Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Friday, January 9, 2015

Bintang Hati Suri ( part 1 )

kelihatan beberapa budak lelaki lingkungan 5 dan 6 tahun sedang bermain bola. dengan riuh suara mereka berteriak sambil ketawa bermain tanpa menghiraukan pengunjung di taman rekreasi itu.

Suri masih leka dengan lagu yang zul hantar di whatsapp pagi tadi.sambil bersila di atas rumput dan di bawah pokok yang agak rendang.

Hani hanya memerhati gelagat suri. Bersiap sedia dengan soalan yang akan ditanya pada suri.

“ jadi, kau dah lupa dia?”
“dah.” Suri menjawab tanpa menoleh ke arah Hani.
“kau dah lupa apa yang dia dah buat dan kata kat kau?”
“tak.” Suri mula menoleh ke arah Hani. sudah mengagak Hani akan bertanya lagi.

“aku takkan lupa Hani apa yang dia dah kata kat aku. Terlalu berat kata-kata hinanya pada aku.” Air mata di mata Hani mula bergenang. Aisyah dah ceritakan kisah malam tu pada dia. Dia pandang Suri yang hanya memandang  notanya dengan pandangan yang kosong.

“macam mana zul boleh contact kau balik?” Hani duduk di sebelah Suri.

“dia tetiba muncul balik, lepas beberapa kali mesej dia aku tak reply. Sebab aku rasa aku taknak berhubung dengan mana-mana lelaki selain jantan tak guna tu.” Suri mula senyum bila menyebut nama lelaki itu.

“kau ni kacau mood aku laa nak dengar lagu Mr.S kasi aku..huhuhu.. dia nyanyi sendiri ni.” Mengekek Suri ketawa.

“kenapa panggil dia Mr.S? nama dia kan takde S langsung.” Hani mula buat muka pelik sambil mengangkat keningnya.

“itu rahsia kami. Dia lebih kenal aku dari lelaki tu. Hampir 8 tahun aku kenal dia Hani. Dan aku langsung tak tahu selama 2 tahun dia cari aku. Tak sangka boleh jumpa di  sini.” Suri mula mengemas buku di atas pehanya. Bersiap untuk pulang barangkali.

“perasaan pada lelaki tu langsung dah tak ada di hati kau?” Hani masih belum berpuas hati dengan jawapan Suri.

“ye Hani. Shukri pesan, move on jika ditinggalkan. Kuat selalu, Allah ada. Aku tahu lelaki tu tuduh aku dengan salah yang dia sendiri pernah buat. Obvious sangat. Bila Amy cerita kat aku separuh dari kisah mereka. Dia sendiri ada confess something.. heh! lagipun, dia ada sebab lain jugak.  Aku taknak balas apa yang dia buat kat aku. Sebab memang ada salah aku masa tu.

Aku tak nak jadi pembengis macam dia.” Suri kenyit mata ke arah Hani sambil tergelak bila Hani buat muka bingung.

“kau dengan zul sekarang, macam mana?” Hani cuba menduga.

“ tak. Aku single. Hahaha.! Hey, come on laa.. tak salah hidup single. Aku tewas cari cinta manusia kali ni sebab aku belum jumpa cinta Ilahi barangkali. Bagi aku cari cinta Allah, sebab Allah uji aku macam ni pun sebab Dia nak tegu raku, Dia rindukan aku.." suara Suri mula kendur dan hanya terdengar keluhan selepas itu. Suri memandang kanak-kanak yang bermain di taman permainan yang disediakan majlis perbandaran di taman itu. 



“..dan dengan Zul, sentiasa akan jadi kawan.” Handphone Suri berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

“Awie minta kita belikan sayur nanti balik. Jom ikut aku beli kat Tesco..”

Hani mengangguk.

"siyes ni kau dengan Zul takde pape?"

"haha! takde lah..! aku anggap dia kawan giler2 aku. dan aku tak nak cari pasal dengan anak dato' tu. dan aku dah plan sesuatu untuk life aku." Suri bangun lalu menyapu rumput kering yang terlekat di seluarnya.

"jam tangan yang kau pakai tu, ape citer plak?"

"jam ni dia bagi hadiah kat aku sebab dia tahu jam aku hilang di surau hari tu. macam mana dia tahu, nanti aaku citer. jom pegi beli sayur dulu!" 

Suri mengikat tali kasut. Sambil menghampiri motor skuter di sebelah buaian yang kosong. Beg galasnya dipegang Hani. Mereka senyum tanpa kata.

Kisah itu berakhir petang tu.
Ya.
Kisah itu.
Tali kasut sudah diikat kemas.
Mula melangkah perlahan.


..bersambung...
******************************

Kadang, jangan ditanya kisah yang dia pernah tangis. Sebab kita tak pernah rasa sakit pedihnya tika itu. Cukup kita faham. Kehidupan baru sudah menjengah hidupnya. Moga tiada lagi duka selepas ini. berhenti bertanya sesuatu yang kita sendiri akan rasa sakit hati bila tahu. heh! 




Friday, December 19, 2014

Bahagia itu biar kita sahaja yang rasa.

Assalamualaikum.. masa tengah baca blog kawan-kawan yang baru update.. penulis ada terbaca satu entry ni.. menarik isinya.. dan ianya membuat penulis terfikir, kenang kembali apa yang penulis dah buat sebelum ni..

****************
Hari minggu, mama mengajak semua anaknya balik ke rumah. Reunion. Lapan orang anak. Semua dah besar panjang, dah ada kerjaya, ada keluarga.
Nasib baiklah, sebahagiannya kerja tidak jauh, sekitar ibu kota saja dan sebahagian lagi sejam dua perjalanan saja balik kampung.
Berkumpullah sekeluarga. Makan-makan. Gelak ketawa bersama. Lepas makan, semua duduk di ruang tamu.
Mama ajak semua duduk keliling dia. Mama ambil dua tiga album lama. Buka dan tunjukkan semua gambar pada anak-anak dan cucu-cucu.
Ada yang tergelak tengok gambar lama, ada yang menangis tengok gambar arwah abah. Semua tu kenangan.
Album gambar dulu-dulu lebih mengamit kenangan peribadi kita. 
Album gambar dulu-dulu lebih mengamit kenangan peribadi kita. 
Sambil-sambil belek gambar lama, mama bersuara,
“Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Album gambar macam ni dah lapuk. Ketinggalan zaman. Semua album sekarang dalam henfon, komputer.
Digitalkan semua. Gambar-gambar dulu semua original, tak ada edit-edit. Sekarang, susah nak beza. Kadang-kadang tak cam tu ahli keluarga sendiri.”
Kami senyum saja dengar. Memang zaman dah berubah.
“Mama tengok di internet. Dengan tab yang kamu semua belikan tu. Mama jadi hairan.
Contohnya, orang muda yang baru saja bernikah setahun dua. Ada anak kecil seorang dua. Rata-rata mereka tulis tentang kebahagiaan pernikahan mereka. Sebarkan tentang kebahagiaan mereka.
Malahan, bangga dan kagum. Mama terfikir, usia pernikahan baru menginjak setahun dua, masih terlalu awal untuk simpulkan bahagia. Orang lain pun kahwin juga, perjalanan masih jauh hidup berumahtangga.
Tak diduga pun lagi dengan kepayahan besarkan anak, anak nak sekolah, anak nak masuk universiti, anak sakit kritikal, anak kemalangan, suami buat hal, bergaduh sampai nak bercerai, anak-anak terlibat kes juvana dan macam-macam lagi.
Awal-awal, memang manis. Semuanya sweet. Tapi, ingat. Di setiap kemanisan, adanya ujian.
Setiap kebahagiaan yang bangga ditayang, jangan disangka Allah tidak akan berikan dugaan demi dugaan.”
Kami cuba mencelah,”Tapi, mama, kami cuma nak orang lain pun rasa gembira. Nak ajak orang muda segera berumahtangga..”
Mama senyum.
“Niat tu baik. Tapi bagi mama, bahagia itu biarlah kita saja yang rasa. Macam kita tengah tengok gambar-gambar sekarang ni, yang teruja dan gembira hanyalah kita. Sebab, kita saja yang melalui dan mengerti.
Sedangkan di luar sana, ada macam-macam jenis orang. Ada yang tumpang gembira, ada yang cemburu, ada yang sakit hati, ada yang meluat, ada yang benci.
Kita pun tidak suka bila gambar-gambar kebahagiaan kita jadi buah mulut orang yang benci. Jadi tohmahan dan fitnah. Ingat, ramai yang suka kita, ramai juga yang tak suka kita.”
Kami anggukkan saja. Antara setuju dan tidak.
“Mama cuma nak ingatkan anak-anak dan cucu-cucu. Mama tak larang, sebab ini zaman kamu. Bukan lagi zaman mama.
Misalnya, hari ini kamu canangkan di laman sosial, “Bahagianya cinta lepas nikah” dengan gambar kamu dan isteri terpapar megah.
Kemudian, Allah uji pernikahan kamu tu dengan salah faham dan perkelahian.
Akhirnya, bercerai di usia muda. Masa tu, cuba kamu fikir silapnya di mana? Jangan salahkan takdir. Tapi, kerana kita kadang-kadang terlampau seronok, gembira, kita rasa kita buat tu semuanya betul.
Kita lupa Allah sedang memerhati dan menilai.
Kita lupa di dunia ini, Allah tidak penat menduga.
Kita saja yang sentiasa tersungkur diduga.
Bahagia yang sebenar-benarnya bahagia, hanya di akhirat sana.
Bahagia yang dirasai sekarang, fana dan sementara.
Orang-orang beriman, rasa bahagia diduga.”
Kami senyum, cium tangan dan pipi mama. Walaupun tidak sependapat, kadang-kadang pendapat orang tua perlu difikirkan.
Mereka sudah berada di hujung jalan dengan pelbagai kutipan liku-liku pengalaman. Sedang kita baru nak mulakan perjalanan.
******************
till then, pen off.
wassalam ^^,
klik sini untuk ke website cerita/tazkirah yang best ni.. 

Thursday, December 18, 2014

kemana hala langkah ini..

Di atas perjalanan yang masih belum tentu.
Terkadang terlalu sukar untuk kita melihat jangkaan masa depan.
Perjalanan ibarat diatur atur.
Kaki redha mengikut.
Terkadang ibarat hilang punca dan hadaf hidup.
Rencana semakin ternampak kabur.
"Aku tak tahu apa nak jadi 5 tahun lagi."
Soalan sama saat aku melangkah melihat wajah sendiri.
Apa benar aku akan pulang ke kampung dan berkerja?
Berkereta besar dan rumah mewah?
Atau aku masih sama.
Gadis kampung dan jauh dari bandar. 
Duduk di rumah mak untuk membantunya.
Aku masih sama?
Ah ! 
Aku tak dapat teka kehidupan ini bagaimana.

hidup mula berubah.
Percaturan hidup tidak lagi ku genggam sendiri.
Semua masa hadapan dan matlamat ku biar Tuhan tentukan.
Hingga ke hari ini.
Aku tidak punya cita cita.
Aku tak bermimpi pun inginkan cita cita.
Kerana cita cita akan mengikat aku.
Lalu jadilah aku seperti burung yang terbang bebas ke awan tinggi.
Tapi bila sang petang menyorak,
Ke sangkar dia kembali.
Aku ingin belajar hidup berketentuankan rencana Tuhan.
Bukankah hidup ini suatu perjalanan yang tidak dijangka?
Setiap langkah ke hadapan,
Ada saja hikmah dan ketetapan.
Aku sedang belajar hidup berdua dengan Tuhan.
Kerana ini kisah perjalanan.
Diiringi pilihan Tuhan.
Moga aku bisa kisahkan cerita ini perjalanan
Dalam helaian kertas yang bakal ku ingat sampai bila bila.
Akan ku buku menjadi lembaran.
Untuk ku tatap andai aku sempat tua.
Ini kisah perjalanan.
Betulkan sendi kaki.
Ikat tali kasut.
Mula berjalan perlahan.
— bismillah (dengan nama yang menciptakan cinta dan rasa) .
Berhenti tanya aku.
"Shu cita cita kau apa?"
Dan aku tak punya apa apa.



kerna perjalanan itu
tidak terteka jaraknya
masih berapa

maka teruskan dengan langkah

Allah ada tiada berubah
moga tapak-tapak kecil
menjadi jalan lebar di masa depan.

solanya; tsabat.

aku nak berubah esok

Bila Allah hadiahkan hidayah.
Maka tak ada alasan untuk kita tangguhkan walaupun seminit.


Sebabnya apa? 
Sebab sekali kita bertangguh.
Bermakna ia akan jadi berkali-kali. 
Bila sampai hari esoknya. 
Kita kata tak apalah, esoklah. 
Esok.
Macam contohnya. “Aku nak mula solat esok.” Bila esoknya. “Esoklah aku solat, penat sangat ni.” Dan esok serta esoknya dan esoknya lagi masih beri alasan “ESOK”

Lalu sampai tiba hari dimana ‘esok’nya itu kita didalam kubur. Baru kita menyesal. “Kenapa bukan semalam?” Nak berubah perlu paksa diri

Nak berubah perlu cari hidayah tu sendiri. 
Nak berubah perlu buang benda buruk ketepi

Nawaitu nya hati. 
Jika niat itu nak berubah kerana-Nya. Pasti tidak akan ada sebarang alasan lagi.


#

everything's fine.

Belajarlah untuk kuat.
Sekalipun kau rasa tak mampu hadap—
Belajarlah untuk lepaskan duka.
Sekalipun kau rasa ia seringkali merabakkan di jiwa.
Belajarlah untuk ketawa;
Sekalipun kau rasa dunia tak lagi berikan sebab untuk kau bahagia.
Kau tanya aku—
“Bila akan aku temui bahagia? “
Aku jawab—
Buka hati kau terima apa saja yang menduga;
Lepaskan apa yang tak mampu dicapai tangan,
Dan ajarilah diri kau,
Untuk tetap bertahan.
Dunia tempat berpenat.
Akhirat kau kan berehat.

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014