

Lagu dari kumpulan Hijjaz yang bertajuk DILEMA ini sering kali membuatku terfikir, adakah aku tergolong dalam golongan ini? Ya ALLAH, lindungilah aku dari menjadi golongan seperti ini. Kadangkala, keadaan dunia ketika ini amat menakutkan apabila difikirkan kerana terlalu banyak maksiat yang semakin berleluasa. Pembuangan anak sering menghiasi surat khabar manakala zina pula semakin bercambah. Hidup di akhir zaman ini membuatkanku terfikir, adakah aku sudah cukup menjaga akhlak sebagai wanita? Adakah aku sudah cukup memelihara maruahku daripada dicemari walaupun sebesar zarah? Sebagai seorang wanita sudah tentu aku sering memikirkannnya. Dalam hati ini sudah tentu aku ingin menjadi wanita solehah dan berbakti kepada suami sepertimana mulianya Khadijah RA isteri Junjungan yang mulia Rasulullah SAW. aku juga ingin menjadi seperti Puteri Baginda SAW iaitu Fatimah Az-Zahra RA. Perkenankan lah ya ALLAH.
Alangkah indahnya dunia ini jika wanita menjaga maruahnya. Zaman yang penuh cabaran ini menjadikan manusia semakin leka dibuai arus kemodenan dan agama pula diketepikan. Wahai saudara ku yg bernama wanita, ingatlah bahawa di neraka wanitalah yang paling ramai menjadi penghuninya. Ingatlah bahawa amat mudah sekali untuk wanita ke syurga..pilihlah jalan yang benar, jalan yang lurus supaya kita mampu memilih jalan yang membawa kita kepada keredhaan ALLAH SWT. semoga ALLAH memelihara kita dari azab-Nya dan menjadikan kita wanita solehah, muslimah sejati. Amin...
No comments:
Post a Comment