so entry yang ni aku nak cite pasal Misi LM yang aku kena pegi selama 5 hari di Sitiawan Perak. apa itu LM? LM tu aku yang sengaja buat short form nye. Leftenan Muda. memandangkan sekolah tempat aku kerja ni banyak buat aktiviti krs jadi guru-guru yang terlibat perlu lah ada kemahiran sekurang-kurangnya tahu asas kawad, based, ikatan, jahitan, bacaan bearing and etc.
yelah, dah kita nak ajar budak2, kita selaku mentor kena tahu dan mahir. actually tahun lepas memang aku ada ikut latihan tiap petang dengan leftenan di sekolah. ianya wajib untuk guru2 baru. kawad, based, ikatan, ikatan. then tak sangka tahun ni di arah pergi ke kursus kenaikan pangkat leftenan muda selama 5 hari.
seramai 5 orang dia arah pergi. ( cuti sekolah beb time tu! mau x nangis aku...nak balik kampung plish!)
2 minggu sebelum berangkat ke sana, kesihatan aku merosot. demam, selsema dan batuk.
seminggu sebelum berangkat ke sana aku cuba gagahkan diri aku nak ke sana. sebab ada 2 orang terpaksa tarik diri. sorang siap masuk wad sebab demam, lagi sorang sebab demam jugak. dalam 2 minggu tu memang aku tak skip ubat. apa yang doktor pesan, aku ikut. memang banyak sangat minum air masak. untuk energy. hampir2 aku nak jumpa pk-ko nak tarik diri.hahaha....
petang2 aku akan buat latihan kawad dan based dengan anak-anak murid aku. seramai 32 orang pelajar dari 10 seksyen terpilih untuk ke kursus sarjan. hehehe... so, aku banyak belajar dengan diorang petang2. balik pukul 6 petang, iitu dah biasa..hohoho....
dalam minggu tu jugak memang tak cukup kaki tangan rasa nak settlekan tugasan dan kerja, yela... dah aku mc banyak kali. banyak kerja tertangguh. aku terpaksa stay lewat malam siapkan kerja2 yang berlambak. huhuhu.. life orang dah bekerja barangkali. tak penat ke? harusla penat.... tapi dengan kerja tu lah aku dapat lupakan sekejap rasa sakit hati dan sedih aku dengan manusia2 toxic.
dan hari terakhir, aku balik awal sikit ptang tu. malamnya aku pergi beli makanan dan minuman selama 5 hari aku kat sana. heheh.. memang last minute preparation, tapi siyes, memang aku tak sempat nak kedai beli barang-barang tu semua.
sebelum balik, aku singgah pharmacy, beli ubat nyamuk yang repellent,lepas tu yang tampal tu..ehhehe..takut nyamuk hoiii... hahaa... and aku beli spray untuk cramp kaki, in case la kann.....( and seriously, ianya memang berguna )
balik tu aku terus packing barang. pukul 1 pagi baru siap. bukan double check tapi lebih 4 kali aku check list barang2 yang aku perlu bawak.
seluar kawad 2 pasang
seluar based 2 pasang
seluar slack 2 pasang
baju t-shirt merah krs 5 psg
baju n0.3 satu set ( kain,tudung,baju,kasut, lanyard, beret, lencana )
tudung hijau 4 pasang
hitam 1 pasang ( actually, sape yang kenal aku, aku kurang gemar pakai tudung hitam )
kasut sukan 2
selipar
and banyak lagi
banyak hoiiii~~ perempuan kannnn.....
tu x masuk yang makanan lagi. so makanan aku beli makanan segera dari syarikat BRAHIM's FOOD. aku terus ke kilang dia je. beli kat sana. dah kilang nya ada kat bangi. siap kena sound dengan pak guard, masuk ke sana x tulis nama kat pondok jaga. haahaha.. mane laa aku tahu..huhuhuhu....tapi pakcik tu baik...minta maaf dengan dia, yela, dah kita yang salah kan,
pagi tu masuk kerja, mengajar dan pukul 2.30 petang kami bertolak ke destinasi dengan bas. dalam bas tu aku x cakap banyak sangat, aku terus tidur sebab banyak malam aku tak cukup tidur. dalam pukul 9.45 malam kami sampai di chalet @ tempat perkhemahan. tempatnya agak luas.
dipendekkan citer, lepas kawad pembukaan semua peserta, kami diagihkan tempat mengikut kursus masing-masing. dan pada hari tu jugak, my fone di kuarantin selama 5 hari. hahaha.. 5 hari beb tanpa fone.
hari ketiga kami bermalam di sebuah pulau, dalam pukul 6 petang macam tu group aku naik bot ke sana. dalam 15-20 minit kami sampai. buat unggun api besar-besar, dan kami makan, solat dan tidur. tidur beralaskan sleeping bag. letak belerang siap-siap. untuk elakkan lipan dan sebagainya masuk ke tempat tidur kami. cerita sedihnya, my earring tercabut sebelah.jatuh dan hilang.
pagi esok tu kami gerak mengikut kumpulan. berpandukan peta dan kompas yang dibekalkan kami perlu mencari batu yang ditanda. kemudian cari tempat untuk naik bot dan balik ke tempat perkhemahan.
SESAT.
bersambung....
team kami.tiap dari kami sekolah lain-lain.kawan baruuuu |
No comments:
Post a Comment