Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Friday, June 22, 2012

let bygones be bygones

" The Past :

it is history .

make the present good 
and the past will take care of itself "

## I often find myself thinking about mistakes I've made or things I could have done differently in the past. And one I get to thinking, I always end up feeling the same way : CRAPPY . we all need to learn to just let the past go and live in the present... 

mood : done with last paper today! happy holidayz to ollz BQA4! 
and all al-Quds members ( QS pure ) :))


Wednesday, June 6, 2012

Buatmu Muslimah

assalamulaikum.. tadi ana terbaca satu entry yang agak menarik dari blog seorang student Usim..klik sini ^_^ agak menarik isi nya. istimewa untuk muslimah.. untuk ana jugak.. semoga  dapat memberi manfaat kepada sahabat2 ana yang lain.. terutamanya ana.. insyallah..

         **************************  *********************** *****************




Saya teringat sebuah buku kecil yang saya baca ketika sekolah rendah. Cukup menarik. Terjemahan dari sebuah kitab kecil berjudul 'Ya Binti' (Wahai Puteriku)  tulisan Syeikh Ali Tanthawi. Entah mengapa, sehari dua ini saya kembali menyelak helaian buku kecil ini. Suasana hari ini seakan bertepatan dengan apa yang dinukilkan oleh Syeikh.

Inilah kelebihan tulisan ulama' yang ikhlas dalam berdakwah. Saya kongsikan beberapa petikan dari kitab kecil ini. Moga- moga kita bersama mendapat manfaatnya.




"Pintu pemulihan (cara mencegah maksiat) ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.


Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.


Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.


Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki mengingingkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat dan apabila mencintaimu hanya sebagai teman akrab." Bohong, bohong, bohong, demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu..."



************   **********  ************** *********** *************** ************

p/s : menarik bukan? semoga dapat memberi manfaat especially dekat kaum muslimah.. 
biarlah dari luaran kita nampak tegas.. tapi dalaman kita lembut dan bersopan... janganlah kita berlembut dengan lelaki yang masih belum tentu jodoh kita.. perancangan Allah lah yang terbaik.. semoga istiqomah  dalam berbuat kebaikan..  asslamulaikum...



#kepada sahabat2 ana di Usim especially QS pure.. semoga najah dalam final exam nanti.. 
doakan kejayaan bersama.. salam imtihan.. :)




Friday, March 9, 2012

siapa kata TAK BOLEH??


assalamualaikum wbt. Seboleh-bolehnya , ana cuba luangkan masa khas untuk blog ana yg telah "dilahirkan" pada tahun 2010 nih. masih kekal hingga kini, alhamdulillah. Ana tak pernah rasa pun nak delete account blog ni. Tiada sebab pun nak delete. Ana sayangkan blog ni walaupun rupanya tak lawa macam blog-blog orang lain. Simple sangat-sangat dimata ana. Dan oleh kerana ana amat sayangkan blog ana nih, dari semalam ana cuba untuk membuat perubahan ke atas blog ni baik dari segi template, susunan warna mahupun pengisian. Namun Allah swt menguji ana. Ana diuji...huhu. Ana lupa banyak perkara mengenai blog ni dan bila ana memuji dan teringatkan-Nya, barulah ada jalannya. Ana leka. Alhamdulillah. Tapi, masih belum cukup "maju" untuk ana ubah keseluruhannya. Tak mengapalah, insyaAllah...mungkin dilain masa, ada kesempatan, ana akan cuba lagi untuk ubah apa yg patut. Post kali ni sebagai renungan buat diri ana sendiri dan buat kawan-kawan. Jom  kita sama-sama fikirkan ye. Jangan nak fikirkan tentang menu "ayam atau daging" saja. Hehe...



Aku nak pakai baju sendat & seluar ketat! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai baju nampak pusat & seluar pendek! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai seksi! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai tudung! - boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai stoking! boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak tutup aurat aku nih! boleh je kalau tak nak tutup pun.. siapa kata tak boleh?
Pendek kata, semua boleh. Orang gila je yg kata tak boleh. TAPI.. semua itu dibolehkan apabila kamu berada didalam rumah disamping mahram kamu saja. Selain drpnya TAK BOLEH! ingatlah wahai wanita yg beriman, relakanlah dirimu di"bungkus" & ditutup rapi drp dilihat oleh orang yg tak berhak ke atasmu. Kalau semua yg ada pada kamu itu dah kamu pertontonkan pada umum, apa yg ada untuk dirimu & untuk suamimu nanti? sama-samalah kita fikirkan ye. Selamat menjaga & menutup aurat! moga-moga beroleh keberkatan, keredhaan & pahala drp Allah swt. InsyaAllah!


Haaaaaa...itulah serba sedikit bingkisan dari hati ana ni. Sebenarnya ana nak post kata-kata tu kat Facebook ana. Tapi terlintas pula untuk post dekat blog jep.. Apa-apa pun, sama-sama kita selami apa yg kurang dalam hidup seharian kita ni dan cubalah ubah apa yg patut. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri juga. Siapa yg untung? ^_^ hehehhehe~


hihihihihih~~






Tuesday, February 21, 2012

... ^_^ ...



Aku melihat DUNIA hari ini,
orang-orang ISLAM
 ibarat di genggam belenggu orang-orang kafir..
AKHIRAT mereka luput,
DUNIA pun tercicir..
budaya JAHIL tidak diambil peduli,
melampau-lampau dalam HIBURAN..
khayalan keterlaluan.
 Luas..luas membanjir..
teruk, tak tertaksir orang-orang yang karam..
BARUS, SINGKEL, PASAI, RANIR, BAGHDAD, CARDOBA, ANDALUS hilang..
hilang ditelan zaman..
kita LUPA semua jawapan persoalan kehidupan,
yang mahir di hafal..
MAMPUkah kita nak jawab di depan MUNKAR dan NAKIR nanti?

Setengah-setengah orang kata,
 SEJARAH ini ibarat pentas bermain wayang.
.cerita-cerita lampau dihurai,
 dipanjang-panjangkan..
bila tamat diulang, dan diulang..ulang kembali..
itulah SEJARAH..
kalau begitu takkanlah mustahil untuk giliran ISLAM pula mendatang..
tamadun kita yang lama dahulu..
yang INDAH GEMILANG hidup semula,
kembali segar bugar terbentang di dunia yang luas..

puisi nukilan ;
 Syed Naquib AL-Attas  ....

Monday, February 6, 2012

nilai maruah seoRang wAnita

"Lihatlah panorama dunia, wanita bagaikan hilang rasa malunya, maruah yg menjadi maharnya, tergadai sia bagai tiada berharga...di mnkah budinya...dimanakah akhlaknya..." 
     Lagu dari kumpulan Hijjaz yang bertajuk DILEMA ini sering kali membuatku terfikir, adakah aku tergolong dalam golongan ini? Ya ALLAH, lindungilah aku dari menjadi golongan seperti ini. Kadangkala, keadaan dunia ketika ini amat menakutkan apabila difikirkan kerana terlalu banyak maksiat yang semakin berleluasa. Pembuangan anak sering menghiasi surat khabar manakala zina pula semakin bercambah. Hidup di akhir zaman ini membuatkanku terfikir, adakah aku sudah cukup menjaga akhlak sebagai wanita? Adakah aku sudah cukup memelihara maruahku daripada dicemari walaupun sebesar zarah? Sebagai seorang wanita sudah tentu aku sering memikirkannnya. Dalam hati ini sudah tentu aku ingin menjadi wanita solehah dan berbakti kepada suami sepertimana mulianya Khadijah RA isteri Junjungan yang mulia Rasulullah SAW. aku  juga ingin menjadi seperti Puteri Baginda SAW iaitu Fatimah Az-Zahra RA. Perkenankan lah ya ALLAH. 
     Alangkah indahnya dunia ini jika wanita menjaga maruahnya. Zaman yang penuh cabaran ini menjadikan manusia semakin leka dibuai arus kemodenan dan agama pula diketepikan. Wahai saudara ku yg bernama wanita, ingatlah bahawa di neraka wanitalah yang paling ramai menjadi penghuninya. Ingatlah bahawa amat mudah sekali untuk wanita ke syurga..pilihlah jalan yang benar, jalan yang lurus supaya kita mampu memilih jalan yang membawa kita kepada keredhaan ALLAH SWT. semoga ALLAH memelihara kita dari azab-Nya dan menjadikan kita wanita solehah, muslimah sejati. Amin...

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014