Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Saturday, October 20, 2012

penantian...?


assalamualaikum.. lama x jenguk blog ni.. baru sempat nak update.. penantian..

****    ****    ****    ****

" dan bila kita mendefinisikan menunggu itu sebagai tanda Redha,
maka bukankah detik menunggu itu perlu dilalui dengan rasa senang hati?
dengan rasa percaya dan redha sepenuh hati?
Bukankah penantian itu perlu diisi dengan perkara -perkara yang memberi nilai tambah pada diri?

mengapa kita berkata ; " sanggup menunggu dan menanti ",
tapi kita bahkan merosakkan diri?
dengan air mata, dengan duka dan lara?
mengabaikan diri dan melukai hati sendiri?

bukankah bila kita kata,
 kita siap dan redha,
maknanya, apa pun akhirnya penantian itu,
kita masih akan berlapang dada?

tapi, mengapa penantian kita,
hanya merosakkan diri,
memusnahkan harapan,
dan menghancurkan masa hadapan?

adakah kerana kita sebenarnya memang tak ikhlas?
kita menanti,
sambil memaksa ia menjadi mengikut apa yang kita kehendaki..? "

Monday, September 3, 2012

Awak sudi jadi isteri kedua saya?





"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang
memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya..."

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.

Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?



Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan
tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.



Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah
tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan!!" jawab Fikri.



SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU!

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRIMU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!

BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA, KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA!

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN, SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN
LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU!

BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN!!!


Friday, June 22, 2012

let bygones be bygones

" The Past :

it is history .

make the present good 
and the past will take care of itself "

## I often find myself thinking about mistakes I've made or things I could have done differently in the past. And one I get to thinking, I always end up feeling the same way : CRAPPY . we all need to learn to just let the past go and live in the present... 

mood : done with last paper today! happy holidayz to ollz BQA4! 
and all al-Quds members ( QS pure ) :))


Wednesday, June 6, 2012

Buatmu Muslimah

assalamulaikum.. tadi ana terbaca satu entry yang agak menarik dari blog seorang student Usim..klik sini ^_^ agak menarik isi nya. istimewa untuk muslimah.. untuk ana jugak.. semoga  dapat memberi manfaat kepada sahabat2 ana yang lain.. terutamanya ana.. insyallah..

         **************************  *********************** *****************




Saya teringat sebuah buku kecil yang saya baca ketika sekolah rendah. Cukup menarik. Terjemahan dari sebuah kitab kecil berjudul 'Ya Binti' (Wahai Puteriku)  tulisan Syeikh Ali Tanthawi. Entah mengapa, sehari dua ini saya kembali menyelak helaian buku kecil ini. Suasana hari ini seakan bertepatan dengan apa yang dinukilkan oleh Syeikh.

Inilah kelebihan tulisan ulama' yang ikhlas dalam berdakwah. Saya kongsikan beberapa petikan dari kitab kecil ini. Moga- moga kita bersama mendapat manfaatnya.




"Pintu pemulihan (cara mencegah maksiat) ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.


Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.


Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.


Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki mengingingkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki mengkehendaki yang paling berharga darimu iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu sebagai sahabat dan apabila mencintaimu hanya sebagai teman akrab." Bohong, bohong, bohong, demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Wahai puteriku,
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu..."



************   **********  ************** *********** *************** ************

p/s : menarik bukan? semoga dapat memberi manfaat especially dekat kaum muslimah.. 
biarlah dari luaran kita nampak tegas.. tapi dalaman kita lembut dan bersopan... janganlah kita berlembut dengan lelaki yang masih belum tentu jodoh kita.. perancangan Allah lah yang terbaik.. semoga istiqomah  dalam berbuat kebaikan..  asslamulaikum...



#kepada sahabat2 ana di Usim especially QS pure.. semoga najah dalam final exam nanti.. 
doakan kejayaan bersama.. salam imtihan.. :)




Friday, March 9, 2012

siapa kata TAK BOLEH??


assalamualaikum wbt. Seboleh-bolehnya , ana cuba luangkan masa khas untuk blog ana yg telah "dilahirkan" pada tahun 2010 nih. masih kekal hingga kini, alhamdulillah. Ana tak pernah rasa pun nak delete account blog ni. Tiada sebab pun nak delete. Ana sayangkan blog ni walaupun rupanya tak lawa macam blog-blog orang lain. Simple sangat-sangat dimata ana. Dan oleh kerana ana amat sayangkan blog ana nih, dari semalam ana cuba untuk membuat perubahan ke atas blog ni baik dari segi template, susunan warna mahupun pengisian. Namun Allah swt menguji ana. Ana diuji...huhu. Ana lupa banyak perkara mengenai blog ni dan bila ana memuji dan teringatkan-Nya, barulah ada jalannya. Ana leka. Alhamdulillah. Tapi, masih belum cukup "maju" untuk ana ubah keseluruhannya. Tak mengapalah, insyaAllah...mungkin dilain masa, ada kesempatan, ana akan cuba lagi untuk ubah apa yg patut. Post kali ni sebagai renungan buat diri ana sendiri dan buat kawan-kawan. Jom  kita sama-sama fikirkan ye. Jangan nak fikirkan tentang menu "ayam atau daging" saja. Hehe...



Aku nak pakai baju sendat & seluar ketat! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai baju nampak pusat & seluar pendek! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku nak pakai seksi! - boleh pakai mcm tu.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai tudung! - boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak pakai stoking! boleh je kalau tak nak pakai pun.. siapa kata tak boleh?
Aku tak nak tutup aurat aku nih! boleh je kalau tak nak tutup pun.. siapa kata tak boleh?
Pendek kata, semua boleh. Orang gila je yg kata tak boleh. TAPI.. semua itu dibolehkan apabila kamu berada didalam rumah disamping mahram kamu saja. Selain drpnya TAK BOLEH! ingatlah wahai wanita yg beriman, relakanlah dirimu di"bungkus" & ditutup rapi drp dilihat oleh orang yg tak berhak ke atasmu. Kalau semua yg ada pada kamu itu dah kamu pertontonkan pada umum, apa yg ada untuk dirimu & untuk suamimu nanti? sama-samalah kita fikirkan ye. Selamat menjaga & menutup aurat! moga-moga beroleh keberkatan, keredhaan & pahala drp Allah swt. InsyaAllah!


Haaaaaa...itulah serba sedikit bingkisan dari hati ana ni. Sebenarnya ana nak post kata-kata tu kat Facebook ana. Tapi terlintas pula untuk post dekat blog jep.. Apa-apa pun, sama-sama kita selami apa yg kurang dalam hidup seharian kita ni dan cubalah ubah apa yg patut. Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk diri sendiri juga. Siapa yg untung? ^_^ hehehhehe~


hihihihihih~~






salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014