nak tanya sth boleh? Knp skrg aku perasan dekat fb kau,kau jarang dh nk post benda benda dakwah tarbiyyah mcm dulu. Knp kau simpan benda2 tu dkt tumblr kau je? Knp tk kongsi dkt fb?
#################
Terima kasih,anon sebab kau perasan apa yang aku tak perasan.
Satu benda yang kau kena tahu,fesbuk dan tumblr/blog adalah dua benda yang sangat jauh berbeza. Dua dunia yang tak sama.
Dekat fesbuk,kau salah cakap sikit,kau akan dihentam,diprovoke dan dihukum. Tapi disini tak. Orang disini baik baik,dan disini semua orang adalah sama.
Iaitu ; orang orang yang ingin lari dari satu dimensi dunia lain.
..
Aku jarang sangat nak buat ayat ayat bunga dakwah dekat facebook.
Sebab rata rata orang di sana begitu. Suka benda benda begitu.
Dan ramai orang di sana,lebih suka kepada hal hal provokasi yang boleh bawa kepada pergaduhan dan kebencian. Entah,aku tak tahu dan tak mengerti. Sampai satu tahap,aku rasa kehadiran aku untuk org org disana,tidak perlu ada aku.
Mereka sudah cukup ilmiah.
Mereka sudah cukup intelektual.
Mereka sudah cukup tarbiyyah.
Mereka sudah pandai.
Jadi cuba kau bayang andai tulisan aku disini,ditayang tayang?
Maka tulisan aku akan dianggap temeh dan picisan.
..
Jadi aku disini,agar aku bisa jadi diri sendiri.
Dan aku cuma kulit disana. Bukan siapa siapa. Melainkan,aku cuma seorang guru disekolah.
Itu sahaja.
Tapi disini,aku mungkin sahabat,kawan,teman dan kecintaan kalian.
#kisahdarisyurga #missindescribable
No comments:
Post a Comment