Scrolling my old stuffs in my phone. Found a lot of self confessions,regrets and shits. Shame on me.
Tapi begitulah hidup kita kan? Kita akan matang dan dewasa hanya dengan pengalaman,kesakitan dan ujian. Sakit tetap sakit. Ditinggalkan tetap ditinggalkan. Tapi,hidup tetap kena jalan.
Sampai bila,persoalannya?
Jawapannya ; sampai bila bila. Ya,sampai bila bila.
Kadang kadang,kita fikir kitalah manusia paling bermasalah dalam dunia. Duit takcukup nak bayar yuran,kekasih lari,housemate benci,classmate macam gampang,lecterurs kejam. Tapi ingatkah,them all will die? We all will die?
Nothing last forever,termasuk masalah kita.
Senyumlah,meski kita berjalan hari ini dengan seret seret kaki. Luka tapak berkali kali. Kerana hari ini,kita masih punya Tuhan untuk menguji. Tidakkah kita yakin,ujian bakal menguatkan dan mendekatkan?
Dan hal paling indah bila kita diuji adalah ; kita mengerti tuhan sebenarnya ingin kita lebih kuat juga lebih matang. Tidak kira dalam hal apa sekalipun.
Dalam dunia ni sebenarnya cuma ada dua watak ; kita dan tuhan. Itu sahaja.
Maka siapa mereka mereka? Mereka mereka cumalah pelakon tambahan yang membentuk kita,termasuklah ibu bapa kita.
Usahlah bersedih,dunia ini tiada apa apa perlu disedihkan sebenarnya. Melainkan cerita cerita hindustan lakonan Kajol dan Shah Rukh Khan,itu memang benar sedih. Juga dosa dosa kita yang tiada sempat diampunkan,maka itu bertambah sadis dan sedih.
I throw back my old note,supaya korang tahu betapa aku pernah sakit hati dan rasa ingin bunuh diri hanya kerana cinta aku yang terlalu dalam kepada makhluk bergelar manusia.
Aku sangat noob tentang cinta hinggalah aku berjumpa dia. Tapi tidak mengapalah,tuhan mengatur jauh lebih baik dari rancangan kita hari ini.
Moga dia sedang bahagia dengan apa sahaja perkara dilakukan. Kerana aku tidak pernah mengharap apa apa lagi.
Kalau kau mati,jangan lupa jemput aku disini. Bisa aku tahu alamat kubur mu dimana nanti.
No comments:
Post a Comment