Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Monday, September 15, 2014

Rasa Yang Rabak

Aku benci pada masa lalu
yang ada memori aku
terpalit nama kau.
Disebabkan masa lalu itu
Aku jadi serik.
Perit.
Terima kasih;
pernah hadir dan pergi
dalam hidup aku.
Telah kau ajarkan aku
—Tentang sesuatu.
Dan;
aku tak perlukan lagi
orang-orang yang macam kau.
Yang datang, minta minta bahgia.
Bila pergi, tinggalkan luka.
Mungkin bila ditanya
Ya, aku lebih mahu hilang ingatan
Dari terus dihantui memori hitam
Biar yang kelam menghilang.
Tapi aku tak mampu.
Seperti;
aku tonyoh pemadam
pada kesan dakwat pena.
Dakwatnya memudar.
Tapi kesannya tetap ada.
Akhirnya;
Kesan pena itu tak juga hilang.
Makin lama aku padam
Kertasnya pula seakan—
ronyok.
terkoyak.
Sepertimana hati aku.
Yang kian rabak.
end. click HERE (:


agak-agak kau faham tak?


Ada antara kita yang suka menghakimi apa yang dia nampak. Apa yang dibelakang segala yang terzahir dia biar tak dihirau.
Siapa tahu kalau orang tu
Bergelut dengan masalah keluarga
Punya hutang yang belenggu hidup dia
Hidup dengan manusia yang suka menyakit hati
Baru kehilangan orang yang dia sayang
You name it,
Tak semua orang cerita tentang hidup dia
Tak semua benda perlu dicerita pada orang
Tapi semua orang boleh faham, boleh tahu yang kita tak patut nak suka hati kata orang macam-macam
Bukan nak disuruh pakai kasut orang lain
Tak, tak perlu
Cuma faham, CUKUP.
Sebab hakikatnya semua orang punya kasut sendiri— masalah sendiri
Tak perlu nak dicuba muat ketat masuk kasut orang lain
Tak perlu merasa sakit hidup orang lain
Setiap orang ada perit sendiri yang mahu ditanggung
Sebab Tuhan tak pernah berat sebelah
Cumanya ujian yang Dia beri lain-lain
Cukup, faham...

Thursday, June 19, 2014

Keikhlasan Yang Hampir Mustahil

assalamualaikum readers,

“Keikhlasan yang hampir mustahil.

Apabila Tuhan menyeru umat manusia supaya ikhlas, aku dah tahu bahawa ikhlas adalah satu kata kerja yang bukan calang-calang senang.

Logiknya; perkara senang tak payah disuruh. Ianya akan berlaku sendiri by nature. Tapi betapa manusia itu berjuang dari satu bab ke satu bab, termasuk lah bab ikhlas dalam mengerjakan serba-serbi perbuatannya di dunia ini.



Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang bagi hadiah kat kita balik? Berapa ramai antara kita bagi hadiah tanpa harap orang tu akan sayang kita macam yang kita mahu? Berapa ramai orang menolong tapi tak harap orang yang ditolong itu manipulasi kehidupan dia tanpa mengikut cara yang kita jangka? Berapa ramai yang acah-acah buat orang gembira tanpa harap orang yang sama menggembirakan kita balik? Berapa ramai isteri berbakti dengan harapan suami tak berpoligami?

Ada. Tapi hampir mustahil ada.

Kadang-kadang mulut tak menyebut, tapi hati bercakap sorang-sorang. Betapa susahnya kau nak berada dalam landasan ikhlas tu, sampai kadang-kadang tergelincir sikit, kita akan senyap-senyap mengharap balasan dari manusia. Apabila perkara yang diharapkan tak menjadi, kita akan senyap-senyap rasa macam pertolongan kita tak berbaloi.

Pernah satu ketika dulu, waktu aku ditimpa susah, aku minta bantuan kepada manusia. Manusia yang satu waktu dulu yang sangat aku percaya, tapi sering menghampakan aku. Kadang-kadang bila dah tolong, pertolongan disebut-sebut, dan ganti diminta-minta.

Bukan sekali dua aku jumpa situasi awalnya “let me help you” dah di akhiri dengan “You ingat I hamba you ke?”

Sampai satu waktu yang lain, aku ditimpa susah, dan aku merintih dengan Allah, tak lama lepas tu, pertolongan itu datang dalam situasi yang buat aku meremang-remang sendiri. Aku bukan ujub, tapi aku nak cerita dan nak orang percaya bahawa tuhan bekerja mengikut style-Nya yang misteri dan tersendiri. So apa-apa hal, minta kat Dia dulu. Dia dulu.

Dan;

peristiwa itu menjadi titik paling penting dalam hidup aku, yang menyedarkan aku bahawa betapa membazirnya hidup seorang manusia (kita semua) apabila usianya dihabiskan dengan mengharap simpati raih dari manusia lain yang rata-rata nilai keikhlasannya yang hampir mustahil.


Hampir mustahil.



till then, pen off.
wassalam.

Thursday, June 12, 2014

Please..

salam wbt readers,

Kita tak suka atau mungkin terluka apabila ada orang mengingatkan kita tentang kenangan pahit, tentang mimpi yang hancur, atau harapan yang berlalu dibawa angina. Kita tak pernah suka orang mengingatkan kita tentang masa silam yang pedih. Melainkan kita sendiri yang bercakap tentangnya..
Hormati perasaan orang lain.



Macam mane? Mudah je.. jangan bercakap tentang perkara yang dia tak suka atau mungkin yang akan buat dia terkenang hal yang melukakannya.. contoh mudah ; jangan bercakap atau sebut tentang nama seseorang yang pernah buat dia terluka, yang sudah dimiliki orang lain.
Anda suka ke, kalau perkara yang menyakitkan anda, tiba-tiba ada orang sebut? Meski tujuannya hanya nak bergurau.
Tak. Anda tak suka.
Bukan semua benda boleh jadi gurauan. Dan tak semestinya orang tu cakap hal-hal peribadi dia pada anda, anda boleh sdwenang-wenangnya menyebut hal itu diahadapannya.

Tapi nak buat macam mana. Bukan semua orang faham apa yang kita rasa. Bukan semua orang faham yang kita tak suka orang sebut tentang perkara yang menyakitkan kita pada kita.

Mengapa susah nak hormat dan jaga perasaan orang lain ya? Mengapa perlu nak bangkitkan hal-hal yang buat kita sedih? Mengapa ya?

Sebab itu, ada petikan sebuah novel:
“ kerana itu lebih baik sepi tanpa komunikasi, untuk apa kata-kata kalau ianya hanya menyakitkan. Kata-kata akan mengembalikan ingatan dan ingatan menambah pedih.”

Tolonglah. Tolong jaga kata-kata kita kepada orang lain. Fikir dulu benda yang kita nak cakap ,adakah akan buat dia gembira atau sedih. Fikir, kenapa kita nak ungkit memori pedih dia. Sedang dia tak pernah buat macam tu pada kita. Fikir juga, bukan semua benda boleh di bawa gurau. Fikir juga, bukan semua benda yang kita kongsi, boleh semudah itu diperkatakan. Tak, ia tak semudah itu.

Betullah pepatah yang mengatakan:

“orang yang banyak tahu pasal diri kamu, akan lebih kuasa melukakan kamu..”

Benar. Maka seeloknya diamkan aje. Kalau dia ungkit hal tu kembali, senyum je dan ubah topic. Walau dalam hati, adakalanya kita rasa hendak campak dia dalam lubang gunung berapi, biar dia hancur lebur tak boleh pulih, dan tak berkubur.
Tapi apalah pilihan yang kita ada selain senyum dan berpura-pura tak Nampak dia menyebut nama seseorang yang kita cintai sudah mencintai orang lain.

take note




Mohon anda bercakap dihadapan cermin hal-hal yang menjengkelkan. Anda tak suka apa yang anda cakap pada diri sendiri? Maka, jangan bercakap begitu pada orang lain..


#sederhanaindah

till then, pen off.

wassalam..

Friday, May 23, 2014

dan aku rindu abah...

salam wbt..

Tiap kali usai solat, pasti aku akan menjenguk tempat solat abah.. kitab Al-Quran yang abah selalu baca usai solatnya.. Sejadah yang selalu abah guna.. aku melangkah perlahan.. mengambil naskhah al-quran abah..

aku buka helaian pertama.. perlahan-lahan.. aku baca.. dan aku sebak..

kenapa sebak...? sebab masih terngiang-ngiang suara abah ketika mana hayatnya.. abah baca al_
-Quran.. Allahu..

minggu lepas, apabila aku singgah di rumah seorang sahabat, mulut aku laju memanggil ayahnya dengan panggilan "abah".. bukan "Pak Cik"..

maaf.. aku rindu.. sungguh aku rindu pada seorang insan yang bergelar ABAH..


moga Allah tempatkan abah dikalangan yang beriman dan beramal soleh.. ameen...

wassalam

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014