Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!

Followers

Friday, October 17, 2014

MY JOURNEY ( Part 2 )


assalamualaikum wbt..  bila baca entry lama.. rupanya MY JOURNEY penulis ni tak complete lagi.. baru part 1.. My JOURNEY ni kisah penulis an sahabat penghujung sem 7. sebelum masing-masing berpisah pergi ke tempat Latihan Industri ( Praktikal ). so, nak sambung lah.. hehehe...


****************

Kisah journey penulis ini hanyalah pengalaman yang penulis lalui di hujung2 pengajian ijazah penulis bersama sahabat2 penulis di usim.. persinggahan penulis di  rumah sahabat2 penulis..
Destinasi kami yang seterusnya ialah rumah Fariza, Kami bergerak dari rumah ( nilai ) lebih kurang dalam pukul 12 tengahari.. sebelum bertolak.. penulis dan sahabat  berhenti makan tengahari di KEDAI MAMA.. acasia…

Semua makan nasi kukus.. ( ni pun nak bagitaw.. haha)

Then kami bertolak …

Sejam 45 minit, kami sampai kat rumah sahabat penulis ( rumah fariza ) .. semua pakat letih.. sebab sehari sebelum bertolak kami terpaksa kemas semua barang2 yang nak dihantar ke Kelantan.. so, kawan2 yg lain bantu and turut sama penat..

Lepas solat asar, penulis dan sahabat bersiap-siap nak pegi mancing ni.. naik bot.. ayah fariza yang bawakan.. sampai kat medan ( tempat naik bot ) tersengih2 la kami semua macam kerang.. excited nak naik bot.. mak fariza ikut sekali pergi dengan kitorang tapi tak nak naik bot.. takut jatuh dalam air katanya…

Bot ada dua.. penulis naik bot yang di pandu oleh ayah fariza ( pakcik jamani ) and sorang sahabat penulis aisyah dan cucu pakcik jamani namanya adam ( 4tahun kalau tak silap ). Bot satu lagi fariza, adawiyah and afifah naik, kawan ayah fariza yang bawakk.. so, pusing2 la kami kat tengah2 sungai tu.. ( ADA BUAYA ) so, x  boleh suka2 hulur tangan nak main ye..
Masa tengah pusing2 tu, penulis sempat snap beberapa gambar.. semestinya gambar awan.. sebab penulis suka tengok awan.. kenapa? Rahsia… - shuhada, pencinta awan..

Then kami berhenti dekat jeti kawasan bot2 private.. milik orang2 kaya yang ada bangle besar tepi-tepi sungai ni.. besar.. semua besar2.. hohoho..

Dunia.. takde apa yang perlu di cemburui..

Lebih kurang sejam lebih duk main2 kat tepi jeti tu.. kami naik bot balik and pulang ke medan..

Sampai medan, kami makan cempedak goreng dengan cekodok.. sedap! Alhamdulillah.. rezeki..

Hampir pukul 7 petang.. kami pulang…

Malam..

Usai solat isyak, fariza bawa penulis dan sahabat-sahabat ke JUSCO Bukit Tinggi.. kebetulan hujan lebat malam tu.. so, suasana agak menggoda mata penulis berat nak buka.. ehhehe.. pegi sana just  jalan2 and snap gambar je pun.. huhuhu.. takde keje…


fariza. Driver yang fokus. ( ahh.. tu poyo )

aisyah, adawiyah, afifah.

yang ni x perlu cakap. hahahaha...

maka, perjalanan kami bermula..


sebelum pegi rumah fariza, singgah bandar banting kejap. shopping kain tudung.. kain tudung labuh kat sini murah taw.. macam-macam kaler ade.. hanyut kejap penulis time ni,.. sempat sambar 5 pasang tudung.. maka bermulalah kerja menjahit masa kat rumah.. hehehe..

ni ayah fariza.. pakcik jamani.. orang jawa..

cantik tak? hehe... snap sambil goyang2..


kalau dah penulis yang takde maknanya penulis la photographer nyee




masa ni dah nak hujan. thanks Aisyah sebab amikkan gambar candid penulis.. hehee

pastu kitorang makan cekodok panas.. nyum nyum nyum...sedap sambal jawa..
Kami pulang ke nilai selepas zohor.. bersiap-siap nak pergi ke Johor ( rumah Aisyah pulakkk… )

Kami tak terus bergerak ke Johor di sebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan..

Sesampai kami kat rumah sewa di Nilai, tiba-tiba…………………..


( bersambung… )


jumpa plak kat MY JOURNEY PART 3 yee....!

No comments:

salam semua!

tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..

with them.

with them.
sweet moment, Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. January 2014