Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Thursday, June 12, 2014

Please..

salam wbt readers,

Kita tak suka atau mungkin terluka apabila ada orang mengingatkan kita tentang kenangan pahit, tentang mimpi yang hancur, atau harapan yang berlalu dibawa angina. Kita tak pernah suka orang mengingatkan kita tentang masa silam yang pedih. Melainkan kita sendiri yang bercakap tentangnya..
Hormati perasaan orang lain.



Macam mane? Mudah je.. jangan bercakap tentang perkara yang dia tak suka atau mungkin yang akan buat dia terkenang hal yang melukakannya.. contoh mudah ; jangan bercakap atau sebut tentang nama seseorang yang pernah buat dia terluka, yang sudah dimiliki orang lain.
Anda suka ke, kalau perkara yang menyakitkan anda, tiba-tiba ada orang sebut? Meski tujuannya hanya nak bergurau.
Tak. Anda tak suka.
Bukan semua benda boleh jadi gurauan. Dan tak semestinya orang tu cakap hal-hal peribadi dia pada anda, anda boleh sdwenang-wenangnya menyebut hal itu diahadapannya.

Tapi nak buat macam mana. Bukan semua orang faham apa yang kita rasa. Bukan semua orang faham yang kita tak suka orang sebut tentang perkara yang menyakitkan kita pada kita.

Mengapa susah nak hormat dan jaga perasaan orang lain ya? Mengapa perlu nak bangkitkan hal-hal yang buat kita sedih? Mengapa ya?

Sebab itu, ada petikan sebuah novel:
“ kerana itu lebih baik sepi tanpa komunikasi, untuk apa kata-kata kalau ianya hanya menyakitkan. Kata-kata akan mengembalikan ingatan dan ingatan menambah pedih.”

Tolonglah. Tolong jaga kata-kata kita kepada orang lain. Fikir dulu benda yang kita nak cakap ,adakah akan buat dia gembira atau sedih. Fikir, kenapa kita nak ungkit memori pedih dia. Sedang dia tak pernah buat macam tu pada kita. Fikir juga, bukan semua benda boleh di bawa gurau. Fikir juga, bukan semua benda yang kita kongsi, boleh semudah itu diperkatakan. Tak, ia tak semudah itu.

Betullah pepatah yang mengatakan:

“orang yang banyak tahu pasal diri kamu, akan lebih kuasa melukakan kamu..”

Benar. Maka seeloknya diamkan aje. Kalau dia ungkit hal tu kembali, senyum je dan ubah topic. Walau dalam hati, adakalanya kita rasa hendak campak dia dalam lubang gunung berapi, biar dia hancur lebur tak boleh pulih, dan tak berkubur.
Tapi apalah pilihan yang kita ada selain senyum dan berpura-pura tak Nampak dia menyebut nama seseorang yang kita cintai sudah mencintai orang lain.

take note




Mohon anda bercakap dihadapan cermin hal-hal yang menjengkelkan. Anda tak suka apa yang anda cakap pada diri sendiri? Maka, jangan bercakap begitu pada orang lain..


#sederhanaindah

till then, pen off.

wassalam..

No comments:

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014