S langsung.” Hani mula buat muka pelik
sambil mengangkat keningnya.
“itu rahsia
kami. Dia lebih kenal aku dari lelaki tu. Hampir 8 tahun aku kenal dia Hani.
Dan aku langsung tak tahu selama 2 tahun dia cari aku. Tak sangka boleh jumpa
di sini.” Suri mula mengemas buku di
atas pehanya. Bersiap untuk pulang barangkali.
“perasaan
pada lelaki tu langsung dah tak ada di hati kau?” Hani masih belum berpuas hati
dengan jawapan Suri.
“ye Hani.
Shukri pesan, move on jika ditinggalkan. Kuat selalu, Allah ada. Aku tahu
lelaki tu tuduh aku dengan salah yang dia sendiri pernah buat. Obvious sangat.
Bila Amy cerita kat aku separuh dari kisah mereka. Dia sendiri ada confess something.. heh! lagipun, dia ada sebab lain jugak. Aku taknak balas apa yang dia buat kat aku. Sebab memang
ada salah aku masa tu.
Aku tak nak
jadi pembengis macam dia.” Suri kenyit mata ke arah Hani sambil tergelak bila Hani buat muka bingung.
“kau dengan
zul sekarang, macam mana?” Hani cuba menduga.
“ tak. Aku
single. Hahaha.! Hey, come on laa.. tak salah hidup single. Aku tewas cari
cinta manusia kali ni sebab aku belum jumpa cinta Ilahi barangkali. Bagi aku
cari cinta Allah, sebab Allah uji aku macam ni pun sebab Dia nak tegu raku, Dia
rindukan aku.." suara Suri mula kendur dan hanya terdengar keluhan selepas itu. Suri memandang kanak-kanak yang bermain di taman permainan yang
disediakan majlis perbandaran di taman itu.
“..dan
dengan Zul, sentiasa akan jadi kawan.” Handphone Suri berbunyi menandakan ada
pesanan masuk.
“Awie minta
kita belikan sayur nanti balik. Jom ikut aku beli kat Tesco..”
Hani
mengangguk.
"siyes ni kau dengan Zul takde pape?"
"haha! takde lah..! aku anggap dia kawan giler2 aku. dan aku tak nak cari pasal dengan anak dato' tu. dan aku dah plan sesuatu untuk life aku." Suri bangun lalu menyapu rumput kering yang terlekat di seluarnya.
"siyes ni kau dengan Zul takde pape?"
"haha! takde lah..! aku anggap dia kawan giler2 aku. dan aku tak nak cari pasal dengan anak dato' tu. dan aku dah plan sesuatu untuk life aku." Suri bangun lalu menyapu rumput kering yang terlekat di seluarnya.
"jam tangan yang kau pakai tu, ape citer plak?"
"jam ni dia bagi hadiah kat aku sebab dia tahu jam aku hilang di surau hari tu. macam mana dia tahu, nanti aaku citer. jom pegi beli sayur dulu!"
Suri
mengikat tali kasut. Sambil menghampiri motor skuter di sebelah buaian yang
kosong. Beg galasnya dipegang Hani. Mereka senyum tanpa kata.
Kisah itu
berakhir petang tu.
Ya.
Kisah itu.
Tali kasut
sudah diikat kemas.
Mula
melangkah perlahan.
..bersambung...
******************************
Kadang,
jangan ditanya kisah yang dia pernah tangis. Sebab kita tak pernah rasa sakit
pedihnya tika itu. Cukup kita faham. Kehidupan baru sudah menjengah hidupnya.
Moga tiada lagi duka selepas ini. berhenti bertanya sesuatu yang kita sendiri akan rasa sakit hati bila tahu. heh!
No comments:
Post a Comment