Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Tuesday, April 7, 2020

Misi LM ( Part 2 )

......

SESAT.

ya,kami sesat.hahahaha... dalam sesat tu jumpa 2 team guru lelaki yg senasib. sesat jugak di tengah-tengah pulau.hahahaha... penat yang amat. dalam 2jam berjalan,akhirnya kami jumpa jalan yang benar. hahahaha..alhamdulillah. team muallim bagi team kami naik bot dulu. syukur.. sampai-sampai tepi khemah semua pakat rebah, letih. baring je atas rumput. allah..nikmatnya.. dengan angin pantainya...

lupa nak cite, hari pertama dan kedua kami banyak latihan KAWAD. waaa...lenguh sangat berkawad. kurang suka but aku suka part latihan based dan tali temali.

dan tak lupa juga berkayak.ohoooo....~~

sebelum berkayak, kami di beri tugasan mengikat tong besar dalam 4 biji macam tu dengan kayu dan tali.kemudian angkat dan naik 1 team untuk menguji ketahanan ikatan kami.kukuh atau tidak.and ofkos laa.. sampai tengah pantai, sorang2 jatuh dalam air. hahahaha... lawak.

hari terakhir tiba, dalam tengahari dah packing barang siap2 sebab lepas ditauliahkan,kami akan terus bergerak pulang.

alhamdulillah, semua berjalan lancar.sangat lega..

jadi sebelum balik PK KOKU sekolah belanja aku laksa best kat sana.yep.memang sedap.haha...

dengan kak tikah. 2 dayang senandung



yeah, 5 hari kursus, berat turun hoi~~ warna kulit pun berubah.muahaha 

itu sahaja,lama sangat aku peram entry ni. 3 tahun duk dibahagian draft entry. alhamdulillah settle.

masa ni tak zabar nak balik kg, sebab nak ambik bumblebee....

MY BUMBLEBEE

okay bye.

misi LM ( part 1 )

assalamualaikum readers!

 so entry yang ni aku nak cite pasal Misi LM yang aku kena pegi selama 5 hari di Sitiawan Perak. apa itu LM? LM tu aku yang sengaja buat short form nye. Leftenan Muda. memandangkan sekolah tempat aku kerja ni banyak buat aktiviti krs jadi guru-guru yang terlibat perlu lah ada kemahiran sekurang-kurangnya tahu asas kawad, based, ikatan, jahitan, bacaan bearing and etc.

yelah, dah kita nak ajar budak2, kita selaku mentor kena tahu dan mahir. actually tahun lepas memang aku ada ikut latihan tiap petang dengan leftenan di sekolah. ianya wajib untuk guru2 baru. kawad, based, ikatan, ikatan. then tak sangka tahun ni di arah pergi ke kursus kenaikan pangkat leftenan muda selama 5 hari.

seramai 5 orang dia arah pergi. ( cuti sekolah beb time tu! mau x nangis aku...nak balik kampung plish!)

2 minggu sebelum berangkat ke sana, kesihatan aku merosot. demam, selsema dan batuk.

seminggu sebelum berangkat ke sana aku cuba gagahkan diri aku nak ke sana. sebab ada 2 orang terpaksa tarik diri. sorang siap masuk wad sebab demam, lagi sorang sebab demam jugak. dalam 2 minggu tu memang aku tak skip ubat. apa yang doktor pesan, aku ikut. memang banyak sangat minum air masak. untuk energy. hampir2 aku nak jumpa pk-ko nak tarik diri.hahaha....



petang2 aku akan buat latihan kawad dan based dengan anak-anak murid aku. seramai 32 orang pelajar dari 10 seksyen terpilih untuk ke kursus sarjan. hehehe... so, aku banyak belajar dengan diorang petang2. balik pukul 6 petang, iitu dah biasa..hohoho....

dalam minggu tu jugak memang tak cukup kaki tangan rasa nak settlekan tugasan dan kerja, yela... dah aku mc banyak kali. banyak kerja tertangguh. aku terpaksa stay lewat malam siapkan kerja2 yang berlambak. huhuhu.. life orang dah bekerja barangkali. tak penat ke? harusla penat.... tapi dengan kerja tu lah aku dapat lupakan sekejap rasa sakit hati dan sedih aku dengan manusia2 toxic.

dan hari terakhir, aku balik awal sikit ptang tu. malamnya aku pergi beli makanan dan minuman selama 5 hari aku kat sana. heheh.. memang last minute preparation, tapi siyes, memang aku tak sempat nak kedai beli barang-barang tu semua.

sebelum balik, aku singgah pharmacy, beli ubat nyamuk yang repellent,lepas tu yang tampal tu..ehhehe..takut nyamuk hoiii... hahaa... and aku beli spray untuk cramp kaki, in case la kann.....( and seriously, ianya memang berguna )

balik tu aku terus packing barang. pukul 1 pagi baru siap.  bukan double check tapi lebih 4 kali aku check list barang2 yang aku perlu bawak.

seluar kawad 2 pasang
seluar based 2 pasang
seluar slack 2 pasang
baju t-shirt merah krs 5 psg
baju n0.3 satu set ( kain,tudung,baju,kasut, lanyard, beret, lencana )
tudung hijau 4 pasang
hitam 1 pasang ( actually, sape yang kenal aku, aku kurang gemar pakai tudung hitam )
kasut sukan 2
selipar
and banyak lagi

banyak hoiiii~~ perempuan kannnn.....

tu x masuk yang makanan lagi. so makanan aku beli makanan segera dari syarikat BRAHIM's FOOD. aku terus ke kilang dia je. beli kat sana. dah kilang nya ada kat bangi. siap kena sound dengan pak guard, masuk ke sana x tulis nama kat pondok jaga. haahaha.. mane laa aku tahu..huhuhuhu....tapi pakcik tu baik...minta maaf dengan dia, yela, dah kita yang salah kan,


pagi tu masuk kerja, mengajar dan pukul 2.30 petang kami bertolak ke destinasi dengan bas. dalam bas tu aku x cakap banyak sangat, aku terus tidur sebab banyak malam aku tak cukup tidur. dalam pukul 9.45 malam kami sampai di chalet @ tempat perkhemahan. tempatnya agak luas.

dipendekkan citer, lepas kawad pembukaan semua peserta, kami diagihkan tempat mengikut kursus masing-masing. dan pada hari tu jugak, my fone di kuarantin selama 5 hari. hahaha.. 5 hari beb tanpa fone.

hari ketiga kami bermalam di sebuah pulau, dalam pukul 6 petang macam tu group aku naik bot ke sana. dalam 15-20 minit kami sampai. buat unggun api besar-besar, dan kami makan, solat dan tidur. tidur beralaskan sleeping bag. letak belerang siap-siap. untuk elakkan lipan dan sebagainya masuk ke tempat tidur kami. cerita sedihnya, my earring tercabut sebelah.jatuh dan hilang.

pagi esok tu kami gerak mengikut kumpulan. berpandukan peta dan kompas yang dibekalkan kami perlu mencari batu yang ditanda. kemudian cari tempat untuk naik bot dan balik ke tempat perkhemahan.

SESAT.

bersambung....

team kami.tiap dari kami sekolah lain-lain.kawan baruuuu




my life 360˚

assalamualaikum and hi!

april 2019 adalah bulan terakhir bekerja di al-amin setelah 4 tahun lebih bekerja di sana.

setahun perkahwinan kami ber'PJJ' . its not easy guys. hehe...

masa kami sangat terhad, tambahan suami tentera dan kerap operasi. 2,3 bulan kadang 4 bulan operasi. jadi selama itulah kami tak jumpa. dan tempat kerja sama-sama jauh.

at last kami decide, aku berhenti kerja dan tinggal bersama dia di kuarters tentera. dia habis operasi di sebuah pulau di sabah dalam hampir 4 bulan macam tu, dia datang ke bangi dan aku berhenti kerja.

angkut semua barang-barang dengan 2 buah kereta. dia MPV dan aku kete bumblebee aku..hehe

jadi bermula lah kehidupan aku dari seorang guru kepada full housewife. pada awalnya its okay, lama-lama jiwa meronta. hahahaha

sebab aku dah terbiasa dengan kesibukan kerja, tambah-tambah bekerja dalam sektor swasta yang banyak tugasan. end up goyang kaki di rumah. hahahaha..

teramat rindu dengan kerja-kerja di al-amin, rakan-rakan sekerja, anak-anak murid, suasana nya dan semuanya lah.

moga Allah buka pintu rezeki pekerjaan utuk aku di perak pulak.. aaminnn

duk rumah makan cakelat jer



Hi Love!

assalamualaikum and hi,

aku mula dengan entry tentang permulaan hidup berdua. cewah!

alhamdulillah selamat diijab kabulkan dengan pilihan sendiri dengan restu keluarga pada 18 Jun 2018.


kali pertama jumpa dia masa Form 3. masa tu kami sama-sama mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan bahasa arab. aku mewakili sekolah di kawasan kuala krai, manakala dia gua musang.

kebetulan pada masa itu, abang aku mengajar di sekolah dia di gua musang dan ditugaskan menghantar peserta ke tempat pertandingan di bukit sireh, kuala krai.

lepas pertandingan, abang aku bawa dia ke rumah, jalan-jalan. tapi masa tu aku buat tak tahu je sebab no point untuk kenal dia. btw, dia mendapat tempat Naib Johan dan aku tempat Ke-tiga.

tamat disitu.

kemudian kami jumpa semula di USIM, kebetulan kami 1 course. but still, hanya kenalan biasa. tapi kami kenal la jugak, hanya sekadar kenalan 1 course. sampai lah hari konvokesyen, abang aku jumpa balik dengan dia dan kami bergambar sekali.

dia + abang aku + aku

gambar tu dah takde sebab external hard disk yang ada gambar kami dah hilang. tak dapat dikesan.. sayang jugak sebab external hard disk itu adalah hadiah dari abang aku. ianya hilang sekitar tahun 2015 @ 2016, masa aku dah keje di al-amin bangi.

**************************

sekitar tahun 2017, tiba-tiba entah macam mana kami contact balik. melalui FB, bertanya khabar dan kerjaya masing-masing. masa dia msg aku, dia tengah operasi.ups!hehe

dan dari situ kami selalu berwhatsapp.. hujung tahun 2017 dia mula nak lebih serius. dan aku mula ceritakan mengenai dia kepada family aku. sungguh mudah sebabnya abang aku suka. eh~ pasal itu bekas anak murid dia dan dia dah kenal macam mana bakal suami aku. ohoooo~~

bincang-bincang, family dia datang ke rumah dan seterusnya... seterusnya....hahaha

hah gittew je la kisahnya...

cantikkan aturan Allah, kadang aku tertanya siapalah pasangan aku ni, rupanya Allah dah hantar masa aku Form 3 lagi tapi itu bukan masa yang sesuai untuk kahwin. tut tut, eh dah kawin dengan dia.. hahahaha

tq guys datang.geng spm 2008



majlis belah lelaki.neves jalan bawah pedang. 

anak-anak sdare dan family abang long

make up by kak zie. kali pertama pakai mekap tebal cenggini


baru lepas akad nikah.

tq my family.

haa..itula serba sedikit, moga Allah jaga dan rahmati perkahwinan kami.

bye~


welcome Back

salam and hi,

lama tak menjengah ke blog. sambil tunggu husband balik dari meeting. meneroka blog lama. sangat memori kan.

mencari idea dan cerita untuk kisah baru.


till then,
pen off.

-snsun-
01:26 am

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014