di suatu tahap kehidupan terasa menyeronokkan.. tetapi di tahap mencari kefahaman , ana mula bertanya, apakah kegiatan itu hanya mengisi masa lapang atau mempunyai maksud yang jauh lebih murni......
Allah is imprinted in my heart. I cannot forget Him, nor has He ever forgotten me. Sometimes, I become negligent of His blessings and mercy, but never will He change, for He is Allah the greatest and most-merciful. Having Allah in my heart and tongue is the greatest pleasure of this life. It is the only love, guidance, and presence that never leaves me. Allah is the only one who listens to me and answers me. He always answers my prayer in the best way. He is never too quick to judge us, but always quick in rewarding us. I love you Allah. Please make me firm in your path!
Followers
Sunday, December 25, 2011
Friday, November 11, 2011
♫♥ 5 Pesanan Untuk DIRI ♫♥
1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau
TUMPANG SEKAKI
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk kau
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau
MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau
TUMPANG SEKAKI
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk kau
Wednesday, October 12, 2011
Alasan untuk Berdosa...
Ya. Menarik bukan? Manusia hendak melakukan sesuatu, pasti akan memberikan sebab dan alasannya. maka apabila kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT, pastinya kita memberikan pelbagai alasan bukan?
“Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana”
“Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni”
“Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini”
Itulah dia antara alasan yang sering didengari.
Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut orang lain. Tetapi kita mendengarnya daripada hati kita sendiri.
Ya. Kita memberikan alasan, untuk membenarkan kita melakukan dosa, keingkaran kepada Allah SWT.
Kita tunjukkan pada ketidak mampuan kita, kita katakan ia adalah punca godaan yang datang, malah adakalanya kita meletakkan perkara ini atas takdir Allah dan menyatakan ini semua susunan-Nya. Inilah alasan-alasan kita. Alasan untuk berdosa.
Benarkah ia satu alasan yang melepaskan kita dari azab seksa-Nya?
Kita yang memilih untuk lemah
Dalam mengharungi kehidupan, sememangnya manusia akan bertemu dengan cabaran dan dugaan. Halangan demi halangan akan wujud untuk menguji insan. Ujian ini adalah untuk melihat dari kalangan manusia ini, yang manakah yang terbaik amalannya, yang manakah yang layak menerima rahmat Allah dan memasuki syurga-Nya.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
” Surah Al-Mulk ayat 2.
Maka sudah menjadi lumrah bahawa dalam kehidupan ada ujian. Justeru apakah alasan tidak mampu?
Hakikatnya, semua manusia mampu melepasi ujian yang Allah sediakan. Allah SWT telah berjanji bahawa, setiap ujian yang ditimpakan ke atas diri manusia itu, berada dalam lingkungan kemampuannya.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah ayat 286.
Jadi, bagaimanakah boleh tidak mampu?
Jawapannya adalah, kita yang memilih untuk lemah. Kita yang memilih untuk tidak mengharungi cabaran dengan bersungguh-sungguh. Kita memilih untuk tidak berusaha hingga ke akhirnya. Kita memilih untuk tunduk dan menerima kegagalan, lantas redha dengan kemaksiatan yang kita lakukan.
Perhatikan betul-betul di dalam jiwa kita.
Benarkah kita tidak mampu?
Atau kita yang memilih untuk tunduk kepada kerosakan?
Takdir Allah lah yang silap?
Menuding kepada Allah dan menyalahkan-Nya atas dosa-dosa yang kita lakukan adalah satu jenayah yang besar. Itu tandanya keimanan di dalam jiwa sudah terkoyak dan rosak.
“Kenapa Allah benarkan aku buat dosa?”
Kita akan bertanya-tanya.
Tetapi siapa yang memilih untuk melakukan dosa?
Siapa yang bergerak untuk melakukan dosa?
Siapakah?
Kita.
Ketahuilah di dalam kehidupan ini, Allah berikan manusia satu perkara yang besar bernama IKHTIAR, pilihan, untuk manusia memilih sendiri antara yang buruk atau yang baik. Maka terletak di tangan kita untuk bergerak ke arah mana. Dan setiap arah yang kita ambil, kita perlu sedar, ada konsikuensinya.
“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”
Surah Al-Baqarah ayat 256.
Di zaman Umar Al-Khattab RA, ada seorang lelaki mencuri. Bila ditanya mengapa dia mencuri, lelaki itu menjawab: “Aku mencari kerana, Allah telah mentakdirkan aku mencuri”
Saidina Umar menyuruh lelaki itu dipotong tangannya, dan disebat 40 kali.
Sahabat-sahabat terkejut dengan hukuman itu. “Wahai Umar, hukum untuk mencuri hanyalah potong tangan. Mengapa ditambah dengan 40 sebatan?”
“Potong tangan untuk mencuri, dan 40 sebatan adalah untuk tuduhannya ke atas Allah SWT”
Ini adalah dalil yang jelas bahawa, kesalahan kita adalah tanggungjawab kita sendiri.
Lelaki itu, boleh sahaja memilih untuk tidak mencuri. Allah memberikannya ikhtiar. Tetapi dia memilih untuk ingkar kepada Allah SWT dan melakukan kejahatan dengan sengaja.
Dan siapa yang mengetahui takdir Allah? Tiada siapa mengetahui. Justeru, bagaimana alasan bahawa:
“Allah dah takdirkan aku macam gini, jadi orang jahat” itu boleh dipakai?
Pengajaran pembunuh 100 orang
Saya suka dengan kisah pembunuh 100 orang. Dia telah membunuh 99 orang. Kemudian dia hendak bertaubat. Lihatlah. Dia telah membunuh 99 orang. Tidak pula dia menyalahkan Allah SWT atas tindakannya membunuh 99 orang itu.
Bahkan, dia bergerak pula hendak bertaubat kepada Allah SWT. Lihat usahanya itu. Lihat kehendaknya itu.
Sampai kepada seorang alim, alim itu berkata bahawa, orang sepertinya tiada harapan.
Oleh kerana marah, dia membunuh pula orang itu, mencukupkan pembunuhannya kepada 100.
Tetapi selepas itu, dia mencari lagi jalan untuk bertaubat. Lihat. Walaupun seorang alim menyatakan kepadanya bahawa dia telah tiada harapan, dia tetap berusaha.
Lihatlah kepada dia ini. Adakah dia berkata: “Memang Allah dah takdirkan aku begini”???
Akhirnya, dia bertemu dengan seorang lagi alim. Dan orang alim itu berkata bahawa lelaki itu perlu meninggalkan suasana yang tidak membina.
Maka ditunjukkan satu perkampungan yang boleh memberikannya suasana untuk bertaubat. Maka bergeraklah lelaki itu.
Tetapi di tengah perjalanan, dia meninggal dunia. Meninggal dunia tanpa sempat bertaubat.
Tetapi dalam keadaan sedang berusaha untuk bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kisah ini boleh didapati dalam Sohih Muslim dalam bab Taubat.(Jom Baca Buku, tambah ilmu)
Lihatlah bagaimana Allah membalas usahanya. Dia tidak sempat pun bertaubat. Tetapi dia tidak berputus asa untuk menebus dosanya.
Dia tidak berputus asa mencari jalan keluar.
Dia berusaha dan berusaha tanpa menuding jari kepada itu dan ini.
Dia tidak pula memberikan alasan bahawa takdir tidak menyebelahinya dan dirinya sudah ketagih, tidak berkemampuan dan sebagainya.
Tetapi dia berusaha. Dia menggagahkan dirinya. Dia berusaha merapat kepada Allah SWT.
Dia tidak memilih untuk lemah.
Dia tidak memilih untuk semakin jauh daripada Allah.
Lihatlah dia.
Pandanglah kepada diri.
Diri itu yang perlu diperbaiki.
Pokoknya, ketidak mampuan kita bukan alasan. Allah juga tidak pernah bersalah dalam hal ini. Tetapi diri sendirilah yang perlu dipersalahkan.
Mengapa memilih jalan sedemikian?
Mengapa tidak berusaha sehingga habis hayat?
Mengapa tidak bergerak mendekati Allah dengan sepenuh kekuatan?
Soalan-soalan ini perlu dilontarkan kepada dalam diri saya. Perhatikan diri kita. Yang bersalah hakikatnya adalah kita. Kita yang memilih jalan kefasadan.
Dan siapa kata kita tidak boleh keluar? Allah kah kata? Adakah kita mengetahui?
Hakikatnya, kita yang memilih untuk terus kekal dalam kerosakan. Justeru, siapa yang memilih untuk keluar?
Tuesday, October 11, 2011
pesan roh kepada Manusia...
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar !!!
copy from : FACEBOOK
p/s : AL-FAtihah buat ayahanda rakan skelas saya yang meninggal baru2 ini.ayah kepada mohd nur aZrul dan adik Fairul Nizam.. takziah buat kalian.. doakan yang terbaik utk arwah...
mendekati untuk mencintai...
“Ya Allah, perbaikilah segala keadaanku.”
Terkadang disaat merenungkan segala kehidupan yang telah saya lalui selama 20 tahun ini, banyak sekali saya temui cerita-cerita kehidupan,. Manusia adalah seorang hamba yang banyak melakukan kekhilafan, ketika diminta kembali kepada-Nya untuk melakukan ketaatan, kita terus lari dari-Nya dengan melakukan kemaksiatan. Lari dari Allah dengan perbuatan-perbuatan jahat, melanggar perintah-Nya, keinginan yang menyimpang dan dengan niat yang salah. Banyak orang mengaku dirinya seorang muslim tetapi lalai dalam solat, mensia-siakan puasa, mengeluh akan kurniaan Allah, dan hawa nafsu telah membuat kita berani pada-Nya. Berpaling dari Allah dan terlena dengan indahnya dunia, terbuai dengannya, sibuk memikirkannya serta lupa pada hebatnya hari akhirat.
Allah berfirman:
“Janganlah kamu membeliakkan kedua matamu (terlalu kagum) dengan apa yang Kami berikan pada mereka sebagai perhiasan kehidupan dunia. Hal itu untuk menguji mereka. Sedangkan rezeki Tuhanmu jauh lebih baik dan lebih kekal.” (Taha : 131)
Ibn ‘Abbas berkata : Pada suatu hari, ketika saya berada di belakang Nabi SAW, baginda bersabda : “Wahai anak muda, jagalah (hak-hak) Allah, pasti Allah menjagamu. Jagalah Allah, pasti Allah memerhatikanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah pada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, hal itu tidak akan terwujud kecuali dengan takdir-Nya. Sebaliknya jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu, hal itu takkan berhasil kecuali dengan takdir-Nya. Pena sudah kering dan lembaran juga sudah dilipat.”
(H.R. Tirmidzi dan menurutnya sanad hadis ini sahih)
Mendekatlah kepada Allah, bersahabatlah dengan aturan Nya dan menunaikannya, bersahabatlah dengan ujian Nya dengan bersabar, bersahabat dengan nikmat-Nya dan bersyukur. Mendekatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya Cinta. Cinta yang Hakiki . Bermuhasabahlah , teruslah mendekati Allah dan mencintai Nya dengan melakukan segala perintahNya sesuai syariat, serta menjauhi segala larangan Allah. Mendekatlah untuk mendapatkan kecintaan dari Allah .
Saturday, October 1, 2011
study study study!!!
---------------------
-------- xtaw nk cakap apa... nak study tapi sedikit malassss...
tetiba teringat kata2 seorang motivator yang aku pernah ikut talk dia masa zaman skolah2 dulu... kalau malas nak study... LAWAN !! JANGAN LAYAN!!! hehehheeh.... huhuhuhuhuh...~ beszzz.. terbaikkkkkkk....!
-------- xtaw nk cakap apa... nak study tapi sedikit malassss...
tetiba teringat kata2 seorang motivator yang aku pernah ikut talk dia masa zaman skolah2 dulu... kalau malas nak study... LAWAN !! JANGAN LAYAN!!! hehehheeh.... huhuhuhuhuh...~ beszzz.. terbaikkkkkkk....!
p/s : semakin hari semakin banyak keje yang nak kene buat~
Saturday, September 24, 2011
al0nE~~~
there are things that we don't want to happen but have to accept,..
things we don't want to know but have to learn,..
and people we can't live without but have to let go..
p/s : sunyi bertapa kat rumah sewa hari minggu nie... adiosss!
things we don't want to know but have to learn,..
and people we can't live without but have to let go..
p/s : sunyi bertapa kat rumah sewa hari minggu nie... adiosss!
Saturday, September 17, 2011
Ujian Untuknya.... =)
Assalamualaikum.. kali ni aku nak kongsi satu kisah hidup seseorang…. Biarlah aku namakan dia Maryam ( bukan nama sebenar ). Dia dikesan menghidap penyakit barah otak.. bila dah dapat tahu doctor cakap dia dah di tahap yang agak bahaya.. doctor cakap dia dapat hidup kurang dari setahun. Tapi, kuasa Allah s.w.t. dia dapat hidup lebih dari setahun.. tapi barah tu semakin membesar.. dari 1 cm sekarang 8cm… mata dia dah tak berfungsi lagi.. doctor cakap saraf optik nya dah rosak.. seingat aku dulu.. bila sakit tu menyerang dia akn bungkus kepalanya dengan kain tuala.. biar tebal.. dia cakap bila buat camtu boleh kurangkan sakit tu… maryam seorang yang tinngi.. tapi berat badannya sekarang hanya 34kg… tak lama lagi dia kan operate tapi doctor sendiri tak jamin keselamatan beliau… sekiranya operation tu Berjaya dia akan lumpuh seumur hidup, buta, memori nya langsung tiada @ padam, dan mati… berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… sebak bila lihat keadaan Maryam.. tetapi kagum bila tengok semangat dia untuk habiskan sisa-sisa hidup yang masih ada… semoga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk dia teruskan hidup nya bersama anak dan suaminya…
Wassalam..
p/s : x trdaya nak banding ujian hdup aku dengan dia..
*sekadar gambar hiasan
*sekadar gambar hiasan
Monday, September 5, 2011
dunia baru mu... ^_^
assalamualaikum... errmmm.. pertama sekali mabrukk!!! kepada sahabat ana kak Fardhilla Fawwazy yang dah mendirikan rumah tangga beliau bersama pasangannya Aizul Aiman.. kak dila nie classmate ana kat usim.. hehehe... maaf sebab x dapat hadir ke majlis perkahwinan akak ekk.. apa-apa pun semuanya dah selamat... kak dila akan menempuhi kehidupan baru nya sebagai seorang isteri dan juga seorang pelajar... seorang lagi sahabat ana dah kahwin.. baru-baru ni ana pegi melawat rumah sahabat ana yang boleh dikatakan sebelah kampung ana.. farhana.. beliau kahwin tahun lepas, pada usia 20 tahun.. beliau mendapat cahaya mata pertamanya dalam bulan ramadhan baru-baru nie... sempat pegi melawat pada hari pertama dengan sahabat-sahabat yang lain... anak perempuan, namanya ALYA NATASHA... huhuhu.. cumell... sahabat ana yang sorang lagi Fatehah pun dah dapat baby jugakk... ARZAQUL ALIM... dah 5 bulan..tapi tak berpeluang lagi tengok baby kecik tuuu... huhuhu... tapi InsyaAllah, sekiranya sempat, nak jugak jumpa baby boy tuu..lalalala..~ n sahabat ana yang bole dikatakan kamceng masa form5 dulu.. Raja Aqilah.. dah pregnant..2 bulan.. hehehe... semoga beliau sihat selalu.. masa semakin suntuk..cewwahh.. tuk lepak kat rumah laa... hehehe... sem3 dah nak muncul.. rasa malas nak balik campus pun ada...kihkihkih.. apa-apa pun... Mabruk kepada semua sahabat-sahabat yang dah kawin,nak kawin, dah dapat baby dan yang bakal dapat baby... ku doakan kalian bahagia dunia dan akhirat.. ameen...
wassalam.. n_n
* afifah jangan jeleszz dengan kak dila yep... heheheh....
wassalam.. n_n
* afifah jangan jeleszz dengan kak dila yep... heheheh....
* kak dila bersama suaminya tersayang...hehehe
* semoga bahagia kak dila.....
Saturday, June 25, 2011
buatmu Mujahidah solehah
ku baca dari sinar matamu sekilas mungkin...
ku tahu.
namun rasaku tak bisa menjawab saat sekarang..
ada cinta lebih dihatiku...
ada yang lain yang ku dahulukan..
maafkan bila ku tak bisa denganmu..
maafkan ku jelas sayang itu tak ada...
maafkan kubolehkan kamu menunggu..
maafkan bila nanti ku jadi mahu...
maafkan bukannya aku tak berhati..
ku hanya pilih cinta ILAHI....
ku tahu.
namun rasaku tak bisa menjawab saat sekarang..
ada cinta lebih dihatiku...
ada yang lain yang ku dahulukan..
maafkan bila ku tak bisa denganmu..
maafkan ku jelas sayang itu tak ada...
maafkan kubolehkan kamu menunggu..
maafkan bila nanti ku jadi mahu...
maafkan bukannya aku tak berhati..
ku hanya pilih cinta ILAHI....
Thursday, June 16, 2011
Bicara yang baik atau Diam..
Dari Abu Hurairah r.a :sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya "
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Imam as-Syafie Rahimahullah berkata :
"berfikir sebelum bercakap tentang sesuatu perkara, jika tiada kesan buruk, bercakaplah. Sekiranya terdapat kesan buruk atau keraguan padanya jangan kamu bercakap".
Kehidupan seharian kita tidak terlepas daripada bercakap, sama ada dalam berjual beli, bekerja, dan sebagainya.
Kadang-kadang cakap kita menjadi HUKUMAN yang yang boleh memudaratkan,
kadang-kadang cakap kita boleh MENYELAMATKAN seseorang dari bahaya.
Kadang-kadang cakap kita boleh jadi IBADAH
kadang-kadang cakap kita jadi MAKSIAT
Kadang-kadang cakap menjadi FAKTA dan DIRUJUK oleh orang lain,
kadang-kadang percakapan kita hanya PEMBOHONGAN semata-mata
Oleh itu wahai diriku dan sahabat-sahabatku....
Lebih baik kita diam daripada berkata-kata atau bersikap yang tak ada manfaat, begitupun kita tak boleh diam bila melihat kemungkaran atau kezaliman yang terpampang didepan mata...Allahu a'lam.
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya "
(Riwayat Bukhori dan Muslim)
Imam as-Syafie Rahimahullah berkata :
"berfikir sebelum bercakap tentang sesuatu perkara, jika tiada kesan buruk, bercakaplah. Sekiranya terdapat kesan buruk atau keraguan padanya jangan kamu bercakap".
Kehidupan seharian kita tidak terlepas daripada bercakap, sama ada dalam berjual beli, bekerja, dan sebagainya.
Kadang-kadang cakap kita menjadi HUKUMAN yang yang boleh memudaratkan,
kadang-kadang cakap kita boleh MENYELAMATKAN seseorang dari bahaya.
Kadang-kadang cakap kita boleh jadi IBADAH
kadang-kadang cakap kita jadi MAKSIAT
Kadang-kadang cakap menjadi FAKTA dan DIRUJUK oleh orang lain,
kadang-kadang percakapan kita hanya PEMBOHONGAN semata-mata
Oleh itu wahai diriku dan sahabat-sahabatku....
Lebih baik kita diam daripada berkata-kata atau bersikap yang tak ada manfaat, begitupun kita tak boleh diam bila melihat kemungkaran atau kezaliman yang terpampang didepan mata...Allahu a'lam.
Tuesday, June 7, 2011
maaf... ana sudah di khitbah....
Assalamualaikum.
Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.
***************************************
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang..
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila awak menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."
Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput saya tau!"
Anis tersenyum megah.
"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"
Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Sila-sila, saya puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.............................................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab...
"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."
Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut...
"Ini nak, bukunya."
Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.
************************************
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."
** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
edited by : iluvislam
usunglah dirimu ke tikar solatsebelum kamu di usung ke liang lahad...menjadi makanan cacing dan mamahan ulat...
p/s: kisah nih bukan kisah ana... tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.
entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya...
Buat isteri seorang pejuang.
Jelmaanmu merentas bongkah sendu
Mengorban naluri merungkai pilu
Mengharungi gurun tanpa bayu
Isteriku...
Kehadiranmu adalah mustika
Mengerlip cahaya sakinah
Laksana bintang membentuk arah burujnya
Saban waktu, dirimu abdi di gobokku
Senyum manismu menenang jiwaku
Kerlinganmu mengorak senyumku
Kesetiaanmu menyejuk mataku
Isteriku...
Ketika kesejukan mataku
Memandang wajahmu duhai isteriku
Memori ini mengimbau zaman remajaku
Dikala kuhamparkan tangan ke awan biru
Merintih harap isteri yang solehah
Penyejuk mata dan penyeri rumahtangga
Isteriku...
Di senjakala, ku menongkat resah
Dirimu tersangkar dalam kemiskinanku
Dirimu tak punya manikam permata untuk kukalungkan
Tiada nota ringgit untuk kuunjukkan
Tiada lambang kemewahan untukku hamparkan
Dirimu hanya ku langir debu
Ku balutkan jubah
Ku hilangkan dahagamu secangkir cuma
Ku hambat bosanmu seketika sahaja
Isteriku...
Di hening subuh ku merenung sayu
Dirimu kesepian dalam kesibukkanku
Hari-hari berlabuh kita berasingan
Kesedihanmu, sementara diriku di medan
Kesakitanmu pun tiada aku disisi
Rumahku, dirimulah penanti setia
Sementara bagiku, ia hanyalah dangau persinggahan
Isteriku...
Dirimu masih setia dalam sangkar yang sepi
Demi nilai cinta dan ketaatanmu
Isteriku...
Dongaklah wajahmu ke atas
Hulurlah tanganmu ke hadapan
Tabahlah duhai isteriku
Tidakkan ku sia siakan hidupmu
Kan ku hidangkan ilmu buatmu
Kan ku bawamu ke alam perjuangan
Kan ku hantarkan ke perlembahan hidayah
Isteriku...
Bajailah cinta kita
Tenggelamkanlah kemelut rasamu
Isteriku...
Diriku tetap setia disampingmu
Sungguhpun kita jarang bertemu
Subscribe to:
Posts (Atom)
salam semua!
tiada kenikmatan seorang hamba yg lebih baik setelah kenikmatan islam selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya... dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya kerana Allah Taala.. sesungguhnya... kasihku seorang sahabat ikhlas buatmu kerana Allah s.w.t.. salam ukwahfillah..