Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Tuesday, December 31, 2013

Siapa Jodoh Aku?

salam wbt.. 

ada satu permintaan dari seorang sahabat.. dimintanya buat satu entry pasal jodoh..
err.. penulis tak berapa arif pasal ni..

macam yang kita semua tahu.. 

"JODOH ITU RAHSIA ALLAH"






tapi penulis ada jumpa satu entry ni.. semoga bermanfaat

***************************

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." 

"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

******************************




** i got this from my naughty friend here .


p.s: BERSERAH .. ALLAH ada perancangan-Nya.. Doa.. selagi ada doa.. insyaAllah adanya harapan.. Allah lah sebaik-baik Perancang... 

Monday, December 30, 2013

salam semua!

salam wbt..

dah lama tak update blog ni...

sem 7, di usim.. semester terakhir duduk belajar di kerusi dalam kuliah.. semestinya, penulis akan rindukan saat-saat ini.. bertungkus lumus siapkan projek ilmiah @ tesis.. Allah.. betul2 mencabar..
ditambah dengan macam2 yang berlaku dalam tempoh nak selesaikan pengajian semester ini..

Alhamdulillah.. syukur pada-Mu.. untuk semua nikmat, ujian ...
andai dengan ujian ini, boleh mendekatkan aku dengan-Mu..
ujilah aku... manisnya kesabaran.. sabar itu indah bagi yang mengerti..

"SABAR ITU INDAH BAGI YANG MENGERTI"

penulis suka kata-kata ini.. indahnya sabar itu.. 

sebenarnya penulis takde modal nak update pasal apa.. cuma datang mood nak buat satu entry.. tapi takpelah... 

lainkali insyaAllah..






Tuesday, November 19, 2013

abah.. 4

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan


Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana aku kan, 

kerna aku kan akhirnya sendiri.

saya sayang abah :')

Monday, November 18, 2013

abah...( 3 )

Abah.. :’(
Bukanlah nak meratap pemergian abah.. Cuma saat dan tika ini.. Saya sangat sangat rindukan abah..
Ya Allah.. Tempatkan abah di kalangan orang orang yang beriman..
Abah.  Tenanglah di sana…
Saya rindu abah..


Tuesday, October 1, 2013

abah..

                      Setiap hari yang aku lalui kini terlalu sepi dan sunyi...aku rindu pada gelak tawa dan tangisan yang sentiasa menemani hari2 yang aku lalui..
dan hidup ini semakin sunyi bila setiap kali aku tatap wajah itu pasti setiap kenangan manis yang aku lalui datang bertandang lantas mengamit hati kecil ini untuk terus teruja melayan rasa rindu dan memori silam yang aku lalui bersama....
Allah menguji ketabahan dan kesabaran kami..namun aku redha...DIA LEBIH DISAYANGI OLEH PENCIPTANYA....
abah...gelak tawa mak melalui hari2 yang kami lalui tanpa mu disisi sebenarnya mahu melindungi duka dan sedih kerana rasa rindu yang tidak tertanggung rasanya kepadamu abah..namun mak mahu berlagak setenang dan setabah yang mungkin depan anak2 semua yang menyayangi mu dan mengasihimu agar mereka juga tidak merasa betapa sakit dan seksanya menanggung rindu kepada mu...
abah..biar masa berlalu..namun tidak sedikit pun rasa rindu dan kasih kami akan berkurangan terhadapmu....walau apa pun terjadi anak2 abah akan selalu mendoakan abah di sana.. tenanglah abah.. saya sayang abah..



salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014