*****************************************************************************

Istana Alhambra terletak di bukit La Sabica, Granada, Spanyol. Ia sekaligus menjadi bukti sejarah kejayaan Islam di Spanyol (dulu Andalusia). Nama Alhambra berasal dari bahasa Arab, hamra’ , bentuk jamak dari ahmar yang bererti “merah”. Dinamakan Istana Alhambra –yang bererti Istana Merah kerana bangunan ini banyak dihiasi ubin-ubin dan bata-bata berwarna merah, serta penghias dinding yang agak kemerah-merahan dengan ‘ceramic’ yang bercirikan seni-seni biaan Islam yang hebat, di samping marmar yang putih dan indah.

Thariq bin Ziyad memimpin sekitar 12,000 pasukan ke Gibraltar pada Mei 711 M. Ia memasuki Sepanyol selat di antara Morocco (Maghribi) dan Sepanyol yang kemudian diberi nama sesuai dengan namanya, Jabal Thariq.
Pasukan Islam Berjaya mengalahkan pasukan Kristian di daerah Muara Sungai Barbatepada 19 Juli 711 M, dan terus menguasai kota-kota penting –Toledo, Kordoba, Malaga, dan Granada, hingga akhirnya Spanyol berada di bawah kekuasaan Khilafah Bani Umayyah.
Hampir berabad lamanya Islam berkuasa di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai kota pemerintahan. Selain Istana Alhambra, satu lagi monumen penting kejayaan Islam di Sepanyol adalah Masjid Cordoba yang kini malangnya menjadi Gereja Santa Maria de la Sede atau “Virgin of Assumption”.
Istana Alhambra didirikan oleh pengasas Kerajaan Bani Ahmar, Muhammad bin Al-Ahmar (dalam Khilafah Bani Umayyah). Pembangunan Istana Alhambra dilakukan secara bertahap, antara tahun 1238 dan 1358 M. Istana ini dilengkapi taman juga bunga-bunga indah nan harum. Terdapat juga Hausyus Sibb (Taman Singa) yang dikelilingi oleh 128 tiang yang diperbuat daripada marmar yang indah.
Di taman ini pula terdapat kolam air pancut yang dihiasi dengan 12 patung singa yang berbaris melingkar. Di dalamnya terdapat pelbagai ruangan yang indah : Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), ruangan pengadilan, serta Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar yang dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab.

Apabila Raja Ferdinand V berkahwin dengan Ratu Isabella, kerajaan Kristian dapat disatukan dan mengambil langkah awal dengan menawan Andalusia. Hasil daripada perebutan takhta dan kelemahan institusi politik di Andalusia, menyebabkan kerjaan islam yang terakhir ketika itu, dipimpin oleh Sultan Muhammad XII Abu Abdillah An-Nashriyyah jatuh ke tangan kerajaan kristian dengan mudahnya.
Pada pertengahan 1491, Raja Ferdinand V mengepung Granada selama tujuh bulan. Dia berhasil menguasai kota Malaga –kota pelabuhan terkuat di Andalusia, lalu Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria. Basis kerajaan Bani Ahmar, Granada, pun akhirnya tunduk, pada 2 Januari 1492 M/2 Rabiul Awwal 898 H. Kejayaan menawan Andalusia ini, melayakkan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella mendapat gelaran sebagai “Catholic Monarch” atau “Los Reyes Catolicos” atau Raja Katolik.Hal ini menyebabkan rakyat Islam di Andalusia hanya mempunyai 2 pilihan iaitu memeluk agama kristian, atau keluar dari Andalusia.

Ibnu_shafie ; 9.05 pm (16 mei 2010)
p/s- masih banyak lagi info yang x dapat ana masukkan disini kerana kebimbangan lari daripada sejarah yang sebenar. Moga sesiapa yang mempunyai info-info selanjutnya dapat dikongsi bersama =)
No comments:
Post a Comment